ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 10 May 2021

TOKOH SEJARAH - DR. ALBERT KWOK


OLEH: FIZWAN ABDUL HALIM > RAKYAT MALAYSIA SUPPORT PDRM

In Memoir of Dr.Albert Kwok
1921-1941
Doktor perubatan yang bangkit melawan askar Jepun .
Albert Kwok dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1921. Ayahnya adalah seorang Doktor Pergigian . Pada akhir 1930-an , Kwok di hantar ke China, di mana dia belajar kaedah Perubatan Tradisional Cina (TCM). Beliau kemudiannya mengikuti latihan dan kursus perubatan di Nanking, Hankow dan Canton . Kwok juga mengambil kursus perubatan untuk merawat buasir di Pulau Pinang .
Pada tahun 1940 , Kwok yang baru berusia sembilan belas tahun berpindah ke Jesselton (Kota Kinabalu masakini) untuk bekerja sebagai Doktor Perubatan. Walaupun latihannya sangat berjaya, dia terpaksa berhenti merawat pesakitnya ketika bekalan ubatnya habis akibat kapal kargo penghantaran ubat-ubatan ke Borneo dari Temasek (Singapura) di letupkan oleh pihak askar Jepun
Beliau memilih untuk bersama-sama mempertahankan Borneo dari penjajahan askar Jepun ketika pihak Jepun mula melancarkan serangan pada 13 Jun 1942 di Borneo .
Pada ketika itu , Dr. Albert Kwok sedang bertugas di Daerah Sandakan Sabah dan ketika askar Jepun mula menduduki Borneo , Dr.Albert Kwok bertemu dengan Imam Marjukim , Haji Aliasan dan Haji Shakim iaitu pemimpin masyarakat Bajau , Tidung dan Suluk di Sandakan Sabah , untuk menubuhkan pasukan yang di kenali sebagai Gerila Kinabalu.
Ketika askar Jepun telah memasuki Borneo , Dr.Albert Kwok kembali ke Jesselton (Kota Kinabalu) dan membawa kaum Dusun , Cina , Kadazan , Rungus dan Murut menyertai Gerila Kinabalu .
Kepimpinan Gerila Kinabalu terdiri daripada :
• Hiew Syn Yong, seorang Penolong Pegawai Daerah dan beliau mengetuai Gerila Kinabalu di daerah Kota Belud.
• Charles Peter , bekas Ketua Polis di Jesselton (Kota Kinabalu) selepas beliau mengambil-alih tugas dari Ketua Polis sebelumnya iaitu Subendar Dewa Singh .
• Kong Sze Fui , seorang ahli perniagaan mengetuai Gerila Kinabalu dari daerah Manggatal
• Jules Stephens , beliau bertanggungjawab untuk keseluruhan organisasi
Dr. Kwok Kwok membawa 100 orang Cina dan kaum Dusun/Kadazan/Murut/Rungus bersamanya dan memimpin serangan dari darat , sementara Kaum Suluk , Tidung dan Bajau menyerang dari laut .
Serangan pada masa itu adalah sama seperti filem pada masa ini iaitu Pirates of the Caribbean , dengan lontaran panah berapi dari lautan , serangan tempur-hendap menggunakan parang dan kapak serta sumpitan racun .
Dr. Albert "Jack Sparrow" Kwok dan anak buahnya yang berjuang menggunakan panah , parang ,kapak dan sumpit telah dapat membunuh ramai askar Jepun , terutamanya di Daerah Manggatal dan Tuaran .
Manakala , bantuan serangan dari lautan , kaum Suluk , Tidung dan Bajau di ketuai oleh Imam Marjukim menyasarkan gudang-gedung utama simpanan senjata dan perbekalan Jepun .
Jumlah kematian di pihak Jepun adalah antara 60-90 orang , malah lebih dari jumlah yang sebenar .
Gerila Kinabalu amat di takuti oleh askar Jepun hingga memaksa komander perang Jepun di Sabah terpaksa memanggil bantuan tambahan dari Kuching Sarawak .
Untuk masa yang singkat , Dr.Albert Kwok dan Gerila Kinabalu , di bawah pimpinannya menguasai Tuaran, Manggatal dan Jesselton (Kota Kinabalu) .
Namun , dengan kelengkapan yang kurang efisien , Gerila Kinabalu terpaksa berjuang kembali menghadapi askar bantuan Jepun yang tiba dari Kuching tiga hari kemudian dan ini memaksa Dr.Albert Kwok dan kumpulannya terpaksa berundur ke bukit berhampiran Manggatal .
Selepas pertempuran hampir dua bulan , askar Jepun telah mengubah taktik . Mereka mengancam akan membunuh 400 orang di Lembah Shantung (Kini di kenali sebagai Penampang) jika Dr.Albert Kwok dan kumpulannya tidak menyerah kalah .
Bagi menyelamatkan nyawa 400 penduduk di Lembah Shantung (Penampang) , Dr. Albert Kwok menyerah diri pada 19 Disember 1943 dengan harapan berakhirnya pertumpahan darah .
Beliau dipenjarakan di Penjara Batu Tiga (Kini Bukit Perwira) dan kemudian di jatuhkan hukuman pancung oleh Komander Perang Jepun dan di lakukan di Petagas pada 21 Januari 1944 , bersama dengan 175 anggota Gerila Kinabalu yang lain .
Dr. Albert Kwok dan empat pemimpin lain , Charles Peter, Chan Chau Kong, Kong Tze Phui, Lee Tek Phui , menjalani hukuman penggal kepala di Daerah Petagas , sementara itu kumpulan yang di ketuai oleh Imam Marjukim , Haji Aliasan dan Haji Shakim serta kumpulannya menjalani hukuman tembak di daerah Sandakan Sabah.
Nama-nama mereka kini terpahat di Memorial Peringatan Petagas , Sabah.

C&P > 10/5/2021 @ 28 RAMADHAN 1442H: 2.53 AM

No comments:

Post a Comment