ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 7 May 2021

PIRAMID GIZA BUKAN DIBINA OLEH HAMBA ABDI

SUMBER DARI FB BELALANG POST

Piramid Khufu / Piramid Cheops / Piramid Agung Giza
  • piramid terbesar
  • dibina sekitar tahun 2580 - 2560 SM
  • makam Firaun Khufu yang memerintah pada tahun 2589 - 2566 SM (Dinasti Ke-4 Mesir Purba)
Piramid Khafre / Chephren
  • piramid kedua terbesar
  • dibina sekitar tahun 2570 SM
  • makam Firaun Khafre/Khafra (anak Firaun Khufu) yang memerintah sekitar tahun 2558 - 2532 SM (Dinasti Ke-4 Mesir Purba)
Piramid Menkaure
  • piramid terkecil
  • dibina sekitar tahun 2510 SM
  • makam Firaun Menkaure (anak Firaun Khafre) yang memerintah sekitar tahun 2530 SM (Dinasti Ke-4 Mesir Purba)
Sphinx
  • dipercayai dibina semasa pemerintahan Firaun Khafra
  • ada ahli egyptologi berpendapat bahawa kepala Sphinx mirip dengan Firaun Khafra
Keempat-empat binaan tamadun purba ini terletak di Kompleks Piramid Giza yang berhampiran dengan Kaherah, Mesir.
Teori "Piramid Giza dibina oleh hamba" berasal dari ahli sejarah Yunani purba, Herodotus yang mengatakan pembinaan piramid sebagai amalan perhambaan. Teori Herodotus ini kemudian disebarkan secara meluas dan dipromosikan dalam filem.
Ahli arkeologi telah mendedahkan beberapa fakta bahawa piramid bukan dibina oleh hamba.
1. Penemuan Kubur Pekerja Di Sekitar Piramid
Pada tahun 1990, kira-kira lebih daripada 600 buah kubur telah ditemui oleh pelancong. Dengan penemuan kubur di sekitar piramid malah di dalam piramid, ahli arkeologi berpendapat bahawa tidak mungkin para hamba dikebumikan secara terhormat.
Jika mereka adalah hamba abdi, mereka tidak akan dibenarkan untuk membina kubur mereka sendiri bersebelahan makam raja.
Ahli arkeologi juga menemui grafiti di dinding milik para pekerja yang menggelarkan diri mereka sebagai "Sahabat Khufu", sebuah lagi tanda yang menunjukkan mereka bukan hamba abdi. Para pekerja tersebut mungkin kebanyakannya miskin yang memerlukan makanan dan upah. Kubur-kubur tersebut dianggarkan berusia 4510 tahun.
2. Projek Negara
Menurut ahli arkeologi, bukti yang ditemui menunjukkan petani di delta dan kawasan atas Mesir telah menghantar sebanyak 21 ekor kerbau dan 23 ekor kambing biri-biri ke tapak pembinaan piramid setiap hari sebagai sumber makanan kepada pekerja-pekerja itu yang dipercayai seramai 10,000 orang atau menyamai askar Greek 100,000 orang.
Petani-petani ini dikecualikan daripada membayar cukai kepada kerajaan purba Mesir dan bukti ini menyokong fakta bahawa mereka menyertai sebuah projek negara.
3. Kemahiran Yang Tinggi
Bukti lain dapat dilihat dari struktur piramid yang hampir mustahil dilakukan oleh hamba yang tiada kemahiran kerana pembinaan piramid memerlukan ketelitian dan ketepatan yang tinggi untuk membentuk dan menyusun batu.
Menurut kajian ahli arkeologi, dinding bahagian luar piramid dilapisi batu kapur putih (limestone) yang halus dan bahagian puncaknya berlapiskan emas. Keadaan ini menyebabkan piramid akan berkilau seperti permata apabila terkena sinaran matahari.
Namun akibat hakisan alam dan perbuatan manusia, dinding bahagian luar yang berkilau itu tidak lagi wujud sehingga menyebabkan piramid kelihatan kusam.
Piramid Agung Giza juga memiliki sebuah pintu putar (swivel door) di bahagian masuk seperti yang terdapat di hotel-hotel dan ia diperbuat daripada batu. Beratnya 20 tan dan dapat dibuka dengan mudah dari dalam. Apabila ditutup, pintu ini langsung tidak kelihatan dari luar!
Para sejarawan mengatakan piramid ini dibina bukan semata-mata untuk dijadikan makam firaun tapi sebagai rumah yang kekal bagi raja setelah kematian. Oleh itu, Piramid Agung Giza dibina dengan sistem terowong yang dirancang dengan teliti.
Ketiga-tiga buah piramid di Giza ini dibina sejajar dengan gugusan Bintang Orion yang dikaitkan dengan Dewa Osiris iaitu "dewa kelahiran dan akhirat".
Kedudukan tiga buah piramid ini sama seperti piramid di Teotihuacan, Mexico.
Kesimpulannya, piramid besar yang dianggap sebagai keajaiban seni bina dunia ini kemungkinan telah dibina oleh sumber tenaga yang besar dengan mengupah ramai pekerja mahir daripada kalangan masyarakat setempat dengan persetujuan pemerintah pusat.
-Debu-

C&P: 7 MEI 2021 @ 25 RAMADAN 1442H: 1.41 PM

No comments:

Post a Comment