ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 2 December 2021

Melayu Bermoyangkan Orang Asli

SUMBER > HARIAN METRO


Sekumpulan penyelidik dan pakar pelbagai bidang mendapati bangsa Melayu memang asal usulnya hasil evolusi Orang Asli, sekali gus menolak teori migrasi dari Yunnan atau wilayah selatan China yang lebih popular dan diterima umum selama ini.
Dapatan itu dimuatkan dalam buku bertajuk Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda dihasilkan tiga penyelidik membabitkan Zaharah Sulaiman, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, dilancarkan di ibu negara.
Zaharah dalam kesimpulan ringkas dibuatnya merumuskan, manusia kuno pertama yang mendarat di Segenting Kra adalah Semang dan Senoi.
Menurutnya, hasil evolusi Orang Asli ini iaitu kumpulan Haplo (kumpulan moyang) terbahagi pula kepada beberapa yang lain seperti Jahai, Lanoh, Temiar dan Mendrik, seterusnya kepada keluarga lebih besar seperti Jakun, Kanaq, Seletar, Orang Laut dan suku lain, sering disebut sebagai Proto Melayu oleh pakar genetik barat.
"Orang Melayu secara genetik sama dengan Semang dan Senoi. Cuma orang Melayu dulu tinggal di pesisir laut. Sebab itu, kita berbeza dengan Orang Asli. Namun, hasil genetik memang sama," kata pakar arkeologi dan warisan pelancongan, Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bukti arkeologi memang mendapati orang Melayu dari Benua Sunda, malah usia genetiknya lebih lama dari India dan China.
"Kita sudah lama menolak teori Yunnan. Kita memang menyangkal adanya migrasi (hijrah) dari utara ke selatan. la tak mungkin berlaku. Jadi, tak ada Melayu Porto dan Melayu Deutro seperti didakwa dalam teori Yunnan. "Sebenarnya, orang Melayu yang bergerak dari Benua Sunda ke tempat lain," katanya ketika dihubungi. Sehubungan itu, beliau me- nyarankan masyarakat menerima pakai hasil maklumat berkenaan yang diperoleh melalui kajian lengkap me rentasi pelbagai disiplin. Menurutnya, mana-mana bahan bacaan termasuk teks pembelajaran yang mendakwa orang Melayu hanya berasal dari Yunnan juga wajar ditulis semula.
"Melayu berevolusi di Benua Sunda. Setiap maklumat yang mengatakan Melayu dari Yunnan itu perlu ditulis semula. Ia penting untuk mem berikan penjelasan kepada generasi baru," katanya. Dr Zuliskandar berkata, beliau juga bersetuju kepulauan di rantau ini termasuk Semenanjung Malaysia pada awalnya bercantum, dikenali sebagai Benua Sunda. -"Maknanya sebelum sepuluh ribu tahun lalu, Semenanjung Tanah Melayu , Jawa, Sumatera dan Borneo adalah tanah daratan dan kita boleh berjalan ke tempat itu. "Selepas sepuluh ribu tahun, kita terpisah (terpecah menjadi semenanjung dan pulau). Ia disebabkan kenai- kan paras air laut dan pen- cairan global. "Hal ini seperti pencairan ais yang berlaku di Antartika sekarang. Maknanya, dunia Melayu menjadi pulau. Dan di benua inilah asal orang Melayu," katanya.
Sumber : Harian Metro
Copy and paste:
2 Disember 2021 > 27 Rabiulakhir 1443H: 5.32 am

No comments:

Post a Comment