ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 19 March 2021

TANDA-TANDA KEBINASAAN DIRI :

Oleh : Roujin d'Umi
[Berpesan-Pesanlah Atas Diri Sendiri]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di antara tanda-tanda kebinasaan Diri seseorang :
~ Tatkala ilmunya bertambah, bertambah pula kesombongan dan keangkuhannya.
~ Tiap kali amalnya bertambah, bertambahlah ‘ujub (bangga diri) di dalam dirinya, semakin meremehkan orang lain dan justeru memandang akan dirinyalah yang lebih baik.
~ Tatkala umurnya bertambah, ketamakkannya terhadap dunia justeru semakin bertambah.
~ Tiap kali hartanya bertambah, bertambah pula sifat kedekut yang dimilikinya.
~ Setiap kali kedudukan dan martabat nya bertambah, bertambah pula keangkuhan dan kesombongannya.
...
PESAN HUJJATUL ISLAM AL-IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH TA'ALA :
“Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia berasa dirinya besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna
tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi; dan sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah; merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan ALLAH سبحانه وتعالی. 
Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih".
[Imam Al Ghazali]

MAKA ILMUNYA MENJADI "HIJAB" KE ATAS DIRINYA SENDIRI ...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya;
~ SOMBONG adalah penyakit hati yang mana akan menjerumuskan pelakunya ke Nuraka An-Narr.
~ Merendahkan orang lain itu adalah SOMBONG !
~ Mentertawakan orang di atas kelemahan orang lain pun adalah SOMBONG !
~ Menunjuk-nunjuk kelebihan diri itu SOMBONG !
~ Memperbodohkan orang lain itu SOMBONG !
~ Berbangga dengan kepandaian yang ada pada diri itu juga SOMBONG !
~ Merasa diri sentiasa hebat itu juga SOMBONG !
~ Sentiasa merasa diri betul itu juga SOMBONG !
~ Tidak boleh di tegur itu juga SOMBONG !

SOMBONG itu adalah satu sikap yang sangat tercela, dan akan memusnahkan semua amal kebaikan yang telah dilakukan oleh diri seseorang.
Semoga ALLAH سبحانه وتعالی akan memelihara kita dari memakai sifat-sifat tercela ini ...
"TIADA APA YANG PERLU DI SOMBONG KAN"
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
اللهم صلی علی محمد وعلی ال محمد
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Anas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda :
“Suatu waktu nanti akan tiba atas umat ku Penguasanya seperti Singa, Para Menterinya seperti Serigala, dan Hakim-Hakimnya seperti Anjing.
Sementara itu umat ku kebanyakan nya bagaikan kambing. Bagaimana boleh kambing hidup di antara singa, serigala dan anjing?”
[HR at-Tabrani, Mu’jam Al-Awsath]

C&P: 19 MARCH 2021 @ 5 SYAABAN 1442H: 4.33 PM

No comments:

Post a Comment