ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 21 May 2022

Menjelang hari-hari terakhir dalam kehidupan mu...

SUMBER: WHATSAPP GROUP 12 RAUDHAH IN MY HEART

1. Bertaubatlah dari segala dosa-dosa mu. Samada dosa terhadap Tuhanmu atau pun kepada manusia. Hentikanlah segala amalan buruk mu. Beristighfarlah sebanyak mungkin kau mampu. Dengan lidah mahupun dalam sirr mu. Semoga kau menemuiNya dalam keadaan bersih tanpa dosa.

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ: «سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» وفي رواية: «سُبْحَانَكَ رَبِّي وَبِحَمْدِكَ، اللهُمَّ اغْفِرْ لِي» 

Dari Aisyah dia berkata, adalah Rasulullah SAW sebelum meninggal memperbanyak membaca doa, (bermaksud): "Maha suci Engkau, dan dengan memujiMu, aku meminta ampun dan bertaubat kepadaMu".

(Hadith Riwayat Muslim)

2. Jangan sekali-kali kau tinggal ibadah-ibadah fardhu mu seperti solat. Engkau tidak akan lepas dari kemurkaan dan azab Tuhanmu jika kau menemuiNya tanpa ibadah fardhu mu.

عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ : انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ )

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda (bermaksud):

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."

(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : 

مفتاح الجنة الصلاة


Sabda Rasulullah SAW: 

"Kunci syurga itu ialah Solat".

(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

3. Usahalah semampu mungkin untuk selesaikan urusan-urusanmu dengan manusia. Terutama hutang-hutang pada manusia. Selesaikan semua hutang dengan manusia.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Dari Abi Hurairah radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW (maksudnya):

"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''

(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

4. Engkau akan hidup lebih lama nanti di alam barzakh tanpa teman dan taulan. Oleh itu, carilah peneman-peneman seperti solat tahajjud, tilawah Al Quran, ilmu yang memberi manfaat, sedekah jariah, dan doa dari anak-anak yang soleh.

Dan pada riwayat Ibnu Majah dari Abu Qatadah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلاَثٌ : وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ

“Sebaik-baik apa yang ditinggalkan oleh seseorang setelah kematiannya adalah tiga perkara: anak soleh yang mendoakannya, sedekah mengalir yang pahalanya sampai kepadanya, dan ilmu yang diamalkan orang setelah (kematian) nya”.

Dan disebutkan pada hadis yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda.

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya setelah kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sehat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia”.

5. Bermuhasabahlah dengan halus terhadap persoalan dan pertanyaan yang bakal engkau di alam barzakh dan di Padang Mahsyar. Semoga kau mampu melepasi semuanya dengan mudah terutama Hisab dan Perhitungan Amalmu.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

لا تَزُولُ قَدَمَا عبد يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ " .

"Tidak akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba Allah pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat (perkara): tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang waktu mudanya pada apakah telah digunakan, tentang hartanya daripada mana diusahakan dan pada apakah telah dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apakah telah diamalkan."

(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة

ولا تختم علينا بسوء الخاتمة

Ya Allah, Kau matikanlah dalam kematian yang baik,Dan janganlah Kau matikan kami dengan kematian yang buruk.

Justeru, kematian semakin dekat denganmu, bersedialah...

~ Abu Imtiyaz ~

Copy and paste:
21/5/2022 > 20 Syawal 1443H: 12.40 pm

No comments:

Post a Comment