ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 12 May 2021

MENJAWAB TULISAN SAUDARA “AMIRUL MUKMININ” BERTAJUK: PENYELEWENGAN SEJARAH DEMI SIKAP LEPAS TANGAN KAUM ARAB

Oleh Mohd Faizal Sabhon > Legasi Pemikir - LEKIR

1.Rupanya ada yang panas dengan tulisan saya sebelum ini apabila peristiwa 1884 kelulusan Uthmaniah atau Sultan Abdul Hamid II membenarkan pemilikan asing di Palestin yang memberi ruang Yahudi memiliki tanah di Palestin.
2.Tajuk yang diberikan penulis melambangkan kedangkalannya dan kurang atau tidak membaca rujukan asal Bahasa Arab, hanya bergantung kepada rujukan sekunder tulisan barat."PENYELEWENGAN SEJARAH DEMI SIKAP LEPAS TANGAN KAUM ARAB” membuktikan penulis seorang yang Pro Uthmaniah, bahkan rujukannya hanya tulisan barat yang semestinya barat punya dosa bersama dalam krisis Palestin hari ini kerana mereka punya sejarah pengusiran-pengusiran Yahudi.
3.Pentaksub Uthmaniah cuba menyucikan tindakan Uthmaniah dengan memandang UNDANG-UNDANG KEISTIMEWAAN ORANG ASING sebagai sebagai HAK “PENGHIJRAH”
4.Yahudi yang berhijrah dari Andalus tetap pendatang, semasa kurun ke 16 hingga awal kurun ke 19 mereka hanya angka yang kecil.Itu bukan perbahasan.
5.Dr Abdul Wahab Al Masiriy adalah pakar yang dalam bidang ini dan kajiannya diperakui sehingga yahudi sendiri takut dengan kajiannya hingga cuba kajiannya cuba dihalang masuk ke Seminar Kebudayaan Antarabangsa di Franfkfurt 2004.(Nanti saya ulas bab ini)
6.Dalam buku beliau, walau memperakui Sultan Empayar Uthmaniah mengalu-alukan kedatangan Yahudi yang diusir dari Spain ke wilayah yang dijajahnya, tapi ia bukan dalam bentuk PENGHIJRAHAN yang bermaksud membina penempatan secara besar-besaran (hijrah bermaksud satu kedatangan secara dari satu kawasan secara beramai-ramai dan terus menetap di kawasan baru tersebut).
7.Dr Al Masiriy meletakkan tiga peringkat penghijrahan Yahudi :
7.1 Peringkat pertama : dari kurun ke 16 hingga awal kurun ke 19, penghijrahan Yahudi SEPHARD يهود السفارد atau Yahudi yang datang dari Spain dan Portugal.Walaubagaimana pun, Yahudi yang berhijrah dan membina penempatan, tidak membina penempatan di Palestin. (Juzu 1, muka surat 75)
7.2 Peringkat kedua : dari awal kurun ke 19 hingga 1880 atau selepas perang Napolean melibatkan jerman, Belgium, Francis dan beberapa negara Eropah lain.
7.3 Peringkat ketiga : dari 1881 hingga 1939 melibatkan Rusia dan selepas undang-undang yang melarang penghijrahan ke Rusia pada 1924, mereka menjadikan Palestin kawasan penghijrahan dari tahun 1925 hingga 1933.
8.Bukan isu penghijrahan yang kita nak bincang.Apa yang dibincang dari awal ialah PENEMPATAN YAHUDI secara besar-besaran yang faktornya dari undang-undang Penjajah Uthmaniah di negara yang dijajah.
9.Jika benar sekali pun Yahudi di Palestin yang berhijrah pada kurun ke 16 tersebut bukan lagi orang asing dan hanya Minoriti, tapi undang-undang yang MENYUMBANG penempatan mereka secara besar-besaran semasa penghijrahan 1925 hingga 1933 sebelum perang arab 1948 adalah bermula dengan aktiviti penguasaan perniagaan 1822 hingga pemilikan hak milik selepas 1884 yang mana hari ini, isu penempatan haram berlegar sekitar isu-isu ini seperti insiden baru2 ini yang melibatkan HAY SYEIKH JARRAH.
10.Yahudi yang datang ke Palestin semasa sebelum 1884 adalah YAHUDI ASHKANEZ yang ketika mereka berkelompok datang menyusup pada tahun 1822 dan 1833n dan seterusnya berjaya hingga menguasai empayar perniagaan di sana pada tahun 1840 kerana undang2 hak keistimewaan orang asing berkuatkuasa begitu juga semasa 1884 tahun semasa undang-undang hak pemilikan asing diluluskan oleh Sultan penjajah Uthmaniah Abdul Hamid II, adalah berstatus ORANG ASING.
11.Memang aku tak mention Zionism langsung sebab masa tahun2 itu belum wujud dan aku fokus YAHUDI ASHKANEZ yang merupakan “orang asing” bagi Empayar Uthmaniah pada tahun-tahun itu kerana mereka dari negara yang bukan di bawah jajahan Uthmaniah seperti Rusia, Francis, British....nie semua wilayah uthmaniah ke??
12.Bagitau sahajalah yang anda pentaksub Uthmaniah yang elergik apabila ada hakikat sebenar Uthmaniah didedahkan!! Masalah penulis sebenarnya tidak faham asal usul isu penempatan Yahudi hari ini yang berpunca dari Yahudi barat dan segala aktiviti berkaitan sekitar sebelum tertubuhnya zionis.
13."Gabenor lebih kuasa dari Sultan” adalah hujah dangkal Islamis dan Pro Uthamaniah yang tidak boleh menerima hakikat kelemahan Uthmaniah.Muhammad Ali Pasha tidak datang ke Mesir sebagai Gabenor Uthmaniah, beliau isytihar keluar dan memberontak dari Uthmaniah bahkan terlibat dalam perang memerangi Uthmaniah sendiri ketika perang SHAM.Isu Gabenor lebih kuasa tidak ada kaitan dalam hal ini, tapi undang2 yang diperkenalkan Uthmaniah memudahkan campur tangan asing.
14.Arab menolak cadangan PBB 1947 adalah kerana mempertahankan Baitul Maqdis dan tanah Palestin.Mesir, Saudi, Jordan dan Syria ketika itu menyertai perang arab yang mempertahankannya.Bunyi point ke sembilan tuh macam merendahkan perjuangan arab, iyerlah masa tuh arab yang ada tidak cukup kekuatan kerana mereka negara bekas jajahan UTHMANIAH yang tidak mewarisi tentera yang kuat untuk mereka bahkan diwariskan pula kepada penjajah lain, British!!
Ok, sekarang siapa yang menyeleweng ??!!!
Aku pun bersolidariti untuk Palestin tapi bukan dengan kaca mata Islamis dan Pentaksub penjajah Uthmaniah.
Rujukan : Ensiklopedia Zionis - Dr Abdul Wahab Al Masiriy
[Legasi Pemikir - LEKIR]

C&P: 12/5/2021 @ 30 RAMADHAN 1442H: 1.58 PM

No comments:

Post a Comment