ZULHEIMY MAAMOR
Tuesday, 26 April 2022
Bayaran Zakat Fitrah Secara Atas Talian Tanpa Akad – Apa Statusnya?
Monday, 25 April 2022
Perlu Atau Tidak Berwudhu’ Untuk Menyentuh Dan Membaca Tafsir Al-Quran?
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
Sebelum menyentuh dan membaca al-Quran, kita dikehendaki untuk berwuduk terlebih dahulu sebagai kaedah bersuci.
Bagaimana pula jika kita hendak membaca tafsir al-Quran, adakah kita juga diwajibkan berwuduk sebelum menyentuhnya?
Perlukah berwuduk sebelum sentuh tafsir al-Quran?
Ini adalah berdasarkan dalil bahawa Rasulullah SAW pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Rom yang turut mengandungi ayat al-Quran pada surat tersebut.
Ia turut terkandung dalam kitab Syarah Mukhtasar Khalil karangan Imam al-Kharasyi al-Maliki juga. Dinyatakan bahawa dibolehkan untuk memegang tafsir al-Quran walaupun dalam keadaan berhadas.
Namun, sekiranya jumlah tafsirnya lebih banyak berbanding ayat Al-Quran, maka dibolehkan untuk menyentuh dan memegang kitab tafsir tersebut tanpa wuduk.
Imam Nawawi ada menyatakan perkara ini dalam kitabnya iaitu Al-Majmu’. Menurut Imam Nawawi, sekiranya kitab tafsir itu mengandungi jumlah ayat Al-Quran yang lebih banyak berbanding tafsirnya, maka diharamkan untuk menyentuhnya tanpa wuduk.
Pendapat ini juga telah dinyatakan oleh Imam al-Mawardi dan al-Ruyani. Namun sekiranya jumlah tafsirnya lebih banyak, maka ia tidak mengapa kerana ia tidak dianggap sebagai mushaf al-Quran.
Walaupun terdapat ayat-ayat al-Quran di dalamnya, ia turut dibolehkan. Ini kerana, tafsir al-Quran bermaksud makna-makna mengenai ayat al-Quran, dan bukannya ayat al-Quran itu sendiri. Maka, hukum berkaitan mushaf al-Quran tidak terpakai ke atasnya.
Menurut portal Mufti Wilayah Persekutuan, sesuai dengan pandangan yang sahih daripada mazhab Syafie, kandungan tafsir tersebut juga mestilah melebihi kandungan ayat al-Quran.
Adalah lebih baik jika mempunyai wuduk
Kaedah terbaik yang boleh diamalkan di sini adalah dengan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menyentuh tafsir al-Quran.
Jika kita berwuduk sebelum mengulang kaji tafsir Al-Quran, ia akan menunjukkan bahawa diri kita lebih bersedia untuk membaca al-Quran.
Copy and paste: 25 April 2022 > 23 Ramadan 1443H: 10.29 am
Thursday, 21 April 2022
Doa Bertemu Malam Lailatul Qadar Serta Amalan Untuk Dilakukan Di 10 Malam Terakhir Ramadan
Wednesday, 20 April 2022
Kenapa Surah Al-Fatihah Berada Di Awal Al-Quran
Tuesday, 19 April 2022
Asal Usul Melayu
Doa Qunut Selepas Witir Bermula 15 Atau 16 Ramadan?
Sumber: TZKRH.COM
Kita sudah memasuki separuh bulan Ramadan. Rata-rata orang sedang berusaha untuk mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan agar masa yang berbaki ini tidak disia-siakan begitu sahaja.
Antara ibadah yang sering dilakukan apabila masuknya pertengahan Ramadan ini ialah membaca doa Qunut dalam solat Witir pada rakaat yang terakhir.
Namun, yang menjadi tanda tanya ialah, adakah ia dilakukan bermula pada malam ke-15 puasa ataupun pada malam ke-16?
Dalam mazhab Imam Syafi’e, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat Witir untuk membaca doa Qunut Witir pada separuh yang terakhir dari bulan Ramadan, iaitu bermula pada malam yang ke-16 Ramadan. (al-Muktamad, 1/309)
Imam Ibn Rajab Al-Hanbali berkata – “Oleh kerana itu (wallahu a’alam) Ubai ibn Ka’ab dahulu membaca doa Qunut dalam solat Witir pada malam-malam separuh yang terakhir (dari bulan Ramadan) kerana diharapkan padanya berlaku malam Al-Qadar.” (Latha’if Al-Ma’arif, Ibn Rajab, 1/176)
Terdapat juga sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Hasan bin Ali RA melalui Jami’ Tirmizi dan juga Sunan Abu Daud:
Maksud: “Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku sebut di dalam Witir: “Ya Allah ya tuhan kami! Kurniakanlah petunjuk kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjukMu.” (Hadis Riwayat Tirmizi, No. 464)
Untuk bacaan doa Qunut, ia adalah sama seperti bacaan doa Qunut yang dibaca ketika di dalam solat Subuh.
Disunatkan juga kepada anda jika ingin memanjangkan Qunut dengan membaca Qunut Umar bin Khattab yang panjang dengan menambah bacaannya yang bermaksud:
“Ya Allah ya tuhan kami, kami memohon pertolongan kepadaMu. Kami memohon ampun kepadaMu dan kami tidak mengkufuriMu. Kami beriman denganMu dan kami membenci sesiapa yang menderhakaiMu. Ya Allah ya tuhan kami! Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya untukMu kami bersolat dan bersujud.”
Kesimpulannya, bacaan doa Qunut dalam witir merupakan sunnah yang Baginda dan para sahabat telah amalkan. Ia adalah salah satu cara untuk mendapatkan malam Qadar.
Ia juga mula dibaca pada pertengahan bulan Ramadan, iaitu pada malam ke-16 Ramadan. Jadi, sama ada anda solat Tarawih secara bersendirian atau mengimami orang lain, disunatkan untuk membaca doa Qunut pada rakaat terakhir Witir.
Semoga dengan usaha ini dapat memandu kita ke arah Lailatul Qadar.
Copy and paste: 19 April 2022 > 17 Ramadan 1443H: 4.55 pm
Sunday, 17 April 2022
Bagaimana Puasa Kita?
DR AHMAD SANUSI > BERSAMA MENUJU ALLAH
Thursday, 14 April 2022
How surah duha can change our lives:
Tuesday, 12 April 2022
Ayam Berkokok Ketika Tengah Malam Tanda Ia Melihat Malaikat? Ini Penjelasan Hadis
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
by JIJO HAKIM
BUNYI haiwan ternakan termasuk kokokan ayam jantan mungkin sering didengari oleh mereka yang tinggal pinggir kota atau di desa.
Ia sebati dalam masyarakat kita hingga wujud mitos mengatakan ayam berkokok menunjukkan sudah tiba waktu untuk bangun dari tidur.
Pun begitu, tahukah korang bahawa sekiranya ayam jantan berkokok pada waktu malam itu menandakan ia sedang melihat malaikat.
Perkara berkenaan adalah sahih dan dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada laman Facebook rasmi beliau.
Menurutnya, ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadis yang sahih.
Berikut penerangan beliau:
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
Maksudnya: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada ALLAH SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada ALLAH SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”.
[Riwayat al-Bukhari, (3058), Muslim (4908), Abu Dawud, (4438) dan al-Tirmizi, (3381)]
Manakala menurut riwayat Imam Ahmad, terdapat tambahan lafaz iaitu ‘pada malam hari’,
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ مِنَ اللَّيْلِ، فَإِنَّمَا رَأَتْ مَلَكًا، فَسَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ
Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Oleh itu, mintalah kepada ALLAH akan kurniaan-Nya.
[Riwayat Ahmad (8064) Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (8764) menyatakan hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari]
Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita.
“Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa.
“Hal ini menunjukkan keistimewaan ayam jantan,” katanya.
Zulkifli turut mengulas, ayam jantan juga memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain. Ia dikatakan mengetahui perubahan waktu pada malam hari.
“Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu.
“Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu,”ujarnya.
Justeru, menurut Zulkifli, kita dianjurkan untuk berdoa ketika ayam berkokok mengharapkan ucapan amin dari malaikat untuk doa yang dititipkan.
Copy and paste: 12 April 2022 > 10 Ramadan 1443H: 11.55 am
Kenapa Iblis Tidak Mendapat Pengampunan Allah. Di Bulan Yang Mulia Ini, Insaflah, Taubatlah
SUMBER: ISLAM ITU INDAH
by JIJO HAKIM
MANUSIA tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Demi membetulkan segala khilaf, taubat adalah kunci utama untuk kembali ke jalan yang benar. Biarpun sebesar manapun dosa yang telah dilakukan, nescaya ALLAH SWT akan mengampunkannya.
Meskipun manusia lain memandang kita sebagai pendosa, namun ALLAH melihat perkara sebaliknya. Hal tersebut sudah dinyatakan dalam Surah Az-Zumar, ayat 53 hingga 54.
ALLAH SWT berfirman: “Katakanlah. Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIALAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG dan kembalilah sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak lagi dapat ditolong.”
Bagi orang yang berdosa, janganlah malu untuk datang kepada ALLAH meminta ampun. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Pintu taubat sentiasa terbuka buat sesiapa sahaja, namun mengapa ALLAH tidak mengampuni iblis?
Menurut Abu Al-Lais As-Samarqandi dalam kitabnya, Tanbih Al-Ghafilin menjelaskan, terdapat kesalahan iblis yang membuatkan taubat ‘mereka’ tidak boleh diterima.
Pertama: Iblis laknatullah tidak mahu mengakui kesalahannya.
Kedua: Iblis tidak menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
Ketiga: Iblis tidak mahu segera bertaubat
Kempat: Berputus asa daripada rahmat ALLAH
Kesalahan iblis yang tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam padahal itu adalah perintah ALLAH kepada semua malaikat.
Namun, disebabkan angkuh, sombong dan merasa diri lebih baik berbanding Nabi Adam, maka iblis menolak perintah ALLAH.
ALLAH berfirman dalam Surah Al-A’raf, ayat 12: “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika aku menyuruhmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia engkau ciptakan daripada tanah.”
Hal tersebut lantas membuatkan iblis sebagai makhluk yang dimurkai dan diusir dari syurga.
Biarpun sering bergelumang dengan dosa, iblis pernah menyatakan hasratnya untuk bertabat kepada Nabi Musa. Perkhabaran itu diterima dengan penuh gembira sehinggakan Nabi Musa segera mengambil wuduk dan solat.
Dikisahkan Ibnu Umar bahawa iblis mendatangi Nabi Musa lalu berkata:“Wahai Musa, engkau dipilih ALLAH dengan risalahnya, aku ini makhluk ALLAH juga, aku ingin bertaubat, kerana itu mohonlah syafaat agar ALLAH mengampuniku.”
Nabi Musa kemudiannya menyampaikan niat iblis, lalu ALLAH berfirman:“Wahai Musa aku penuhi permintaanmu, tapi katakan kepada iblis agar dia bersujud pada kuburan Adam terlebih dahulu.”
Mendengarkan syarat tersebut iblis lalu berkata:“Dulu ketika Adam masih hidup, aku tidak mahu bersujud kepadanya. Mana mungkin aku harus bersujud kepadanya setelah dia mati.”
Masih disebabkan keangkuhan dan kesombonganya membuatkan iblis pun sekali lagi gagal mendapat pengampunan ALLAH.
Kegagalan itu mengakibatkan iblis menerima balasan menjadi isi neraka pada hari pembalasan kelak.
Oleh itu, sebagai manusia, kembalilah bertaubat ke jalan ALLAH. Biar sebesar mana dosa yang dilakukan, selagi tidak syirik kepada SANG PENCIPTA, selagi itu pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka.
Copy and paste: 12 April 2022 > 10 Ramadan 1443H: 11.47 am