ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 31 January 2022

JUZUK DALAM AL-QURAN DAN HAL-HAL YANG BERKAITAN DENGANNYA

SUMBER: ZUL SEGAMAT

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.

Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah baginda untuk kita semua amalkan.


Tips yang nak dikongsikan ni adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar.

Contoh 1: Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2: Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3: Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Tak gitu?

Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat manfaatnya.

Mengapa Al Quran dibahagikan kepada Juzuk? 
Pelajari cara pembahagian Al Quran.

Allah memerintahkan manusia untuk mengkaji dan memahami isi Al Quran, seperti dijelaskan pada Surah Al-Qomar [54 : 17 ] ;

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan AI-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”.
Jom, kita kaji Al Quran. Pernah tak tertanya kenapa Al Quran dibahagi kepada 30 Juzuk dan apa tanda tanda di sisi muka surat?


PEMBAHAGIAN AL QURAN
Kenapa Al Quran dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti juz atau juzuk dan apa maksud tanda 1/4 di sisi muka surat?

Ulama membahagikan kepada bahagian kecil dan juzuk untuk memudahkan proses penghafalan dan khatam Al Quran.
Mereka membahagikan kepada 30 juzuk bersamaan dengan 30 hari di bulan Ramadhan untuk mereka mudah bertadarus setiap hari dan khatam Al Quran dalam masa sebulan.
Al Quran dibahagi kepada 30 Juz dan 60 hizb yang mengandungi 114 surat atau surah yang diberi nama.

114 Surah dibahagi kepada 4 iaitu:

Assab’uththiwaal iaitu 7 surah yang panjang:

(1) Al Baqarah – 286 ayat dan 47 muka surat,
(2) Ali Imran – 200 ayat dan 29 muka surat
(3) An Nisaa’ – 120 ayat dan 29 muka surah
(4) Al Maaidah – 120 ayat dan 11 muka surat
(5) Al An’aam – 165 ayat dan 22 muka surat
(6) Al A’raaf – 206 ayat dan 26 muka surat dan
(7) Yunus – 109 ayat dan 12 muka surat.

Surat-surat yang panjang terbahagi lagi kepada sub bahagian kecil yang disebut ruku’ yang membahas tema atau topik tertentu.
Istilah ruku’ digunakan dalam pembahagian halaman Al-Qur’an, selain di akhir surah dan/atau Juz.
Ruku’ umumnya membatasi ayat-ayat yang berada pada satu tema dengan tema yang selanjutnya. Ia juga digunakan sebagai panduan tempat untuk berhenti membaca, agar tidak berhenti dipertengahan tema atau di tempat terlarang.

Al Miuun iaitu surat yang mempunyai 100 lebih ayat.

Al Matsaani iaitu surah yang mempunyai ayat kurang dari 100.

Al Mufashshal iaitu surah pendek.
seperti Al Ikhlas , An Nas dan Al Falaq.

1 hizb dibahagi pula kepada 4 yang bertanda di sisi muka surat seperti ¼ hizb, ½ hizb dan ¾ hizb.

Setiap hizb dibahagi menjadi empat dengan tanda-tanda ar-rub (satu perempat), an-nisf (seperdua), dan as-salsalah (tiga suku).
2 Hizb (8 bahagian Maqra’ ) bersamaan dengan 1 Juzuk Al Quran.

Pembahagian juz adalah berdasarkan jumlah bilangan muka surat.
Pembahagian Hizb bersandarkan bilangan huruf.
Pembahagian ruku’ bersandarkan pada tema dan topik ayat.

♥1 Al-Quran = 30 juzuk
♥1 Juzuk = 2 Hizb
♥1 Hizb = 4 Maqra’
♥1 Juzuk = 10 helai = 20 mukasurat
♥1 mukasurat = 15 baris ayat.
==> 30 Juzuk = 60 Hizb = 240 Maqra’

———————————-
Cara / Teknik Khatam Al Quran
Program bacaan Al -Quran secara istiqamah:

1 hari baca 1 maqra’
==> Khatam dalam 8 bulan
1 hari baca 2 maqra’
==> Khatam dalam 4 bulan
1 hari baca 1 hizb = 4 maqra’
==> Khatam dalam 2 bulan.
1 hari baca 1 juzuk= 2 hizb = 8 maqra’ ==> Khatam dalam 1 bulan/ 30 hari.

———————————–
SOALAN LAZIM TENTANG AL QURAN

Berapakah jumlah muka surat untuk setiap juzuk? (Baru je tadi kita bagi tahu.. ingat tak? Hehe)
Jawapannya : 20 muka surat yakni bersamaan 10 helai. (1 mukasurat ada 15 baris ayat)

Apakah surah yang terkandung dalam setiap juzuk?

Berikut merupakan surah -surah mengikut pembahagian 30 Juzuk Al Quran :

♥Juz’ 1 :
Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141 (1:1-2:141)

♥Juz’ 2 :
Al Baqarah 142 – Al Baqarah 252 (2:142-2:252)

♥Juz’ 3 :
Al Baqarah 253 – Al Imran 92 (2:253-3:92)

♥Juz’ 4 :
Al Imran 93 – An Nisaa 23 (3:93-4:23)

♥Juz’ 5 :
An Nisaa 24 – An Nisaa 147 (4:24-4:147)

♥Juz’ 6 :
An Nisaa 148 – Al Ma’idah 81 (4:148-5:81)

♥Juz’ 7 :
Al Ma’idah 82 – Al An’am 110 (5:82-6:110)

♥Juz’ 8 :
Al An’am 111 – Al A’raf 87 (6:111-7:87)

♥Juz’ 9 ;
Al A’raf 88 – Al Anfal 40 (7:88-8:40)

♥Juz’ 10 :
Al Anfal 41 – At Tauba 92 (8:41-9:92)

♥Juz’ 11 :
At Tauba 93 – Hud 5 (9:93-11:5)

♥Juz’ 12 :
Hud 6 – Yusuf 52 (11:6-12:52)

♥Juz’ 13 :
Yusuf 53 – Ibrahim 52 (12:53-14:52)

♥Juz’ 14 :
Al Hijr 1 – An Nahl 128 (15:1-16:128)

♥Juz’ 15 :
Al Isra (or Bani Isra’il) 1 – Al Kahf 74 (17:1-18:74)

♥Juz’ 16 :
Al Kahf 75 – Ta Ha 135 (18:75-20:135)

♥Juz’ 17 :
Al Anbiyaa 1 – Al Hajj 78 (21:1-22:78)

♥Juz’ 18 :
Al Muminum 1 – Al Furqan 20 (23:1-25:20)

♥Juz’ 19 :
Al Furqan 21 – An Naml 55 (25:21-27:55)

♥Juz’ 20 :
An Naml 56 – Al Ankabut 45 (27:56-29:45)

♥Juz’ 21 :
Al Ankabut 46 – Al Azhab 30 (29:46-33:30)

♥Juz’ 22 :
Al Azhab 31 – Ya Sin 27 (33:31-36:27)

♥Juz’ 23 :
Ya Sin 28 – Az Zumar 31 (36:28-39:31)

♥Juz’ 24 :
Az Zumar 32 – Fussilat 46 (39:32-41:46)

♥Juz’ 25 :
Fussilat 47 – Al Jathiya 37 (41:47-45:37)

♥Juz’ 26 :
Al Ahqaf 1 – Az Zariyat 30 (46:1-51:30)

♥Juz’ 27 :
Az Zariyat 31 – Al Hadid 29 (51:31-57:29)

♥Juz’ 28 :
Al Mujadila 1 – At Tahrim 12 (58:1-66:12)

♥Juz’ 29 :
Al Mulk 1 – Al Mursalat 50 (67:1-77:50)

♥Juz’ 30 :
An Nabaa 1 – An Nas 6 (78:1-114:6)


Semoga bermanfaat.

Allahu’alam… Wassalam – zulsegamat

Copy and paste:
31 Januari 2022 > 28 Jamadilakhir 1443H: 5.05 pm

No comments:

Post a Comment