ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 18 January 2021

MISTERI PULAU PERAK.

Posted by : Osmund Becay @ FB KINGDOM OF TANAH MELAYU

Pulau mistik ala-ala Harry Potter ini sebenarnya merupakan perbatasan paling barat Malaysia. Teletak di laluan masuk Selat Melaka, Pulau Perak merupakan satu-satunya wilayah Malaysia di Laut Andaman.
Pulau ini menempatkan pengkalan laut Armada Barat TLDM dalam Ops Pejarak. Pulau tersebut dilengkapi kemudahan seperti kuarters pekerja, beacon tower, helipad, stesen meteorogi dan juga sebuah jeti.
Pulau Perak mempunyai kelebaran 200 meter dan bertebing curam beketinggian 100 meter. Malah pulau berbatu granit tersebut timbul 180 meter dari dasar Selat Melaka dan merupakan tinggalan bukit yang telah ditenggelami laut. Tebing yang dalam tersebut sesuai untuk kapal-kapal draught besar seperti sand barge berlabuh.
Namun disebalik rupa bentuk yang indah, pulau ini juga menyimpan kisah misterinya yang tersendiri:
1. Pada 22 Disember 2013, Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak. Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun punca sebenar masalah teknikal tidak didedahkan kepada umum.
2. Pada 4 Oktober 2016 dua anggota ATM, Koperal Johbartlee Kanil dan Koperal Mohd Faizol Rosli dilaporkan hilang ketika melakukan operasi di Pulau Perak. Dikhabarkan kedua-dua mereka hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.
Empat hari selepas peristiwa tersebut, jasad Allayarham Mohd Faizol berjaya ditemui oleh pasukan penyelam dari Pasukan Khas Laut (PASKAL), 30 meter dari Pulau Perak. Malangnya, seorang lagi mangsa masih lagi hilang sehingga kini (MIA). Ia menjadikan tragedi tersebut sebagai satu misteri yang tidak dapat diungkapkan.
3. Tiga tahun kemudian, Malaysia dikejutkan lagi dengan kehilangan dua lagi anggota ATM, Korperal David Edmund Rapi dan Lans Korperal Moses Logers ketika sedang melakukan latihan ketenteraan dalam Ops Pejarak di Pulau Perak.
Kehilangan dua orang anggota tentera tersebut disedari oleh Ketua Penempatan ketika membuat perbarisan pemeriksaan bagi mengira kekuatan anggota. Disebabkan kehilangan anggota, pasukan tentera dan pihak keselamatan telah giat melaksanakan operasi mencari dan menyelamat namun keberadaan mereka tidak diketahui sehingga hari ini (MIA).
4. Pada 8 Mac 2014, Radar tentera di RMAFB Butterworth mengesan sebuah objek besar sedang menuju ke Lautan Hindi berhampiran Pulau Perak. Tanpa diketahui, objek di radar tersebut adalah lokasi terakhir pesawat MH370 yang terputus hubungan dengan Menara KLIA sejam sebelumnya.
Menyebabkan usaha pencarian (SAR) yang sebelum itu giat dilakukan di Laut China Selatan telah berpindah ke Lautan Hindi. Data ping dari Satelit Inmarsat mengesahkan kedudukan pesawat yang menuju ke Lautan Hindi. Pesawat tersebut masih hilang sehingga ke hari ini.
5. Perairan Pulau Perak dahulunya popular dalam kalangan nelayan dan pemancing sehingga diberi gelaran “Tukun Perak”. Namun, perairan tersebut kini tidak lagi dikunjungi para pemancing semenjak pembinaan Pusat Operasi TLDM Ops Pejarak. Keadaan tersebut dikatakan berpunca dari “bunyi bising” yang menakutkan kehidupan marin di kawasan sekitar.
Adakah bunyi bising tersebut berpunca dari sistem sonar berkuasa tinggi yang mengesan pergerakkan kapal selam di Selat Melaka? Ini cuma sekadar salah satu teori.

Disebalik keindahan Pulau Perak, pulau ini jarang-jarang disebut oleh media apatah lagi diketahui orang awam. Adakah terdapat rahsia besar yang ingin disembunyikan di sini? Apa-apapun lokasi strategik pulau ini sangat penting dalam usaha memelihara kedaulatan negara kita di perbatasan.
Kredit : Adam Farid - Malaysia Military Power

Copy and paste:
18/1/2021 @ 6 Jamadilakhir 1442H: 9.15 pm

No comments:

Post a Comment