ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 27 January 2021

Gobek Api, Konsep Pembakaran Dalaman & Enjin Diesel

SUMBER: SRIKANDI

Suatu hari, di akhir abad ke-19, Carl von Linde - seorang jurutera, baru pulang ke rumahnya di Jerman dari lawatan luarnegara atas urusan kerja. Beliau telah mengembara ke merata tempat, termasuk Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam satu sesi kuliah di universiti beliau (Munich Technical University), von Linde telah mengeluarkan satu silinder kecil yang diperbuat dari kayu dan pelocok (piston) dari sakunya untuk menyalakan sebatang rokok.
Perkakas itu, yang disebutnya "ein Feuerkoben" adalah hadiah dari orang-orang yang ditemuinya di Pulau Pinang.
Beliau telah menekan pelocok (omboh) ke bawah dan rabuk (cebisan kayu mudah terbakar) di dalamnya pun menyala. Beliau kemudiannya mengeluarkan batang pelocok tadi yang sudah pun membara lantas menyalakan rokoknya.
Untuk rata-rata hadirin ketika itu, aksi tersebut hanyalah satu cara menakjubkan menyalakan api rokok.
Tetapi bagi Rudolf Diesel, salah seorang pelajar von Linde, yang juga salah seorang yang menyaksikan peristiwa hebat itu, konsep itu nampaknya membuatnya tertanya-tanya apakah prinsip termodinamik yang sama dapat diterapkan untuk benar-benar dapat menyalakan bahan bakar dalam teori enjin pembakaran dalaman.
Kemudian dari peristiwa itu... sejarah telah tercatat.
Dari tahun 1893 hingga 1897, Diesel mengembangkan ideanya di Maschinenfabrik-Augsburg AG (kemudian Maschinenfabrik Augsburg-Nürnber atau MAN SE kini) sebelum beliau memulakan ujian prototaip dan kemudian berjaya menghasilkan enjin diesel yang praktikal dengan kecekapan 26.2 peratus.
"ein Feuerkoben" atau sebenarnya gobek api, telah pun wujud sejak 350 Sebelum Masehi di Alam Melayu.
Perhatikan, teknologi gobek api orang Melayu telah menyumbang kepada penghasilan enjin diesel/pembakaran dalaman (nyalaan mampatan) yang amat bermanfaat kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini.
Bila-bila masa ketika anda memandu, fikirkan tiga perkara ini; gobek api, konsep pembakaran dalaman dan enjin diesel.
~Srikandi
The History of Thy Beloved

Copy and paste:
27/1/2021 @ 15 Jamadilakhir 1442H: 9.42 pm

No comments:

Post a Comment