ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 18 October 2021

UJIAN KIFARAH DOSA

Apabila kita diuji hati mulai terusik dan berbisik. Bila hati mula terusik, hati mulai berbolak balik. Sampaikan kepada orang sekeliling demi menjaga hati yang terusik. Orang sekeliling mulai menasihati. 

Apa kata mereka : "Allah uji sebab hendak hapuskan dosa kita". 
Ya betul tetapi hati kita makin sedih, makin kecewa, makin meratapi dosa. Kita mulai merasakan nasihat sebegitu lagi memberat hati yang makin lagi terusik. 
Akhirnya ALLAH jua diajukan soalan : 
"Kenapa dan Mengapa, Kenapa aku, kenapa aku, kenapa aku ?". 
Wahai kawan berhenti sejenak, tukarkan fikiran kita yang negatif itu. 
Allah sudahpun berjanji : "INNA MA'AL USRI YUSRO" "INNA MA'AL U'SRI YUSRO" "INNA MA'AL U'SRI YUSRO" (setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan) 
  • Nabi Muhammad juga diuji bahkan lebih hebat daripada kita. (Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad) Adakah kerana DOSA ? 
  • Nabi Zakaria dipotong badannya, terputus dua, adakah kerana DOSA ? 
  • Sumayyah dicampak ke dalam parit api, habis sekeluarga, adakah kerana DOSA ? Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia, dihenyakkan batu besar di atas dada, adakah kerana DOSA ? 
Bukan bukan bukan. 

Bukan kerana DOSA semata mata. 
  • ALLAH UJI UNTUK MENAIKKAN DARJAT. 
  • ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA. 
  • ALLAH RINDU AIRMATA KITA. 
Dalam kesusahan rupanya kita dapat kebahagiaan. □ Manusia tidak suka tengok orang menangis. Tapi ALLAH suka. 
  • BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA SIMPAN DI AKHIRAT. 
  • AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA. 
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji. Jangan menghukum diri apabila diuji. Lebih baik ambil wudhu', solat dua rakaat, selepas salam, istighfar dan selawat. 

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang, bisik dalam hati sedalam dalamnya, ALLAH menyanyangiku.

DALAM KESUSAHAN ADA KESENANGAN, ADA KEBAHAGIAAN :
"Ya Allah terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku". 
Allah itu MAHA ADIL, Allah itu PENCIPTA kita, Allah itu PENUH KASIH SAYANG.  Siapa lagi hendak UJI kita kalau bukan Allah. 
Siapa lagi hendak SAYANG kita kalau bukan Allah. 
Siapa lagi hendak MULIAKAN kita kalau bukan Allah. 
Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah. 
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. 

Wallahu'alam Bisawab 
Subhanallah 
Allah Maha Besar 
Wassalam.

C&P: 18 OKTOBER 2021 / 11 RABIULAWAL 1443H: 12.50 PM

No comments:

Post a Comment