ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 2 January 2021

Beramal Tanpa Ilmu. Adakah Amalan Tidak Diterima Allah S.W.T?

Oleh: Jijo Hakim
Website: ISLAM ITU INDAH

MENUNTUT ilmu amat penting bagi setiap orang. Masakan tidak, bagaimana mungkin untuk kita memacu kehidupan sendiri dengan sebaiknya tanpa ilmu di dada.

Malah, kehidupan manusia juga berada dalam kegelapan andai tiada ilmu. Barangkali, kita tidak akan ke mana-mana. Kehidupan sendiri langsung tidak akan maju.

Lebih buruk lagi, ketiadaan ilmu membuatkan kita ‘buta’ sehinggakan tidak berupaya untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Namun begitu, pada zaman milenial ini, rata-rata masyarakat kita memang berilmu. Malah, sudah banyak kemudahan yang ada untuk menuntut ilmu berkenaan.

Pun demikian, masih ada segelintir orang yang mengamalkan suatu perkara tanpa ilmu dan tanpa difahami dengan betul. Lebih-lebih lagi amalan ibadah yang bersifat ritual.

Benarkah amal ibadah yang dibuat tanpa kita faham dan berilmu dalam amalan itu, ia tidak akan diterima oleh ALLAH SWT?

Firman ALLAH SWT: “Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya kami tetap menulisnya.” (Surah al-Anbiya’, ayat 94)

Namun begitu, jelas beliau lagi, terdapat ulama menyatakan: “Ilmu tanpa amal gila, amal tanpa ilmu tidak akan menjadi.

“Apa-apapun kita perlu ingat bahawa setiap amal (yang dilakukan), ada balasannya sama ada sedikit atau banyak.

“Cuma, belajarlah untuk lebih memahami apa yang kita amalkan itu adalah yang terbaik,” nasihat beliau.

BELAJARLAH untuk kita memahami apa yang kita amalkan itu adalah yang terbaik.Tidak salah kita melakukan amal, namun biarlah dengan cara yang betul. Sebaiknya, kita perlu mengetahui selok-belok tentang amal yang kita lakukan.

Barangkali cara kita lakukan itu salah atau kurang sempurna. Maka, sebab itu pentingnya kita berguru dan menuntut ilmu untuk mendapatkan pengetahuan yang betul agar amal kebajikan dapat disempurnakan dengan baik.

Semoga kita menjadi orang yang istiqamah dalam beramal. Biar sedikit, janji berterusan.

Copy and paste: 2/1/2021 : 18 Jamadilawal 1442H: 11.05 am

No comments:

Post a Comment