ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 28 February 2021

WAKTU SEPERTIGA MALAM UNTUK SOLAT TAHAJJUD

 Solat tahajjud ini sungguh besar ganjaran dan nilainya, sehinggakan disebut dalam al-Quran :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (al-Isra’ : 79)
Bilakah bermulanya sepertiga malam itu?
Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh.. dibahagikan kepada 3 bahagian.. kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira2 pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.
Maka, nak solat tahajjud 1/3 awal pun boleh, 1/3 pertengahan pun takde masalah, 1/3 akhir malam pun ok.. cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan :
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)
Dan melakukan solat tahajjud pada 1/3 akhir malam lebih memudahkan kita.. sebab lepas Isyak kita boleh tido dulu, dan bangun sekitar 4 pagi ke.. buat solat tahajjud, solat witir.. lepas tu ada masa terluang, boleh gunakan untuk study ke, baca al-Quran ke.. dan dapat menunggu masuk waktu Subuh.. berbanding kalau kita buat 1/3 awal ke, lepas tu kita mesti nak tido balik.. tengok2 dah terlajak Subuh.. punya nak jaga yg sunat sehingga terabai yang fardhu.
Kalau nak mudah bangun tahajjud, maka amalkanlah qailulah (tido sekejap sebelum masuk waktu Zohor.. jangan belasah tido sampai Asar plak) pada siang hari.. insyaAllah, pada malamnya, akan lebih mudah nak bangun tahajjud.

SOLAT TAHAJJUD
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.
1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
ALLAHU AKBAR... begitu sayangnya Allah kepada kita... dengan niat pun kita diberi pahala walaupun tidak melakukannya kerana tertidur .....

HJ ZULHEIMY BIN MAAMOR
LEMBAH KERAMAT, KL
1/3/2021 @17 REJAB 1442H: 7.23 AM

No comments:

Post a Comment