ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 4 August 2021

PENEMUAN KERIS DI JEPUN




SUMBER: FB KISAH SEJARAH MELAYU

OKINAWA: Penemuan sebilah keris purba di tanah Kuil Diraja Enkakuji berhampiran kuil kurun ke 15 Shurijo mungkin dapat meleraikan misteri hubungan antara dunia Malayu dengan Kepulauan Barat Daya Jepun.
Semasa Kuil Enkakuji yang rosak semasa peperangan sedang diperbaiki, pekerja pembinaan telah menemui pemegang periuk porselin yang terkeluar dari tanah di tempat persembahan dibuat kepada dewa.
Penggalian arkeologi seterusnya telah mengeluarkan sembilan lagi objek, termasuk bilah beralun sebuah keris yang begitu asing kepada penduduk disitu.
Bilah berukuran 22.1cm dari mata ke hulu itu telah dijumpai tanpa sarung dan hulu kerana bahagian kayu telah reput sepenuhnya.
Menurut pegawai di Pusat Arkeologi Daerah Okinawa, bilah keris tersebut ditemui tertanam bersama objek lain termasuk sebuah pinggan tanah liat dengan ukiran perahu naga, periuk bersepuh, engsel pintu bersadur emas serta bingkai pintu diperbuat dari logam.
The castle restoration work started in 1989 and the Shurijo Park was opened to public in 1992 while restoration work at the temple is still ongoing.
Prof Dr Kurayoshi Takara a historian from the University of The Ryukyus said the discovery had not been publicised much and is unknown to people outside Okinawa and Japan.
Beliau mempercayai penemuan bilah keris tersebut akan menarik minat pengkaji sejarah serta ahli arkeologi antarabangsa untuk menentukan asal usulnya.
"Secara peribadi saya percaya keris itu mungkin berasal dari Melaka kerana Kerajaan Ryukyu telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Kerajaan Melaka seawal kurun ke 15" kata Prof Takara yang telah membuat lawatan ke Melaka bagu membuat kajian lanjut terhadap perhubungan awal Kerajaan Ryukyu dengan Kerajaan di Asia Tenggara.
Berdasarkan rekod2 sejarah, Prof. Takara memegaskan bahawa Ryukyu telah memulakan perdagangan dengan Kerajaan Siam (Thailand) antara tahun 1425-1570, Melaka (1463-1511), Pattani (1490-1543), serta beberapa kawasan di Indonesia (Palembang, Jawa, Sumatra)Kemboja.
"Rekod tersebut turut membuktikan kapal2 Ryukyu sampai ke Melaka setiap tahun selama tempoh 49 tahun untuk berdagang dengan pedagang tempatan, Arab serta India.
"Mereka akan membawa bersama emas, perak, tembaga, timah serta seramik China dari tanah besar Jepun dan China untuk ditukarkan dengan gading dan arak," kata beliau dan menambah bahawa terdapat perutusan surat antara Kerajaan Melaka dan Ryukyu.
Melaka juga dikenali dengan arak berkualiti tinggi (dipercayai nira nipah), tetapi untuk tahun2 kemudian pihak Ryukyus mulai membelinya dari Thailand selepas Melaka berhenti menghasilkannya.
Kini Okinawa mempunyai arak beras mereka sendiri yang dikenali dengan nama awamori. Terdapat lebih 40 kilang yang mengeluarkannya.
Prof Takara berkata Japan-Asean Exchange Year 2003 merupakan peluang terbaik bagi pelajar di negara Asean untuk membuat kajian bagi memahami kepelbagaian budaya serta sejarah.
Beliau turut menyebut bahawa prpses mewarna fabrik yang dikenali sebagai bingata amat menyerupai proses cetakan batik di Malaysia dan Indonesia. Tiada rekod ditemui menunjukkan bingata berasal dari Asia Tenggara...."
#OKINAWA TERLETAK DI KEPULAUAN RYUKYU.. tempat maharaja Jepun zaman silam dari Empayar Jomon
Sumber: THE STAR

Copy and paste: 4 Ogos 2021 / 25 Zulhijjah 1442H: 11.40 am

No comments:

Post a Comment