ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 15 May 2022

2022: KEBUN MIMPI @ GITA BAYU, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

By Hj Zulheimy Maamor
28 February 2024

Pada 15 Mei 2022, saya bersama isteri telah menghadiri Jemputan Hari Raya dan Reunion ex-High School, Setapak yang diadakan di Kebun Mimpi @ Gita Bayu di Seri Kembangan Selangor. 
Jarak perjalanan dari rumah kami di Lembah Keramat ke Gita Bayu adalah34 km dan mengambil masa perjalanan 37 minit. 


Kebun Mimpi @ Gita Bayu adalah sebuah Club House yang mempunyai bumbung bernada curam yang tipikal dengan senibina tradisional Asia Tenggara. Dibina bersebelahan dengan tasik dan taman buatan manusia, sesuai untuk pencinta alam. 

Seri Kembangan sebelumnya dikenali dengan Kampung Baru Serdang pada tahun 1952, merupakan perkampungan Cina yang telah dipindahkan oleh pihak British semasa Darurat di Tanah Melayu (1948-1960) kerana sering diganggu oleh pihak Komunis. 




Perjumpaan ini adalah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan juga Reunion bekas pelajar Sekolah Tinggi Setapak (1974-1978). Betapa seronoknya bila dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah dan lebih menggembirakan dapat bertemu dengan bekas Guru yang masih sihat dan pernah mengajar kami dahulu. 





Puan Tan Aik Mong bekas guru sekolah saya

Sebelah kiri bekas classmate saya Fadil Buyong adik kepada Dato' Khaidir Buyong, bekas pemain dan jurulatih bolasepak Selangor



Para Isteri-isteri yang turut mengiringi suami masing-masing

Menu istimewa adalah Kambing Golek


Begitulah pertemuan yang dapat mengeratkan kembali hubungan silaturrahim antara bekas pelajar High School Setapak (1974-1978). 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
28 Februari 2024 : 10.55 am






No comments:

Post a Comment