ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 22 June 2022

ISTILAH PENTING BERKAITAN PERJALANAN HAJI

SUMBER: GROUP UMRAH > Posted by Rosli Md Isa

HARI TARWIYIAH
🕋
Jatuh pada 8 Zulhijah, hari ini juga dikenali dengan nama hari merenung, berfikir dan keragu-raguan.
HARI ARAFAH
🕋
Jatuh pada tanggal 9 Zulhijah
WUKUF DI ARAFAH
🕋
Berada di Padang Arafah walaupun sesaat, Bermula dari gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijah
MABIT
🕋
Mabit adalah berhenti sejenak atau bermalam beberapa hari, untuk mempersiapkan segala sesuatunya dalam pelaksanaan melontar Jumrah yang merupakan salah satu wajib ibadah haji mabit dilakukan dua tahap di dua tempat, yaitu di Muzdalifah dan di Mina.
NAFAR
🕋
Nafar memberi maksud Jemaah Haji meninggalkan Mina.
NAFAR AWAL
🕋
Iaitu Jemaah haji meninggalkan Mina pada 12 Zulhijah selepas selesai melontar 3 Jumrah pada 11 dan 12 Zulhijah pulang ke Mekah sebelum waktu Maghrib.
NAFAR SANI
🕋
Iaitu Jemaah haji meninggalkan Mina pada 13 Zulhijah selepas selesai melontar Jumrah pada 3 hari Tasyrik.
TAHALUL
🕋
Tahalul adalah keadaan dibolehkannya pelaku haji/umrah melakukan hal-hal yang sebelumnya dilarang saat melakukan manasik haji maupun umrah (ihram).
TAHALUL AWAL
🕋
Tahalul Awal adalah kebolehan pelaku haji/ umrah melakukan hal-hal yang sebelumnya dilarang saat ihram, kebolehan ini dimulai setelah mereka melaksanakan:
1) melontar Jamrah Aqabah dan mencukur rambut;
2) melontar Jamrah Aqabah dan Tawaf Ifadah; atau
3) Tawaf Ifadah, Sa’i, mencukur rambut.
TAHALUL SANI
🕋
Tahalul Sani adalah kebolehan pelaku haji/umrah melakukan hal-hal yang sebelumnya dilarang saat ihram, kebolehan ini dimulai setelah mereka melaksanakan melontar Jamrah Aqabah, mencukur rambut, Tawaf Ifadah, Sa’i.
Sekadar perkongsian dari seorang sahabat

Copy and paste : 22/6/2022 > 23 Zulkaedah 1443H: 8.37 pm


No comments:

Post a Comment