ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 13 June 2022

Apakah Itu Talbiyah?

Sumber: Kembara Sahabat Haramain Mekah Madinah

Talbiah merupakan satu ucapan yang menandakan kehadiran para Jemaah Haji yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji. Ucapan ini dilaungkan setelah berihram ketika berada di tanah suci. Maksud yang dikehendaki dari laungan talbiah ini ialah menyahut seruan Allah SWT, pembuka ucapan dan pengakuan atau ikrar, iltizam serta komitmen perjanjian dan kata-kata langsung atau berdialog dengan Allah SWT.InshaAllah
✨
Sunat membaca laungan talbiah ini dimulai daripada berniat ihram hingga permulaan tawaf bagi yang mengerjakan umrah dan hingga mulai melontar jamrah al-Kubra atau mulai tawaf atau bercukur mengikut amalan mana yang didahulukan bagi yang mengerjakan Haji.
Keutamaan Bertalbiah bagi yang sedang berihram umrah atau haji:
1. Talbiah adalah bukti Tauhid
2. Satu ucapan Talbiah dijanjikan surga
3. Ucapan Talbiah diikuti oleh seluruh bebatuan, pepohonan, bangunan apapun sampai hari Kiamat.
4. Ucapan Talbiah adalah Syiar Umrah dan Haji.

Laungan Talbiah kena paham Erti dan maksudnya
“Labbaik Allahuma Labbaik, Labbaika La Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda, Wannikmata, Laka Wal Mulk, Laa Syarikalak”
Maksudnya : Aku datang menyahut pangilanMu, Ya Allah. Aku datang menyahut panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku datang menyahut panggilanMu. Sesunguhnya segala puji, nikmat dan segala kekuasaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu.
Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;
"Setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tengelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya". Riwayat Ibni Majah.
Ucapan talbiah ini hendaklah di baca secara Jahr (nyaring) bagi lelaki. Adapun perempuan sebahagian ulamak menyatakan mereka mengucapkan talbiah secara perlahan. Sebahagian ulamak menyatakan perempuan juga menguatkan suaranya selama mana tidak mengundang fitnah. Ini kerana keumuman dalil yang menyuruh menguatkan suara. Juga telah thabit (ada) riwayat al-Bukhari dari perbuatan Aisyah ummul mukminin bahawa beliau juga menguatkan suara ketika bertalbiah. Oleh yang demikian perempuan dibolehkan untuk menguatkan suaranya ketika bertalbiah.
Berikut ada beberapa pengalaman untuk perkongsian bersama.
Ketika pesawat Saudia Airlines melintasi kawasan miqat Qarnul Manazil, seorang ketua pramugara berbangsa Tunisia telah mengundang seorang pakcik dan diberi penghormatan untuk membuat pengumuman melalui announcement telephone kepada para2 Jemaah haji yang telah berlepas melalui Kelana Jaya dan terus menuju ke Makkah. Kesemua para Jemaah haji yang ketika itu telah lengkap berpakaian ihram sejak di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Lalu pakcik tersebut mengingatkan para Jemaah haji supaya berniat samada Umrah ataupun Haji (bagi mereka yang hendak membuat Haji Ifrad). Setelah itu pakcik tersebut telah mengingatkan agar para Jemaah supaya menjaga pantang larang ihram. Setelah berpesan, pakcik tersebut telah membaca Talbiah sebanyak 3 kali dan diikuti para Jemaah sekelian. Pada ketika itu hati menjadi sayu sambil menitiskan airmata kerana gembira mendapat jemputan dari Allah SWT di mana kami insan2 kerdil telah diberi kesempatan utnuk menyahut panggilan agungMu, Ya Allah! Bayangkanlah apabila lafaz talbiah tersebut dilaungkan diruang udara, terasa ianya satu kebesaran yang jelas di mana satu penghormatan telah diberikan oleh Allah SWT yang memuliakan para tetamuNya.
Ada satu peristiwa yang berlaku kepada sahabat saya iaitu seorang pengacara majlis-majlis, yang ketika sama-sama menuju ke Arafah. Beliau meluahkan perasaan sedihnya dimana Jemaah haji akhir2 ini iaitu pada akhir zaman kebanyakkan berasa malu atau malas untuk mengucapkan Talbiah secara bersemangat. Seolah-olah mereka yang hendak berwukuf itu seperti pergi melancung sahaja. Apa yang sahabat saya lakukan ialah beliau pergi mencapai mikrofon di dalam bas lalu membuat satu pengumuman yang agak lucu iaitu " tuan-tuan dan puan-puan bakal haji/hajjah, sekiranya tuan-tuan dan puan tidak mahu bas kita ini rosak, accident atau tayar pancit, maka marilah sama-sama kita bertalbiah secara bersemangat. Tuan2 dan puan2 lihatlah keadaan bas Jemaah lain di kiri dan kanan jalan." sambil beliau menunjukkan beberapa buah bas Jemaah haji yang rosak, ada yang enjin rosak dan berasap, ada yang tayarnya meletop atau pancit dan ada yang terbabas. Oleh kerana takut, maka para Jemaah di dalam bas tersebut pun bertalbiah beramai-ramai yang diterajui oleh sahabat saya, secara nyaring dan penuh semangat sehinggalah sampai di padang Arafah.
Dalam satu pengalaman yang lain pula, ada seorang pakcik yang menunaikan umrah bersama seorang rakan saya. Mereka telah mengambil pakej umrah dengan memasukki Makkah terlebih dahulu. Ketika mereka hendak pulang ke Malaysia, iaitu pada hari terakhir mereka berada di Madinah, pakcik tersebut telah mengajukan persoalan kepada rakan saya. Pakcik ini pula bukan calang-calang orang. Seorang pesara kerajaan dan fasih berbahasa Inggeris. Lalu pakcik tersebut bertanya kepada kawan saya, " dah berapa kali berkunjung ke Makkah untuk membuat umrah". Lalu kawan saya menjawab, " telah 5 kali'. Pakcik tersebut bertanya, " macam mana boleh pergi sampai 5 kali. Apakah amalan-amalan yang awak lakukan sehinga dijemput sebanyak 5 kali sebagai tetamu Allah SWT". Kawan saya tidak terus menjawab soalan pakcik tersebut bahkan melontarkan pertanyaan tentang berapa kali beliau telah datang ke Makkah. Pakcik tersebut menjawab yang beliau telah sebanyak 2 kali mengunjungi Makkah. Rakan saya terus bertanya balik seperti soalan pakcik tersebut tentang apakah amalan yang dilakukan sehingga dapat ke Makkah sebanyak 2 kali. Beliau menceritakan bahawa seorang ustaz mengajarkannya untuk menulis dengan isyarat di kelambu kaabah dan memasang niat untuk hadir untuk beberapa kali lagi. Lalu kawan saya pun menceritakan kepada pakcik tersebut yang beliau tidak melakukan perkara sebegitu. Beliau hanya membaca Talbiah secara nyaring dan ikhlas kerana Allah SWT. Dengan amalan sedemikian, InsyaAllah, Allah SWT akan menjemput kita lagi untuk menjadi tetamuNya.
Sekian sahaja perkongsian saya. Yang baik itu dari Allah SWT dan segala kesempurnaan adalah hak Allah SWT dan segala kekurangan hanya dari saya. Wassalam.
Perkongsian dari sahabat

Copy and paste:
13 June 022 > 14 Zulkaedah 1443H: 7.25 pm (Azan Maghrib)

No comments:

Post a Comment