ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 15 January 2021

Laut Champa

SUMBER: FB SRIKANDI

"Daripada laut ini, keluar ke Laut Sanfa yang terletak dalam kepulauan Maharaja. Di sana terdapatnya gaharu yang bernilai tinggi."

(al-Masālik wa-l-Mamālik, Abu Ubaid al-Bakri, abad ke-11 Masehi)
Di manakah 'Laut Sanfa' itu?
'Sanfa' itu adalah sebutan orang Arab atau di Timur Tengah kepada perkataan 'Champa' - yakni sebuah kerajaan besar yang pernah wujud di wilayah Vietnam pada hari ini.
'Maharaja' di sini adalah merujuk kepada raja Kedatuan Srivijaya. Ini bermaksud pengaruh Kedatuan adalah mencapai Champa, sementelah ada catatan mengenai Maharaja Srivijaya memenggal kepala raja Khmer. Dalam Rihlatus Sirafi karya Sulaiman at-Tajir (abad ke-9 M), raja yang dipenggal itu dinamakan sebagai 'raja Qumar' dan negerinya, negeri Qumar, Qamar atau Qimar, mengikut teks-teks berlainan yang menyebutkan kisah ini. Jadi jika kerajaan orang Khmer sudah di bawah penguasaan Srivijaya, tidak hairanlah kekuasaan Maharaja mencapai 'Laut Sanfa' itu.
Maka 'Laut Sanfa' itu terletak di perairan yang mengadap pantai timur Champa sehingga ke kepulauan Filipina sekarang.
Laut Melayu dan terus ke Laut Sanfa, di mana bahasa orang Champa juga serumpun dengan bahasa Melayu malah dalam Prasasti Dong Yen Chau itu sekalipun, bukan setakat memiliki perkataan-perkataan yang boleh difahami oleh orang Melayu pada hari ini, malah memiliki tatabahasa yang masih digunakan dalam bahasa Melayu seperti 'ini', 'yang','dari', 'di' dan 'dengan' - selepas lebih 1000 tahun!
Maka Laut Melayu dan Laut Champa itu yang membentuk satu alam perairan, tanah semenanjung dan pulau-pulau- "tanahair" (homeland), tempat nenek moyang biasa berlayar, tempat permainan mereka dahukala, yang dinamakan:
ALAM MELAYU.
~Srikandi
remember yesterday!
Copy and paste: 15/1/2021: 2 Jamadilakhir 1442H: 11.44 am

No comments:

Post a Comment