ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 2 January 2022

Bukti Rekod Dari China (Dinasti Ming) Tentang Kewujudan Kesultanan Melaka

SUMBER > HISTORIAN LODGE

   In Artikel umum

Ramai yang bertanya kepada saya tentang rekod dari China yang sebenarnya tentang Kesultanan Melaka.Sebelum ini,banyak rekod yang ada hanyalah dari sumber Melayu sendiri seperti Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah (kedua-duanya diiktiraf UNESCO untuk temasuk dalam senarai Memory of the World Register ) selain Bustanul Salatin atau sumber dari Portugis seperti Suma Oriental atau Comentários do grande Afonso de Albuquerque,namun manakah sumber dari China sendiri?Aneh bukan?

Sebenarnya memang ada malah di sana tersimpan kemas nama-nama raja Melaka di dalam rekod China sendiri.So,educate urself.

KESULTANAN Melaka meliputi kawasan empayarnya seluruh semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Patani dan sebahagian timur Sumatera,sementelah pengaruh budayanya merentasi seluruh suku-suku Nusantara.

Gambaran antara yang terbaik untuk menunjukkan kejayaan hubungan antarabangsa bangsa Melayu menerusi Kesultanan Melaka adalah dengan menghayati catatan Tom Pires tentang para pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka :

Moors from Cairo, Mecca, Aden, Abysinnians, men of Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, Christians Armenians, Gujaratees, men of Chaul, Dabhol, Goa, of the kingdom of Deccan, Malabars and Klings, merchants from Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siamese, men of Kedah, Malays, men of Pahang, Patani, Cambodia, Champa, Cochin China, Chinese, Lequeos, men of Brunei, Lucoes, men of Tamjompura, Laue, Banka, Linga (they have a thousand other islands), Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Jaya, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, lndragiri, Kappatta, Menangkabau, Siakå Arqua (Arcat?), Aru, Bata, country of the Tomjano, Pase, Pedir, Maldives.

(Melayu Pribumi Asia Tenggara,Bab ke-2 terbitan HRP)

Namun ada persoalan juga provokasi yang mengatakan mana dia sumber dari China yang terang-terang mengandungi maklumat tentang Kesultanan Melaka ini?Mereka seterusnya menuduh bahawa Kesultanan Melaka adalah dongeng,tidak wujud malah hanyalah mitos dari hikayat-hikayat Melayu dalam Sulalatus Salatin dan dikutip oleh penulis Portugis.

Sebenarnya dakwaan mereka di atas ini adalah tidak berpendidikan sama sekali.Hanya kerana mereka malas membaca dan dungu,tidak bermaksud tiada rekod-rekod dari dinasti-dinasti China yang menjadi saksi kepada pelabuhan Melaka yang prestijnya menandingi imej selebriti pelabuhan Venice di Mediteranean.

Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice” -Tom Pires

Jadi soalannya sekarang.mana dia sumber China tentang kewujudan Melaka?


SUMBER DINASTI MING TENTANG KEWUJUDAN KERAJAAN MELAKA

Kewujudan kerajaan Kesultanan Melaka sememangnya telah lama wujud dalam rekod-rekod diraja imperial China.Malangnya,ramai di kalangan kita tidak tahu menahu tentang ini termasuk para sejarahwan,pengarang buku teks dan ahli akademik.Seperti katak di bawah tempurung,itulah gambaran jelas tentang penyakit mereka ini.

Kesultanan Melaka disebut dalam T’ai-tsung (Yung-lo) Shih-lu sebanyak 130 chuan, Jen-tsung (Hung-hsi) Shih lu sebanyak 10 chuan dan Hsuan-tsung (Hsüan-te) Shih-lu sebanyak 115 chuan.

Selain menceritakan tentang adanya kerajaan Melaka,catatan mereka juga menyebut tentang nama raja-raja Melaka seperti Pai-li-mi-su-la (Permaisura),Mu-kan-sa-yu-ti er-sha (Megat Iskandar Shah), Hsi-li-ma-ha-la-che (Sri Maharaja) dan sebagainya.

Permaisura adalah nama sebenar bagi ‘Parameswara’ yang sebenarnya bersumberkan catatan-catatan Barat seperti Windsted dan Wake yang keliru dengan sebutan China tersebut.

Ketiga-tiga rekod ini adalah dari tiga maharaja China dari dinasti Ming iaitu:

1) Yung-lo/Yongle (1402-1424)

2) Hung-hsi/Hongxu (1424-1425)

3) Hsuan-te/Xuande (1425-1435)

 

Kesemua rekod ini tersimpan kemas dalam rekod imperial China (Imperial Archive) di Beijing.

Kesemua rekod dinasti Ming berkenaan dengan Empayar Kesultanan Melayu Melaka telah disahkan dan dikaji dengan mendalam oleh ramai sarjana sejarah luarnegara termasuk Wang Gungwu,seorang sejarahwan prolifik Australia.

Cuma di Malaysia,ramai di antara kita tidak mengetahui sama sekali perkara ini dan menganggap Sulalatus Salatin mengada-adakan cerita dongeng tentang kerajaan ini.Catatan lengkap tentang Melaka dan raja-rajanya dalam rekod diraja China menunjukkan bahawa catatan Tom Pires juga Duarte Barbosa tentang saiz perdagangan Melaka yang besar adalah benar.

Ini juga menunjukkan Sulalatus Salatin bukanlah berpenglipurlara.

 

~Srikandi

Copy and paste:

2 Januari 2022 > 29 Jamadilawal 1443H: 7.37 pm

No comments:

Post a Comment