ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 11 May 2021

MAKAM BELIMBING DAN BATU NISAN LATERIT.

Oleh : Puteri Nur Cahaya > Peminat Sejarah Lama

Tahukah anda selain Kota A-Famosa, Kru Jejak Rasul TV3 telah menjejak menelurusi lagi pertemuan lebih 100 makam di Makam Belimbing yang kesemuanya bernisankan batu laterit.
Tuan Nurman Mohd Baroldin, PERZIM telah berkongsi cerita bahawa,
Nisan-nisan itu tidak seragam dan terdapat hampir 20 jenis bentuk yang berbeza. Manakala di sekitar kawasan Chohong dan Chinchin dianggarkan terdapat ratusan malah mungkin ribuan batu nisan laterit sehinggakan di halaman rumah penduduk sekitar juga mempunyai kubur bernisankan laterit.
.
======================================
PERMINTAAN Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
======================================
1) Walau siapa pun kita, kita serumpun seNUSANTARA. Mari bersama kita baca Ummul Kitab Al-Fatihah untuk Atok Nenek Moyang dan mungkin juga leluhur kita yang telah dimakamkan di Makam Belimbing itu.
2) Jika telah diselerakkan batu nisan mereka oleh pihak tidak bertanggungjawab, moga penemuan oleh Kru Jejak Rasul TV3 ini membuka mata pimpinan Kerajaan Melayu Melaka untuk memulihara makam Atok Nenek Moyang dan leluhur kita yang telah pergi meninggalkan kita semua demi mempertahankan AQIDAH, BANGSA dan TANAH AIR TERCINTA dari bangsa keturunan PENJAJAH laknatullah'alaih.
3) Ada wartawan menghubungi saya. MAKLUMAN DARI WARTAWAN tersebut,
"ms sy dtg dlu, mmg nisannya tak bersusun. itu yg dorg n find out. lps artikel sy keluar, ada follow up artikel on perzim & jain dr bh online jg

"betul. dh lama. pengurus besar perzim pun dh bertukar2. jd slow sikit progress nya".
3.1) Merujuk kepada makluman saya terima dari Wartawan itu, besarlah harapan saya agar pihak berautoriti mengkaji antara fakta dan auta atau sekadar berhikayat sahaja. JIKA KAJIAN dan PEMULIHARAAN ADA DIBUAT, BOLEHLAH DILAKSANAKAN SEHINGGA SELESAI TIDAK HANYA SEPARUH JALAN.
3.2) Pantaulah supaya tiada sebarang kegiatan syirik, khurafat dan sesat dari berlaku di semua makam itu.
4) Sekadar permintaan dan harapan. Alhamdulillah jika dapat diperkenankan untuk menghormati kalangan Raja Berdaulat di makam yang ditinggalkan atau diselerakkan akibat pengkhianatan berkali-kali oleh mereka tidak bertanggungjawab telah lakukan. Berpahala besar jika menyusun-atur dan memulihara makam atau kubur yang ditinggalkan.
5) Laluan dan terowong rahsia usah dibongkarkan. Jangan sampai Melaka diserang lagi buat kali entah ke berapa dek sebab kealpaan tidak pandai menyimpan rahsia kerajaan. Pengkhianat telah mengkhianati kerjaaan lama zaman Kesultanan Melaka, usahlah lagi kita mengulanginya lagi.
Terima kasih semua yang sudi kongsikan perkongsian ini. Allahul Musta'aan. Aamiin. Aamiin Ya Robbal 'Aalamiin.
======********=====
SEKALUNG TAHNIAH
======********=====
SYABAS dan TERBAIK KRU JEJAK RASUL TV3 atas pertemuan demi pertemuan yang membuka mata ramai untuk terus berkongsi cerita.
Semoga semua KRU Jejak Rasul TV3 dapat membongkar lebih banyak lagi penemuan mengangkat martabat Melayu Nusantara ke seluruh dunia. Aamiin.
Saya memang respect kalian semua.
👍🏻
=====================
SOALAN DAN JAWABAN
=====================
Saya terpanggil untuk menjawab soalan-soalan ditanyakan itu di sini. Saya diminta menuliskannya. Selesai menulis saya baca dan mengalir air mata saya bila mengenangkan sampai begitu sekali jahatnya british, portugis, belanda dan komunis menjajah negara kita.

Sebab itu wajar dipulihara makam itu kerana merekalah antara yang telah mempertahankan aqidah dan negeri tanah air kita dari taklukan penjajah tetapi akibat dikhianati bangsa sendiri yang membantu penjajah sikafir yang tidak mahu Islam berkembang ke tanah air kita dan pengkhianat itu bersatu dengan penjajah hanya kerana tamak-halobakan harta juga gila kuasa.
Bukan sahaja di Melaka. Malahan seluruh negeri dalam Malaysia mereka telah jajah, pecah dan perintah. Pengkhianat kepada aqidah, bangsa dan tanah air mengkhianat bukan baru lagi. Sudah lama dari zaman dulu-dulu lagi.
SOALAN 1 :
Apakah terdapat 20 era atau zaman dalam sebuah kompleks pemakaman yang sebegini kecil?
JAWABAN :
Ya dan besar kemungkinan kompleks pemakaman itu adalah makam-makam yang dipindahkan dari pelbagai lokasi makam di zaman kesultanan Melaka.
SOALAN 2 :
Adakah pembuatan nisan menggunakan laterit dihasilkan dalam pelbagai ragam?
JAWABAN :
Tidak mungkin kerana setiap laterit yang digunakan menghasilkan keseragaman pembentukan mengikut acuan telah di paterikan oleh pembuat batu nisan.
SOALAN 3 :
Adakah ianya sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka atau pun ketika era penjajahan Portugis mahupun Belanda?
JAWABAN :
Ya. Ia telah lama wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
SOALAN 4 :
Kerajaan apakah yang mungkin pernah wujud di Jasin?
JAWABAN :
Kerajaan Nyong Wilangsari Maharaja Purba Kwong De Anten KarmaJaya.
Kerajaan ini adalah salah sebuah KERAJAAN PURBAKALA LAMA sebelum kewujudan Kota Melaka Bandaraya Bersejarah lagi. Kerajaan yang hilang tidak sempat didendangkan.
Kerajaan Kuno Purbakala Lama yang hilang disebabkan
- Contoh seperti Pnom Penh yang tenggelam akibat ribut banjir baru-baru ini.
- Di dalam Al-Quran sendiri ada disebutkan Kerajaan Kaum Nabi Allah Luth yang diterbalikkan asbab menderhakanya penduduk kepada Allah SWT.
Ini sekadar sebuah Kerajaan sahaja yang saya sebutkan DIMAKLUMKAN KEPADA SAYA. Ada banyak lagi Kerajaan-Kerajaan kecil yang saya tidak nyatakan di sini.
SOALAN 5 :
Mungkinkan telah terdapat peradaban lama di sini?
JAWABAN :
Ya telah wujud peradaban kuno zaman purbakala lama dulu-dulunya di sini.
SOALAN DM 1 :
Assalamualaikum. Sis, boleh rekemen baccaan (buku) tentang sejarah terutamanya berkenaan kesultanan Melayu Melaka yg boleh dipercayai.
Kat luar tu byk sgt cerita, sbnrnya jauh dlm hati saya pelik x kan cerita2 watak2 berkaitan begitu. watak2 mcm sultan, hang tuah
JAWABAN :
Waalaikumussalam.
Dalam ni https://bit.ly/3eqYcxj saya ada nyatakan buku kami Suami isteri baca. Ada terlalu banyak buku sebenarnya. Dan saya dapat kesan penulisnya menulis ceritanya auta hikayat dongeng sahaja.
Watak-watak itu memang wujud masa zaman kita tidak ada, tidak lahir lagi. Dinamakan watak kisah kuno zaman purbakala lama. Ada watak diputar-belitkan difitnah ceritanya oleh pengkhianat bangsa, agama dan tanah air kita bangsa melayu nusantara dan kerajaan-kerajaan kuno zaman purbakala lama atas telunjuk penjajah.
==============================
UPDATE 8/5/2021 : TERIMA ADUAN
==============================
Baru terima aduan ini. Allahuakbar. Politik memang kotorkan? Saya copy paste tidak edit aduannya ya.
"Wa pernah pigi Malaka, satu kawan Malayu tunjuk sama wa di atas/lereng bukit. Di belakang Masjid Terengkerah, jalan masuk ke Taman Kooperasi Guru, kalu tak silap ingatan wa, ada kira-kira 50 ke 60 buah makam/kubur orang Cina Muslim yang datang bersama dengan Puteri Hang Li Po, beragama Islam telah di makam atau di kuburkan di situ satelah meninggal dunia. Asalnya mereka menggunakan batu nisan dari jenis batu granite. Menunjukkan mereka memang orang beragama Islam sebelum rombongan itu sampai ke Melaka dari China atas hubungan diplomatic Melaka/China Dinasti Ming. Malang, kesemua makam/kubur itu telah ditukarkan oleh orang ahli parti dap kepada bentuk jirat Cina. Kecuali makam/kubur Ulama yang turut menyertai pelayaran Puteri Hang Li Po, bernama Ibrahim Ma. Dikatakan bahawa Ibrahim Ma seorang yang keramat. Jadi kuburnya tidak dapat di tukar menjadi seperti jirat Cina kerana setiap kali mereka Cuba melakukannya, dengan serta merta guruh, kilat akan memancar-mancar, menakutkan ahli dap itu untuk mengubah kepada bentuk jirat Cina. Hanya tinggal makam/kubur Ibrahim Ma sahaja yang masih tinggal menggunakan dua batu nisan, menjadi bukti. Perlakuan menukar makam/kubur orang Islam, kepada bentuk jirat Cina dengan ada diletakkan photographs bersaiz passport padanya adalah usaha penipuan sejarah.Wa kuat rasa dapig's melakukan itu kerana tanah bahagian hujung Bukit Cina itu, meleka takut akan diambil alih semula oleh kerajaan negeri, kerana ia adalah kubur/makam orang Islam. Sejarah cuba dipadamkan dengan penipuan oleh kejahilan. Wa pun tak faham Ajk masjid buat apa? Majlis Agama Islam negeri di mana?? Mustahil mereka tak tahu di situ ada makam/kubur orang Islam sejak dari abad ke 16?? Kini meleka telah dikuburkan selepas wafat seolah-olah sebagai olang kafir atas kepentingan politik sempit. Sila dedahkan dan kaji kebenarannya. Tak mungkin orang yang wafat abad ke 16, kuburnya menggunakan batu mamar products abad ke 20 beserta photographs. Nak menipu pun biar logik/masuk akal."
JAWAB BALAS :
Ahpeng Quek terima kasih makluman. Saya sudah panjangkan hal ini kepada pihak berkaitan. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin.
=======================================
UPDATE 9/5/2021 MAKLUMAN DARI KAKITANGAN PERZIM
=======================================
Makluman saya baru terima daripada kakitangan PERZIM,
"Makam Belimbing sebenarnya PERZIM telah ajukan utk proses menaik taraf persekitaran makam namun menghadapi sedikit kesulitan berkaitan dengan status tanah. Tanah telah diwakafkan kpd MAIM namun tiada bukti sahih dan tiada pihak yg tampil secara rasmi."
Semoga Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi cakna dan ambil perhatian terhadap aduan di atas dan juga Allah permudahkan usaha memulihara semua makam yang ada di sana. Aamiin.
.
==============
AMBIL MAKLUM
==============
1) Saya lebih suka menjawab soalan berkaitan sahaja dan tidak berminat hendak berhikayat bersendaloka bergurau senda berkaitan sejarah purbakala lama dan saya tidak suka membuang masa saya berbalas bidasan mahupun perbalahan dan provokasi. Namun demikian, seronok juga jika ada masa, sesekali melayan mereka kaki bangkang pembengkeng perkara berkaitan sejarah ni.

2) Oh ya, beberapa hari lepas, saya ada berbual dengan Tuan Suami saya. Katanya memang sudah lama dari kecil lagi beliau sudah tahu binaan kota A-Famosa tu diambil dari mana dan didirikan atas apa. Begitu juga kisah batu nisan Laterit dan Makam Belimbing ini.
3) Secara peribadi, pada saya baguslah bila Jejak Rasul TV3 menjejakinya lagi walaupun perkara ini sudah diketahui sejak dulu lagi. Lihatlah pada dapatan saya pada gambar-gambar di bawah. Kan ada keterangan orang-orang kampung di sana saya kongsikan? Saya kongsikan juga PERZIM dan Jabatan Agama Islam Melaka cakna mengenai penemuan batu nisan laterik.
4) Kita BANGSA MELAYU ni mesti rajin dan banyakkan membaca dari awal hingga akhir. Usah malas membaca ya. Usah hanya tahu membidas, membengkeng sahaja dengan tidak beradab budi bahasa tutur bicara kepada cerita. Kerana pengetahuan masing-masing berbeza sudah pastilah tidak sama.
5) Ketahuilah, setiap pertemuan pastilah ada tujuan untuk membuka mata. Usah cepat menghukum jika diri sendiri tidak tahu sejarah kuno zaman purbakala lama dan tidak pernah cuba membantu mencari jawaban tiap titik persoalan dan hanya terima bulat-bulat sahaja sejarah tulisan dari PENJAJAH.
6) Berkaitan kerajaan purba ini, buku MEMBONGKAR SEJARAH KERAJAAN MELAYU PURBA YANG HILANG, tulisan Abdullah Sidek ada dinyatakan beberapa buah kerajaan purba yang hilang telah beliau tuliskan hasil dapatan beliau. Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato'/Datin/YB/Tan Sri/Puan Sri bolehlah cari dan baca ya.
7) Saya memang ada banyak buku sejarah kuno zaman purbakala lama.Tuan Suami beli dan baca saya tukang dengar beliau bercerita kemudian saya dapat dapatan saya sendiri tidak ciplak hasil orang lain. Ada buku penulisnya hanya berhikayat auta sahaja tanpa fakta yang soheh. Jadi saya tidak rekemenkan kepada sesiapa pun membacanya.
Selalu saya berpesan, JAGA ADAB, JANGAN TAKSUB, JAUHI SYIRIK DAN JANGAN MENIPU.
9) Ingat kata-kata Datuk Laksamana Hang Tuah ini "TAKKAN. MELAYU HILANG DI DUNIA SELAGI MANA KUAT BERPEGANG TEGUH KEPADA AQIDAH ISLAM KITA JAGA DAN KITA PELIHARA BERSAMA-SAMA.".
10) Perkara biasa akan ada yang meroyan dan saya akan diserang bertubi-tubi setiap kali saya menyoal semula mereka yang membangkang penulisan saya.
11) Perkara biasa bila saya beritahu, Jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik dan jangan menipu. Akan ada yang lebih kuat meroyan.
12) Tidak menjadi masalah. Biarkanlah. Mereka tidak akan mampu menjawab semua pertanyaan spontan saya malahan bertambah sakit hati pula. Iyalah menyerang kenapakan? Kan sudah mendapat?
13) Saya minta maaf kepada semua. Saya memang bertanya terus-terang biar semua orang tahu inilah harga pada penulisan kebenaran. Pasti akan ada beberapa makhluk manusia akan meroyan, mempertikai, mencemuh, berprasangka dan provokasi pelbagai cara.
14) Saya amat menghargai mereka yang berADAB. Adab yang pertama barulah ilmu akan datang kemudian. Bukan saya ni hendak mengajar sesiapa. Saya hanya menulis seperti yang diminta, apa saya perlu tulis dan kongsikan sahaja.
15) Di bawah ini hasil dapatan saya dan perkongsian ada soalan diajukan hingga terpanggil saya menulis MAKAM BELIMBING DAN BATU NISAN LATERIT ini. Rujuk keterangan lanjut pada gambar ya.

=======================================
NISAN LATERIT BUKTI PENEMPATAN PURBA MELAKA
[BH Online oleh Nurul Fhatihah Zakinan, September 25, 2016 @ 12:16am diakses pada 7 Mei, 2021 @ 11:03pm].
=======================================
LOKASI : Kampung Chohong
Fadhilah berkata, berdasarkan pemantauan awal, empat daripada 10 batu nisan yang ditemui diperbuat daripada batuan laterit yang dipercayai sudah ada sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Jelasnya, Perzim akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan bagi mengenal pasti nilai sejarah penemuan berkenaan serta mengkaji sama ada ia mempunyai hubung kait dengan penemuan batu nisan di Kampung Chohong, Jasin lebih dua tahun lalu.
.
=======================================
NISAN DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DITEMUI BERSELERAK
[Sinar Harian Online 24 Jan 2019, ditulis oleh Amran Ali. Diakses pada 7 Mei 2021 @ 10:39pm].
=======================================
LOKASI : Kampung Chohong, Jasin.
Pengurus Besar PERZIM, Fadhilah Md Salleh berkata,
"Berdasarkan pemantauan awal, empat daripada 10 batu nisan yang ditemui diperbuat daripada batuan laterit yang dipercayai sudah ada sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perzim akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan bagi mengenal pasti nilai sejarah penemuan berkenaan serta mengkaji sama ada ia mempunyai hubung kait dengan penemuan batu nisan di Kampung Chohong, Jasin lebih dua tahun lalu" katanya lagi.
.
=======================================
BATU NISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DITEMUI
[BH Online, ditulis oleh Mohd Hilmie Hussin pada January 24, 2019 @ 8:15pm diakses pada 7 Mei, 2021 @ 10:46pm].
=======================================
LOKASI : Lorong Bukit Ranting, Kampung Bukit Duyong.
Pengurus Besar PERZIM, Fadhilah Md Salleh, berkata hasil pemantauan awal pihaknya mendapati, empat daripada 10 batu nisan jenis laterit berkenaan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengenal pasti nilai sejarah penemuan itu, selain menilai hubung kait dengan penemuan batu nisan jenis sama di Johor pada tahun lalu.
“Zaman sekarang tiada lagi orang menggunakan batu laterit sebagai tanda kubur, jadi yang kita jumpa ini, memang batu sama dengan yang kita sedang kaji di Johor.
“Kita akan mendapatkan usianya terlebih dulu menerusi kepakaran agensi lain dan pasti kajian ilmiah akan dijalankan,”katanya.
=================
SOALAN SAYA PULA
=================
Kita tolak sikap keAKUan dan kesombongan kebodohan yang ada dan jika ada dalam diri kita semua.
APAKAH USAHA KERAJAAN PIMPINAN YANG ADA DALAM MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SEJARAH MELAYU NUSANTARA KUNO ZAMAN PURBAKALA LAMA? SEDANGKAN SILIBUS SEJARAH SEKOLAH RENDAH PUN BANYAK AUTA DARI FAKTANYA.
PANTAULAH SUPAYA TIADA SEBARANG KEGIATAN SYIRIK, KHURAFAT DAN SESAT DARI BERLAKU DI SEMUA MAKAM ITU. Saya berkawan dengan Guru-Guru matapelajaran sejarah cuma bukanlah pengkaji sejarah. Hanya cakna dan suka berkongsi cerita FAKTA berkebetulan pula susur-galur saya juga berada di Melaka sana..
.
TUKANG KONGSI :
© Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Freelance Blogger
Social Media Expert Coach
Digital Marketing Speaker
.
SUMBER :
PERKARA BERKAITAN :
1) KEJATUHAN KOTA MELAKA
2) MAJAPAHIT
3) TERKINI AKHIR ZAMAN
4) MANUSKRIP
5) MENDAM BERAHI
6) TANAH MELAYU DIJAJAH
7) HANG TUAH DAN PUTERI GUNUNG LEDANG
😎
BERITA SEDIH TENTANG MELAKA

No comments:

Post a Comment