ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 14 February 2021

TAMADUN DAN PERADABAN PURBA YANG DITENGGELAMKAN

17 July 2019; 20:08
FB TAMADUN MELAYU SUNGAI BATU 788 SM

Penemuan Arkeologi Tiada BERDUSTA.
Harus Di PERTAHANKAN !!!
UNSUR-UNSUR SEJARAH DAN PERINGATAN :

Kenapa kita harus pertahankan tapak arkeologi Sungai Batu dan Lembah Bujang sebegini sekali?
Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh Page-Page terkemuka di Malaysia?
Mari saya hujjahkan anda dengan fakta-fakta pendek kenapa harus pertahankan penemuan arkeologi SUNGAI BATU.

1) Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu, 600 Sebelum Masihi yakni sezaman dengan Rom dan Yunani. 1,100 tahun sebelum kelahiran Rasulullah ﷺ dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.
2) Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2,500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi. Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa "Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu".
3) Besi terbaik di dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehingga kan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah ﷺ datangnya daripada tamadun ini.
4) Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2,000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal berukuran sepanjang 70 meter, dan tiang layar nya dapat dilihat dari permukaan. 
Itu belum dikatakan lagi dengan tapak Sungai Batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling terlengkap di Asia Tenggara. Tidak pula keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah "Mohenjo-Daro & Harappa Melayu".
5) Tapak Sungai Batu ini kebetulan sezaman pula dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh Raja agung Mesopotamia, Nebuchadnezzar II.
6) Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1,600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.
7) Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada tahun 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom sambil menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.
8) Tapak Sungai Batu adalah 1,773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.
9) Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada bangunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.
10) Tapak Sungai Batu adalah 2,000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.
11) Tapak Sungai Batu adalah 1,000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad
Al-Fateh, Othmaniyyah.
12) Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah. 
13) Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.
14) Tapak Sungai Batu adalah tamadun 2,200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.
15) Tapak Sungai Batu adalah 1,350 TAHUN LEBIH TUA daripada Candi BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.
16) Tapak Sungai Batu adalah 1,700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.
17) Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.
18) Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan-binaan agung di seluruh dunia.
19) Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu telah membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan penemuan hebat di dunia.
20) Ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun.
21) Justeru, kami berharap sungguh agar Kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat Tamadun Sungai Batu sebagai tempat terbaik Tamadun Melayu. Khazanah bangsa yang tidak ternilai ini terdampar di tanah yang cukup luas.
22) Apa yang berada di tapak ini adalah tidak ternilai sekali walau pun dengan  wang puluhan billion, malahan ratusan billion ringgit sekalipun.
23) Semoga juga Kerajaan Pusat dapat membantu Kerajaan Negeri dalam membeli tanah persendirian yang terkandung tapak berpotensi besar seperti kapal-kapal purba Melayu berusia sehingga 2,000 tahun sepanjang 70 meter dan
juga rangka manusia purba Kedah Tua.
Sumber : The Patriot
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAMADUN DAN PERADABAN YANG DITENGGELAMKAN :
Persoalan yang agak penting juga perlu direnungkan.
"Mengapa Peradaban ini ditenggelam kan ALLAH sebagai bukti dan teladan untuk zaman sekarang?
(Akhir Zaman?)
Jejak-Jejak para Rasul telah memberi kita teladan dan pengajaran bahawa setiap umat yang ENGKAR RASUL & ALLAH, akan ditenggelamkan ke bawah perut bumi atau bumi diterbalikkan.
ALLAH SWT berfirman:
مِّمَّا خَطِيْٓئٰتِهِمْ اُغْرِقُوْا فَاُ دْخِلُوْا نَا رًا ۙ
فَلَمْ يَجِدُوْا لَهُمْ مِّنْ دُوْنِ اللّٰهِ اَنْصَا رًا
"Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, maka mereka ditenggelam kan (dengan banjir dan taufan),kemudian kelak (pada hari Akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain selain dari hanya ALLAH."
[Surah Nuh (71); Ayat 25]
"BERAPA BANYAKKAH KISAH TAMADUN YANG DITENGGELAMKAN DI DALAM AL QURAN ??
"Sesiapa yang tiada takut kepada Kemurkaan ALLAH pastilah dia tiada takut diTENGGELAMKAN".

Copy and paste : 14/2/2021 @ 2 Rejab 1442H: 5.28 pm



No comments:

Post a Comment