ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 17 November 2021

Ilmu Navigasi Melayu

Kredit: Mohd Salleh Mazukhi
FB BANGSA NUSANTARA JAYA

Setakat yang diketahui melalui para pengkaji antarabangsa , bangsa Melayu Polinesia telah pun terlibat dalam pelayaran jarak jauh seawal 1000 SM iaitu sekitar 3000 tahun lalu. Suku Maori dan suku suku polinesia contohnya telah berhijrah keluar dari Asia Tenggara ke Kepulauan Pasifik sekitar 1000 SM (3000 tahun lalu).
Begitu juga ada pelayar pelayar Melayu yang telah sampai ke Afrika Barat dan Mesir seawal abad pertama Masihi dan membuka penempatan di Madagaskar .
Seawal abad pertama masihi lagi pelayar pelayar Melayu sudah sangat memahami tentang tiupan angin monsun Timur Laut dan Barat daya dan mereka belayar ke arah barat atau timur berdasarkan musim musim monsun tersebut di mana ada masanya mereka telah punbelayar ke negeri Cina . Malah mengikut catitan Cina , pada abad pertama lagi , bangsa Melayu sudah pun membina jong jong yang boleh membawa muatan sehingga 500 tan.Pada abad ke 4 pula sudah terdapat jong Melayu yang mampu membawa muatan sehingga 1000 tan.
Dengan kepesatan pelayaran itu agaknya bagaimana pelayar pelayar Melayu mengemudi kapal mereka meredah lautan luas ke serata dunia. Itulah dia ilmu navigasi Melayu.
Sudah menjadi lumrah , bangsa Melayu belajar dari alam secara praktikal, bukan dari buku atau catitan. Jadi kemahiranini terpahat dalam minda para nakhoda Melayu tanpa catitan.
Inilah yang menjadi kehairanan orang barat sehingga menggelar "The Sixth sense of the Malay race". Ia terhasil dari pemerhatian mereka tentang sifat sifat alami dan juga sifat sifat hidupan di keliling mereka dan mereka belajar dari pemerhatian mereka lalu dijadikan subjek ilmu yang tak ternilai harganya,
1.Bulan dan Matahari
Bulan dan matahari terbit di arah timur dan terbenam di arah barat. Jadi ia dijadikan asas indikator timur-barat ,seterusnya boleh dikenalpasti pula arah arah yang lain.
2.Buruj buruj bintang.
Entah bagaimana para pelaut Melayu dahulu kala sudahpun mengenal berbagai buruj bintang yang dijadikan alat pandu arah navigasi . Contohnya Buruj Pari, Buruj Biduk, Buruj Skorpio , Buruj Belantik dan banyak lagi. Buruj buruj ini menunjuk ke arah tertentu . jadi ia dijadikan asas kepada arah yang hendak dituju . Contohnya buruj Pari yang hujungnya menunjuk ke arah selatan.
3. Gunung Ganang dan bukit bukau .
Gunung ganang boleh dilihat dari tengah laut dari jarak berpuluh km . Jadi ia dijadikan mercu tanda panduan untuk pelabuhan . Contohnya Gunung Jerai untuk kePelabuhan KedahTua, Gunung Ledang untuk Pelabuhan Melaka dan gunung gunung lain untuk pelabuhan tertentu. Kalau kita lihat hampir semua pelabuhan dahulu kala terletak di muara sungai dan ada bukit sebagai penanda. Contohnya, Kuala Sepetang-Bukit Larut , Kuala Selangor-Bukit Melawati, Klang-Bukit Jugra , begitu juga Melaka-Bukit Cina .
4.Warna air laut
Warnanya berbeza mengikut kedalaman.Pinggir pantai atau muara-biru hijau, kawasan sederhana-biru muda, Laut dalam (tengahlaut ) -biru gelap.Ini adalah penandaan kedudukan kapal samada masih jauh di tengah laut atau sudah hampir ke daratan.
5. Burung Laut.
Tabiat burung, keluar terbang mencari makan waktu pagi dan pulang ke sarang (daratan ) pada waktu petang. Jadi dengan memerhati arah burung terbang pada waktu pagi atau petang boleh mengesan arah daratan. Burung yang terbang rendah menandakan daratan sudah hampir.
6.Ikan lumba-lumba
Ikan lumba lumba kebiasaannya mencari makan dikawasan tidak jauh dari pantai (kawasan sederhana) . Jadi jika ada kelibat ikan lumba lumba , para nakhoda sudah mula meninjau arah daratan , kebiasaannya sekitar 2 jam pelayaran untuk sampai ke daratan.
7.Plankton
Pada waktu malam plankton ini berpijar dan berkilau bila dikocak air. jadi para nakhoda akan memerhati. Jika warna berpijar itu banyak ertinya kapal sedang menentang arus. Jika warna berpijaritu sedikit bermakna kapal sedang belayar mengikut arus.
8.Awan
Bisanya awan komulus yang rendah terhasil dari pemelwapan di daratan. Jadi para nakoda bisanya memerhati awan komulus rendah ini. kewudannya menandakan adanya daratan di bawahnya.
9. Kilat dan Petir
Kilat dan petir menyambar kawasan daratan di bawahnya. Jadi panahan kilat dan petir ini menandakan adanya daratan di bawahnya walau pun mungkin masih jauh.
Begitulah arifnya orang dahulu kala. Mereka memerhati alam, belajar darinya dan mengambil manfaat darinya.
Kredit: Mohd Salleh Mazukhi

Copy and paste:
17/11/2021 > 12 Rabiulakhir 1443H: 7.11 am


No comments:

Post a Comment