ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 August 2021

DI SEBALIK KEGEMILANGAN MELAKA :

Edit Roujin d'Umi > 29 Dec 2020
Sumber dari Whatsapp


1] Sultan yang `ADIL;
Berani menjatuhkan Hukum bila Puteranya sendiri didapati bersalah melakukan  Kezaliman ke atas rakyat jelata;

2] Mamanda Bendahara (PM) yang Mukmin dan Bijaksana; Tidak pernah DERHAKA kepada Rajanya; Namun tegas, bahawa Putera Raja yang zalim tidak boleh diangkat menjadi Raja atau Sultan;

3] Laksamana yang Perkasa dan Berilmu "Global" (menguasai 12 Bahasa Dunia & Ilmu Tasawuf); menjadi Duta (Viceroy) Kerajaan Melaka;

4] Ulama Istana yang berjiwa Pahlawan, menguasai Ilmu Tempor Perang; Seni Persilatan & Seni Persenjataan; Berani menegur Sultan, disegani dan dihormati FATWA nya oleh Sultan, Bendahara, Laksamana juga Temenggong, Syahbandar, para Ilmuan dan rakyat jelata.

Ulama yang membina Ummah lebih dari menjaga kepentingan Istana dan kalangan Bangsawan.

APAKAH KITA KINI MEMILIKI 4 RESIPI TERSEBUT DI ATAS ???

1] KISAH KE`ADILAN SULTAN DAN BENDAHARA YANG BIJAKSANA :

Apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh Kerajaan Melaka, Pemerintah Siam di Pahang, "Maharaja Dewa Sura" telah ditawan dan dibawa ke Melaka. Puterinya, "Puteri Onang Seri" telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah dan kemudiannya beroleh dua orang putera,

~ Raja Muhammad; dan Raja Ahmad.

Apabila berlakunya peristiwa di mana anak kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak (Tok Puteh) yang bernama "Tun Besar" sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan keris kerana telah menjatuhkan destar "Raja Muhammad" yang sedang berkuda.

"Pertelagahan" kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan kata-katanya yang masyhur dan berbisa itu;

“Nyiah!!! Nyiah kamu semua!!!, Nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah Derhaka. Tetapi akan anak Raja seorang ini janganlah kita Pertuan”.

(Maksudnya Raja Muhammad, putra Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari, anak bekas Pemerintah Siam di Pahang)

"Lihatlah betapa Melayu tiada derhaka kepada Rajanya, namun Putera Raja yang zalim tiada akan diPertuankan atau dilantik menjadi Raja".

Begitu jugalah harapan rakyat jelata agar Rajanya tiada melantik Pegawai Istana Kesultanan yang zalim atau tiada menegakkan Syi`ar Islam.

Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah dikeluarkan dari bumi Melaka dan diRajakan di Pahang sebagai Sultan yang Pertama, bergelar "Sultan Muhammad Shah" pada tahun 1470. Baginda mangkat pada tahun 1475 dan makam baginda terdapat di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan.

Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dari keturunan baginda kedua inilah wujudnya Dinasti pertama Kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah.

Keturunan Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama pada tahun 1614. Makam keluarga diraja ini terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan.

2] ULAMA`-ULAMA` KESULTANAN MELAYU MELAKA :

~ Sayyid `Abdul Aziz;
~ Maulana Jalaluddin;
~ Sayyidi `Arab;
~ Syeikh Dato` Kahfi;
~ Sheikh Ahmad Majnun;
~ Maulana Abu Bakar;
~ Kadi Maulana Yusuff;
~ Kadi Munawwar;
~ Sultan Ala`uddin Ri`ayat Syah; ~ Sultan Melaka sendiri juga adalah seorang Ulama`;
~ Sheikh Ismail;
~ Maulana Sadar Jahan;
~ Syeikh Jailani Mendik Masab; ~ Lebih dikenali dengan gelaran Dato` Machap.
Maqamnya di Sg. Machap, kini reservoir Sg. Machap.

1) SAYYID ABDUL AZIZ :
Beliau berasal dari Hijaz, kemungkinan dari Mekah atau Madinah. Kemudian dari pelabuhan Jeddah, beliau belayar ke Melaka bersama rombongannya untuk berdakwah.
Beliau adalah Ulama` yang berjasa mengislamkan Parameswara, pengasas Kesultanan Melaka.

2) MAULANA JALALUDDIN :
Seorang ulama` yang rapat dengan Sultan Muzaffar Syah (Raja Kasim). Beliau menyelamatkan Sultan Muzaffar Syah dari terus terbuang dari istana oleh Raja Rokan. Beliau seterusnya membantu Sultan Muzaffar Syah mendapatkan kembali takhta Kesultanan Melaka dari Sultan Abu Syahid yang dipengaruhi oleh Raja Rokan.

3) SAYYIDI ARAB :
Beliau adalah ulama` yang tinggal di Melaka zaman Sultan Muzaffar Syah. Nama sebenarnya tidak diketahui. Beliau terkenal sebagai seorang pemanah handalan dan sering membawa panah ke mana sahaja beliau pergi.

4) SYEIKH DATUK KAHFI :
Beliau dilahirkan di Melaka dan merupakan anak kepada Dato` Ahmad. Dari Melaka beliau belayar ke Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama.
Setelah itu, beliau berhijrah dan menetap di Gunung Jati, Cirebon. Beliau mendirikan sekolah pengajian (Pesantren) di Gunung Jati dan membantu dakwah Sunan Gunung Jati.

5) SYEIKH AHMAD MAJNUN :
Syeikh Ahmad Majnun seorang ulama` yang hidup di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat di Pengkalan Kempas, Linggi dikatakan dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan berdakwah.
Berdasarkan inskripsi pada batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau, Syeikh Ahmad Majnun wafat pada tahun 802 H bersamaan 1467 M.

6) MAULANA ABU BAKAR :
Beliau adalah seorang Ulama` Tasawuf. Beliau datang ke Melaka dari Mekah atas arahan gurunya iaitu Maulana Abu Ishak dan membawa satu kitab bertajuk الدر المنظوم.
Kedatangan beliau di Melaka disambut dengan penuh gemilang oleh Sultan Mansur Syah. Di Melaka, beliau menganjurkan "Pengajian di Istana" dan menjadi Guru kepada Sultan dan para pembesar Melaka.

7) KADI MAULANA YUSUF :
Beliau adalah Kadi Kesultanan Melayu Melaka, jawatan dalam bidang agama yang tertinggi. Beliau adalah cucu Sayyid Abdul Aziz, pendakwah yang mengIslamkan Parameswara.
Beliau sangat dihormati oleh seluruh masyarakat Melaka termasuk Sultan sehinggakan Sultan Melaka sendiri berjalan kaki ke rumahnya untuk menuntut Ilmu.

8) KADI MUNAWWAR :
Beliau adalah anak kepada Kadi Maulana Yusuff. Beliau dilantik menjadi Kadi Kesultanan Melaka oleh Sultan Mansur Syah setelah ayahnya mengundurkan diri dari jawatan tersebut. Antara kepakaran Kadi Munawwar ialah "Seni Silat Bermain Beladau" (sejenis golok) dan membuat periuk api dan mercun.

9) SULTAN ALA`UDDIN RIAYAT SYAH :
Baginda merupakan Sultan Melaka ke-7 dan dikenali sebagai Sultan yang `adil dan soleh.
Baginda seorang yang mahir dengan ilmu-ilmu agama di mana Baginda juga sering memberi kuliah-kuliah agama kepada Raja-Raja di bawah naungannya dan kepada kaum kerabatnya. Pada batu nisannya tertera perkataan berikut:-

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Ala`uddin ibni Sultan Mansur ibni Sultan Muzaffar Syah.
Rahmat dan Kesejahteraan ALLAH barang terlimpah ke atas rohmu wahai Wali ALLAH yang terpilih”.

10) SYEIKH ISMAIL :
Beliau mendapat gelaran "Sultanul Arifin" kerana `aliman `ilmunya. Pada zamannya, Pulau Besar dan Upeh (Tengkera) menjadi Pusat Pengajian Islam di Melaka.
Ramai yang datang ke Melaka untuk berguru termasuk Maulana Ishaq, ayah kepada "Maulana Ainul Yaqin" (Sunan Giri).

11) MAULANA SADAR JAHAN :
Beliau seorang Ulama` Hijaz yang datang ke Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Beliau menjadi Guru Utama kepada Sultan Mahmud Syah dan kerabatnya disebabkan ke`alimannya.
Beliau turut terlibat dalam perang Melaka-Portugis 1511 malah peranannya dalam medan perang sangat ketara.

12) SYEIKH JAILANI MENDIK MASAB :
Beliau lebih dikenali dengan nama "Dato` Machap". Beliau ialah seorang Ulama` dan Pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar, Sulawesi.
Beliau datang ke Melaka untuk berdagang sekitar tahun 1500 iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Ke`ilmuannya dalam bidang agama dan ketinggian akhlaknya telah menarik perhatian Sultan sehingga beliau dilantik menjadi "Imam DiRaja".
Ketika Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Dato` Machap berjuang bersama-sama umat Islam di Melaka untuk mengusir Portugis dari Melaka.
Maqamnya (quburnya) di Machap, Melaka sekarang menjadi sebahagian dari tasik takungan bekalan air, berupa sebuah masjid yang ditinggalkan dan dipenuhi dengan "Khat-Khat China".


SUMBER ULAMA` MELAKA :
~ #ThePatriots
C&P: 13/8/2021 / 4 MUHARRAM 1443H: 10.47 AM

No comments:

Post a Comment