ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 21 January 2022

USTAZ DON DANIYAL : BANI TAMIM ITU MELAYU?

** ini bukan tulisan saya... penulis adalah dari The Patriots untuk kita hayati maksud yang terkandung.

Saya lihat, ramai yang kondem Ustaz Don sebab mengatakan bahawa kemungkinan besar Bani Tamim itu mungkin dari Timur dan ianya mungkin di Tanah Melayu. Antara alasan mereka ialah, manakan Islam akan bangkit di sini kembali... lihatlah bangsa Melayu saling bercakaran, terlalu lalai dengan hiburan, terlalu dibuai dengan politik persengketaan, gejala sosial seperti membuang bayi, merempit memang berluasa. Arghhh! Bohonglah Ustaz Don! Masakan akan bangkit di sini Islam... panji Hitam tak akan muncl dari sini!

Saya mahu mengajak kalian berfikir... sejenak sahaja. Hanya sejenak. 
Nabi Muhammad S.A.W dipilih daripada kalangan bangsa apa? 

Untuk menyebarkan Islam sampai ke keseluruh alam? Apakah bangsa Arab ketika itu hebat? Sedangkan banyak bangsa yang hebat ketika itu. Kenapa tidak datangkan sahaja daripada Rom, nah bangsa Rom itu hebat,. Empayarnya memiliki keseluruhan eropah. Kenapa tidak datangkan sahaja daripada Parsi itu? Nah... hebatnya Parsi itu dengan kisah perangnya yang mengasyikkan. Kenapa tidak diambil bangsa hebat yang membina sebuah tembok lebih daripada 6000 kilometer, membina tamadun sejak 2000 SM lagi. Kenapa tidak bangsa Cina?

Lihat pada bangsa Arab... apa yang ada pada bangsa arab ketika itu. Bangsa Arab sedang mengalami zaman gelapnya... sangat sadis kalau dibandingkan dengan dua bangsa yang mengapitnya. Lihat di Barat, ada Rom yang gah dengan empayarnya, lihat di Timur, ada Parsi yang sungguh bergaya sejak zaman purba lagi.

Arab? 
Kalian akan ketawa kalau mendengarkan kisah mengenai bangsa Arab. Mereka hidup berpuak-puak, mereka saling memerangi antara satu sama lain. Lalai dengan hiburan... lalai dengan kisah mengarut. Bahkan, anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana percaya pada sial. Kaum perempuan? Anda ibarat sampah ketika itu. Tapi siapa sangka daripada bangsa ini, ALLAH pilih penyampai agung, utusan yang terhebat sepanjang zaman dan agama yang menjadi "THE WAY OF LIFE" ini datangnya daripada bangsa Arab.

TETAPI... Arab dulu pernah hebat sebenarnya. Sangat-sangat hebat... Tamadun Bangsa Add, Tamadun Bangsa Nabi Salleh, atau pergi sahaja ke Jordan lihat tinggalan agung. Mereka pernah membina tamadun-tamadun yang SANGAT HEBAT... tapi zaman gelap mereka terjadi bila runtuhnya Empangan Saba...

Melayu? 
Kisahnya lebih kurang sama. Melayu pernah hebat membina Tamadun yang tidak terkira mantapnya. Srivijaya, empayar yang pengaruhnya sampai ke Madagascar, Melaka, kekayaannya membuatkan Venice sangat cemburu. Champa yang berjaya menghalang perluasan kuasa dari empayar hebat seperti China dan Mongol... tetapi mereka mula memasuki zaman gelap mereka sejak jatuhnya Melaka...

Bukan mahu menyuruh kalian percaya apa yang saya tulis, tetapi menyuruh kalian berfikir. Percaya atau tidak dengan kata ustaz Don itu mengenai Bani Tamim, bukan di dalam kuasa saya. Tetapi mengajak kalian berfikir, itu tiada masalah.

-HE-
Copy and paste:
21 Januari 2022 > 19 Jamadilakhir 1443H: 10.10 pm

No comments:

Post a Comment