ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 2 March 2022

10 Kebaikan Minyak Zaitun Yang Dibuktikan Sains! Patut lah Tercatat Dalam Quran!

SUMBER : ISLAM ITU INDAH

   

Dalam masyarakat Malaysia, minyak zaitun biasanya digunakan sebagai minyak rambut terutamanya pada bayi dan anak kecil dan juga dalam masakan. Ini kerana ia membantu melembutkan dan melembapkan rambut.

Tapi sebenarnya, terdapat pelbagai lagi khasiat dan kebaikan minyak zaitun yang kita tak tahu.

Dan kerana ianya dari bahan semulajadi, minyak zaitun sangat selamat untuk digunakan pada anak kecil bermula seawal beberapa bulan lagi.

Jadi, sebelum kami kongsikan 22 khasiat minyak zaitun, jom kita kenali lebih mendalam dulu tentang minyak ini.

MINYAK ZAITUN – SATU PENGENALAN
Pokok zaitun
Tahukah anda minyak zaitun dikenali sebagai “Cecair Emas” pada zaman dahulukala?

Ini kerana, menurut satu kajian, penduduk di kawasan Mediterranean, kawasan di mana banyak pokok zaitun tumbuh dan di amalkan, penduduk disitu mempunyai kadar kematian yang paling rendah dalam dunia yang disebabkan dari masalah sakit jantung.

Nama saintifik : Olea europea
Asal : Kepulauan Mediterranean

Minyak zaitun diekstrak dari buah zaitun. Minyak ini bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah turut digunakan dalam bahan kosmetik wanita.

Di pasaran, terdapat beberapa jenis minyak zaitun yang perlu anda tahu, iaitu :

1. Minyak Zaitun Dara – Paling popular dan paling banyak digunakan dalam masakan kerana rendah kandung asid.

2. Minyak Zaitun Dara Ekstra – Dihasilkan dari kaedah mampatan-sejuk (cold pressing) buah zaitun.Ini ialah jenis Minyak zaitun terbaik untuk kesihatan diri kita. Tapi, harganya yang mahal membuatkan tak semua mampu untuk membelinya

3. Minyak Zaitun Asli – Minyak ini merupakan minyak yang terhasil dari saki baki pemprosesan minyak zaitun dara. Ia mengandungi kadar asid yang tinggi dan kurang sesuai untuk dimakan begitu sahaja

4. Minyak Lampante – Minyak zaitun ini ialah minyak yang digunakan sebagai bahan bakar (seperti minyak petroleum) dan tak sesuai untuk digunakan dalam masakan.

Ini pula fakta nutrisi minyak zaitun.

Satu sudu makan Minyak Zaitun Dara Ekstra mengandungi :

119 kalori
13.5 gram lemak (9.8 darinya ialah lemak mono tak tepu)
Tiada langsung gula, karbohidrat atau protein
1 miligram vitamin K
9 miligram vitamin E
 

CARA MINUM MINYAK ZAITUN
Ianya bergantung pada jumlah kalori dan diet anda. Tetapi paling ideal ialah antara 1-4 sudu makan sudah memadai untuk dapatkan khasiat-khasiat dari minyak zaitun ini.

10 KHASIAT DAN KEBAIKAN MINYAK ZAITUN UNTUK DIRI KITA YANG SUDAH TERBUKTI SAINS
1. Melindungi dan Memelihara Kesihatan Jantung

Kajian mendapati diet seseorang yang mempunyai kadar lemak mono tak tepu yang tinggi adalah lebih baik dari diet yang rendah lemak dan tinggi karbohidrat.

Terima kasih kepada polphenols, satu elemen antioksidan yang ada dalam minyak zaitun.

Minyak zaitun membantu menghalang sakit jantung

Ini menjadikan minyak zaitun sebagai “Makanan anti-inflammatory” yang melindungi jantung dari penyakit jantung dan membantu membaiki sistem tubuh badan apabila diperlukan.

Kajian lain juga mendapati, minyak zaitun dapat membantu merendahkan tekanan darah melalui nitric oxide yang ada dalam minyak zaitun. Nitric oxide ini menjadikan saluran darah lebih luas dan bersih dari sebarang gannguan.

2. Membantu Melawan Kanser

Menurut satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2004 dalam satu Jurnal Menghalang Kanser di Eropah, minyak zaitun mengandungi kadar antioksidan antara yang tertinggi.

Saintis berpendapat yang kemungkinan besar amalan meminum minyak zaitun di antara faktor terpenting yang menyumbang kurangnya kanser bagi mereka yang mengamalkan diet Mediterranean.

3. Membantu Kurangkan Berat Badan Dan Obesiti

Amalam memakan makanan yang kaya dengan lemak sihat ialah kunci kepada mengawal insulin yang berlebihan.

Insulin ialah hormon yang mengawal kandungan gula dalam daran yang menjadikan kita lebih gemuk.

Lemak sihatlah yang membantu mengurangkan rasa lapar dan ianya terbukti dengan satu kajian yang dilakukan ke atas 447 individu di Hospital Basel, Switzerland.

Kajian ini membuktikan, mereka yang amalkan diet lemak sihat berjaya mengurangkan berat badan lebih banyak berbanding mereka yang amalkan diet rendah lemak.

4. Minyak Zaitun Mungkin Membantu Menghalang Strok Dari Terjadi

Strok terjadi disebabkan berlakunya gangguan dalam aliran darah ke otak, samada disebabkan pendarahan ataupun salur darah tersumbat.

Bagi negara membangun, strok adalah penyakit nombor 2 yang menyebabkan kematian selepas sakit jantung.

Satu kajian yang melibatkan responden yang sangat besar iaitu 841 000 orang mendapati lemak mono tak tepu yang berada dalam minyak zaitun boleh mengurangkan risiko strok dan sakit jantung.

Kajian ini juga disokong dengan sebuah lagi kajian yang melibatkan sehingga 140 000 peserta.

5. Menjaga Kesihatan Otak

Antara komponen yang sangat tinggi dalam otak ialah asid lemak dan otak memerlukan asid lemak dalam jumlah yang tinggi setiap hari.

Ini kerana otak merupakan kunci dalam segala urusan harian kita.

Jadi, minyak zaitun yang kaya dengan lemak sihat sangat sesuai digunakan bagi menjaga dan membuatkan otak kita lebih fokus dan mudah ingat.

Minyak zaitun juga membantu melawan penyakit otak seperti Alzheimer’s dan dementia apabila kita semakin tua.

6. Melembapkan Kulit

Minyak zaitun juga mempunyai kadar Vitamin E yang tinggi. Vitamin E membantu melindungi kulit dari anasir luar seperti cahaya matahari yang sangat terik dan angin kotor.

Sifat minyak zaitun yang sangat ringan juga membuatkan ia sesuai digunakan sebagai pelembap bagi semua jenis kulit.

Bagaimana Nak Gunakan Minyak Zaitun Untuk Lembapkan Kulit?

Selepas mandi, lap badan anda kemudian ambil satu-dua sudu minyak zaitun. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak tadi Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam Bagi anda yang mempunyai kulit jenis kering, sapukan minyak zaitun pada muka sebelum tidur dan biarkan semalaman.Basuh keesokan paginya.

7. Memperbaiki dan Meningkatkan Kesihatan Kulit

Ramai dari kita yakin, untuk cantik bahan semulajadi adalah yang terbaik. Jadi, gunakan minyak zaitun

Resepi minyak zaitun untuk kulit

Ini resepi mudah untuk anda ikut.

1/3 cawan yogurt
1/4 cawan madu
2 sudu minyak zaitun
Cara-caranya

Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga menjadi likat. Sapukan campuran ini ke muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Vitamin E yang ada di dalam minyak zaitun akan membantu merawat jerawat dan melindungi kulit anda.

Manakala madu akan bertindak sebagai pelembap dan yogurt pula akan membuang sel-sel mati dari kulit anda.

8. Merawat Tumit Kaki Yang Merekah

Campurkan minyak zaitun bersama-sama air lemon panas. Kemudian urut tumit anda dengan campuran ini.

Campuran ini membuatkan tumit lebih lembap dan lembut dan menghilangkan rekahan dengan cepat.

9. Menjadikan Rambut Bayi Sihat dan Kuat

Rambut bayi sihat minyak zaitun

Minyak zaitun apabila digabungkan dengan beberapa bahan lain boleh membuatkan rambut anda lebih sihat.

Apa yang anda perlukan ialah

1/2 cawan minyak zaitun
2 sudu makan madu
Sebiji telur kuning
Cara-caranya:

Campurkan bahan-bahan tdai dan kacau sehinggat menjadi seperti krim lembut
Sapukan pada rambut anda dan biarkan selama 20 minit
Basuh dengan air suam
Vitamin E dalam minyak zaitun akan menghalang dari keguguran rambut, madu pula melembapkan rambut dan kuning telur pula kaya dengan protein, nutrisi penting yang membentuk rambut.

10. Mempunyai Sifat Anti Bakteria

Minyak zaitun mengandungi nutrisi yang boleh menghalang dan membunuh bakteria berbahaya.

Salah satu bakteria tersebut ialah Helicobacter pylori, bakteria yang hidup dalam perut dan mengakibatkan ulser dan kanser perut.

Satu kajian dilakukan ke atas manusia mendapati, 30 gram minyak zaitun dara boleh mebunuh sehingga 40% bakteria Helicobater pylori hanya dalam 2 minggu sahaja.

MINYAK ZAITUN TERBAIK DI PASARAN
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama yang mengeluarkan minyak zaitun. Malah kini, minyak ini sudah dihasilkan dalam pelbagai bentuk bagi memudahkan kita untuk mengamalkannya.

Harga minyak zaitun di Malaysia

Dibawah antara jenama terbaik minyak zaitun beserta harga yang berada di Malaysia

1. Minyak Zaitun Olive House – Harga RM49.90

2. Minyak Zaitun Olivie (Original Dari Morocco, salah sebuah negara mediterranean) – Harga RM119.90

3. Kapsul Minyak Zaitun Tursina (210 kapsul) – Harga RM55.00

Pastikan anda menyimpan minyak zaitun dengan baik bagi memastikan minyak ini bertahan lebih lama.

Simpan di tempat yang sejuk dan gelap
Pastikan minyak tadi jauh dari haba, udara atau pun cahaya matahari
Pastikan botol minyak tertutup rapat dan kemas
Kesimpulannya, minyak zaitun mempunyai khasiat dan kelebihan yang sangat banyak. Hanya tinggal kita untuk mengamalkannya. Pastikan juga anda membeli minyak zaitun yang berkualiti tinggi.

 Copy and paste: 2/3/2022 > 29 Rejab 1443H: 10.02 pm


No comments:

Post a Comment