ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 17 May 2022

KERANA HARTA BOLEH HILANG AGAMA

SUMBER: 12 RAUDHAH IN MY HEART

Kerana harta, boleh berubah pegangan agama. 

Bercampur aduk kata-kata yang tiada asas dalam agama malah boleh merosak aqidah sedia ada. 

Di sebabkan inginkan kesenangan yang sementara. 

Apa sahaja cara asal bunyi macam agama maka digunakan untuk membenarkan pencarian harta.

Kerana harta, boleh berubah kedudukan utama para wanita di dalam agama. 

Pelbagai alasan digunakan bunyi seperti kehendak agama tetapi hakikatnya inginkan harta semata-mata. 

Takut akan hidup tidak terjamin di dunia tanpa harta.

Apabila sudah berharta baru rasa diri berharga. 

Sedangkan wanita itu lebih mahal daripada segala harga dan harta yang ada di dunia.

Kerana harta, boleh hilang kekuatan seorang pemimpin keluarga. 

Berubah misi utama berkeluarga hanya semata mahu memberi harta bukan sepenuh tenaga dan masa untuk mendidik ahli keluarga untuk menggapai redhaNya.. 

Sibuk menggalakkan isteri berniaga dan mencari harta demi keharmornian rumah tangga. 

Hilangnya kewibawaan ketua keluarga apabila dinilai hebat memiliki harta.

Kerana harta, boleh hilang tanggung jawab seorang anak kepada kedua ibubapanya. 

Sibuk memberi harta kepada ibu ayahnya tetapi tidak sibuk mendoakan kedua ibu ayahnya.

Malah, tidak sibuk menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua orang tuanya. 

Maka, jadilah anak sebagai penjana harta dunia semata-mata.

Banyak lagi jika mahu dihuraikan betapa besarnya fitnah harta dalam diri seorang manusia.

Sehingga menyelinap masuk kedalam jiwa manusia dan boleh menghancurkan seluruh sistem kehidupan manusia tanpa disangka-disangka. 

Hancur begitu sahaja kerana harta.

"Inna likulli ummatin fitnatan wa fitnatu ummatil maal."

Sesungguhnya setiap umat itu ada fitnahnya dan fitnah umatku ada pada harta. 

(Hadis Riwayat at Tirmidzi, Hasan Shahih)

"Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih."

(Surah Al-Anbiyaa' : 19) 

Semoga Allah merahmati kita semua.

"Ingatan Buat Diri Sendiri Juga"

Maha Sucinya Allah

Allah Maha Besar Lagi Maha Kaya

Segala Puji Dan Syukur Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam

Wallahua'lam

Copy and paste: 17/5/2022 > 16 Syawal 1443H: 7.41 am

No comments:

Post a Comment