ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 23 June 2022

SAAT KEMATIAN; DUA AKAN PERGI, HANYA SATU YANG KEKAL

USTAZAH ASMA' HARUN


Mungkin ramai di antara kita yang habiskan puluhan tahun untuk sempurnakan keluarga dan harta, kadang sedikit saja masa diguna untuk amal ibadah. Namun, amal soleh itulah yang akan kita persembahkan di hadapan Allah selepas kematian nanti.
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda:
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
Maksudnya: "Orang yang meninggal dunia diiringi oleh tiga perkara, dua akan kembali dan satu akan kekal. Dia diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali, sedang amalnya akan terus tetap bersamanya."
(HR Bukhari, hadis sahih)

SubhanAllah, sebab itu kita perlu banyakkan amal soleh. Benar, kita dimasukkan ke Syurga kerana redha Allah, namun nak dapatkan redha Allah adalah melalui amal soleh.

Sebenarnya Allah yang menggerakkan hati dan badan kita untuk beribadah, iaitu melalui taufiq dan hidayah dari-Nya. Sebagaimana dalam hadis daripada Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ
Maksudnya: "Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat r.a. bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum kematiannya."
(HR Tirmidzi, hadis sahih)
DOA MEMOHON HUSNUL KHOTIMAH (PENGAKHIRAN YANG BAIK)
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
Selain itu, kita juga boleh berdoa dengan doa ini,
Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.”
(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)

Semoga kita tergolong dalam kalangan yang istiqamah melakukan amal soleh hingga akhir kehidupan. Mari kita amalkan doa ini mudah-mudahan kita dikurniakan kematian yang baik

----------------------------------------
Sahabat, jemput ikuti video penuh kuliah Riyadhus Shalihin Siri 164 melalui link dibawah

Asma' binti Harun
Copy and paste : 23/6/2022 > 24 Zulkaedah 1443H: 8.59 pm

No comments:

Post a Comment