ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 23 December 2020

KISAH SEBENAR TRAGEDI KARAMNYA KAPAL TLDM KD SRI PERAK DI LAUT CHINA SELATAN


Sumber: FB NAVY THE BEST

Masih ingatkah tentang tragedi tenggelamnya kapal TLDM KD SRI PERAK?
Bekas anggota tentera laut, ismail bin abd aziz 54 tahun, menceritakan catatan pengalaman hidup mati di laut dan berharap suatu hari nanti beliau akan dapat membukukan kisah yang dilaluinya bersama teman seperjuangan yang terselamat semasa tragedi tersebut.
Bekas Laskar Kelas 1 itu membuka bicara bersama penulis dengan berkata pengalaman yang bermula pada tanggal 08 Jan 1984 adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai ke akhir hayat.
Walaupun meninggalkan dunia ketenteraan pada 1990 namun ismail atau lebih mesra dipanggil pak mail, setiap detik cemas semasa tenggelamnya kapal itu dan pengalaman 78 jam atas pelampung menanti bantuan tiba masih segar dalam ingatan ismail bagaikan baru saja berlaku. Sesekali dahinya berkerut apabila menceritakan saat-saat berhadapan dengan maut ditengah-tengah lautan luas yang terbentang tanpa ketepian.
HARI KEJADIAN
Pelayaran KD Sri Perak bermula 06 Jan 1984 daripada pangkalan TLDM Lumut belayar secara konvoi bersama KD Sri Terengganu dan KD Hang Tuah ke Labuan. Ismail adalah 29 anggota dan pegawai diatas kapal malang itu dan beliau bertugas sebagai anggota radio.
Separuh daripada anak kapal KD Sri Perak adalah muka baru termasuk ismail yang melapurkan diri diatas kapal itu pada 25 Dis 1983. KD Sri perak berada dalam keadaan baik untuk memulakan perjalanan selepas baru menjalani penyelenggaraan di limbungan Kuala Terengganu. Pada 7 jan, konvoi kapal singgah di pangkalan malaysia di woodland singapura untuk bermalam sebelum belayar ke labuan pada keesokannya bagi siri latihan untuk pegawai kadet baru TLDM. Namun ketika berada di laut cina selatan antara semenanjung dan sabah, sarawak KD Terengganu yang berada dibelakang KD Hang Tuah menghadapi masalah teknikal menyebabkan konvoi berpecah dua. KD Sri Perak yang berada paling belakang diarah menuju ke Labuan secara sendirian sementara KD Hang Tuah terpaksa mengiringi KD Terengganu untuk mendapatkan bantuan. Ketika itu ombak kuat menghempas kapal hingga anak-anak kapal susah untuk beristirehat atau tidur serta jarak pemandangan yang terhad.
Akibat hempasan ombak yang terlalu kuat itulah dipercayai hatch atau penutup keselamatan atas geladak dihadapan kapal renggang menye- babkan air laut memasuki kapal sedikit demi sesikit katanya.
DETIK CEMAS
Ketika itu tiada siapapun yang menyedari air laut telah memasuki kapal dan sekitar 1630 ismail yang berada diburitan kapal dikejutkan dengan teriakan berkali-kali dari atas geladak yang meyuruh semuanya naik. Kapal berukuran kira-kira 30 meter panjang itu sudah mula tenggelam. Saya pergi kebahagian hadapan dan mendapati air telah naik sehingga paras betis. Saya kembali ke stesyen dan terus menghubungi stesen radio markas panglima armada namun tidak berhasil katanya.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memak- lumkan apa yang berlaku dan ismail turut mencuba membuat panggilan MAYDAY namun tetap tidak berhasil. Dengan dibantu ibrahim saya tetap cuba untuk berhubung menggunakan radio tetapi tiba-tiba radio GSB 800 kami senyap, kerdipan lampu pada radio terpadam dan radio itu tidak lagi berfungsi katanya.
Memandangkan haluan kapal semakin tengelam dan keadaan bertambah cemas, pemerintah kapal mengarahkan semua anak kapal berkumpul digeladak buritan dan pelbagai perasaan bermain dalam fikiran ismail pada masa itu. Menyedari kapal tidak lagi boleh diselamatkan anak kapal dan pegawai bersiap sedia menerima arahan selanjutnya daripada pemerintah kapal dan mereka diarahkan untuk membawa senjata masing-masing beserta peluru dengan 2 kelopak sahaja setiap anggota bagi kesiagaan mereka ketika berada di dalam pelampung keselamatan di tengah laut. Pegawai memerintah memaklum kan satu daripada dua pelampung penyelamat dibahagian haluan telah hilang dipukul ombak. Atas inisiatif laskar kanan bakar satiman dan laskar kelas 2 yang dikenali sebagai mokhti mereka memotong tali yang diikat pada pendakap dan mencam pakkan pelampung keselamatan ke laut. Haluan kapal ketika itu tenggelam 45 darjah menyebabkan ada anak kapal menggelongsor dan terpaksa berpaut pada mana-mana besi untuk menyelamatkan diri dan ada juga yang terjatuh kelaut. Ia berlaku terlalu pantas dan kami terpaksa terjun ke laut menyelamatkan diri. Pelampung penyelamat yang dicampakkan kelaut terbuka dengan baik dan kami terus berenang menuju ke pelampung katanya yang sempat melihat kapal itu tenggelam sepenuhnya ditengah lautan pada kira-kira 1700pm.
SAAT SEDIH
Ismail berkata ketika berada dalam pelmpung mereka melihat tiga daripada rakan dalam air yang langsung tidak bergerak dan berkemungkinan meninggal semasa tergelongsor kedalam laut. Mereka ialah pegawai laksana mohd fuad, laskar kanan kelas 2 sharani 22 dan mokhtar amir nawi 20. Kami teramat sedih melihat mayat rakan yang terapung itu sambil menangis dan mendoakan agar mayat mereka ditemua serta roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman kami tidak dapat mengambil mayat mereka kerana muatan pelampung telah tidak mengizinkan.
Keadaan ombak yang kuat dan tinggi menolak pelampung dengan kuat mengikut arah angin sehingga dalam beberapa minit sahaja ketiga-tiga rakan itu hilang dari pandangan. Bersyukur kerana kejadian itu berlaku pada petang kerana masih siang jika malam mungkin lebih ramai lagi yang menjadi korban katanya. Tetapi pelam pung penyelamat yang hanya boleh menampung 15 orang kini menampung 26 orang dalam keadaan berhimpit himpit dengan masing- masing berada dalam posisi yang sama sepanjang masa.
Peralatan survival yang terdapat dalam pelampung penyelamat itu seperti air tin, biskut, alat memancing dan beberapa bahan lagi di kongsi bersama-sama. Ketika itu air menjadi keperluan yang amat penting. Dengan jumlah yang ramai bekalan tak cukup jadi kami banyak bergantung kepada air hujan untuk diminum sepanjang 4 hari 3 malam ditengah lautan katanya....
HARI YANG PANJANG
Semasa terapung dilaut tanpa arah, masa berlalu dirasakan amat perlahan katanya. Pada malam pertama itu kami melihat satu cahaya terang jauh diufuk iaitu sebuah kapal dagang yang bergerak seakan menghampiri kami. Saya mengambil pistol kecemasan "Flare" untuk dinyalakan bagi menarik perhatian kapal selain rakan menjeri-jerit minta tolong. Tapi sebab alunan ombak kuat, ditambah kegelapan malam sukar bagi kapal itu melihat kami yang kecil dilautan yang luas dan kami hanya mampu melihat dengan kecewa kapal itu berlalu, " katanya. Masuk hari kedua dan ketiga ditengah lautan kekuatan hati mula tercabar dan masing-masing mula merasa bimbang akan nasib yang bakal menimpa sekiranya bantuan tidak juga datang.
Dengan kaki yang kejang kerana tidak boleh bergerak dan berlunjur dalam keadaan berhimpit himpit itu serta tidur yang hanya sekadar melepaskan pedih di mata cukup mencabar emosi dan fikiran ketika itu. Bekalan makanan yang ada dipelampung juga semakin kehabisan. Masing-masing sudah mula bersuara meluah kan kebimbangan ada yg merintih meluahkan rasa sedih sekiranya ajal datang terutama yang telah ada keluarga. Smua itu sukar untuk diungkap kan ketika itu,"luahnya.
BANTUAN TIBA
Pada hari keempat, 11 jan mereka berdepan dengan masalah baru, pelampung itu semakin kekurangan angin mem buatkan perasaan bertambah bimbang.
Menjelang tengah hari hujan sederhana lebat turun dan dengan air hujan itu ditadah untuk diminum. Selepas hujan berhenti, tiba-tiba mereka terdengar deruan enjin yang kuat diudara dan melihat sebuah pesawat jenis AP-3C ORION milik Tentera Udara Australia terbang rendah. Pesawat itu adalah daripada pasukan penyelamat yg terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pasukan kami. Ismail berkata, beliau dan semua diatas pelampung melambai-lambaikan tangan ke arah kapalter bang itu dan ketika itu kegembiraan jelas terpampang pada raut wajah masing-masing malah ada yang menangis menjerit kesyu kuran termasuk dirinya.
Kapal terbang itu membuat satu pusingan dan kembali semula sambil melepaskan tembakan flare diempat penjuru pelampung kami untuk menandakan lokasi. Kemudian juruterbang membuat pusingan sekali lagi dan menjatuhkan bungkusan plastik berisi makanan dan minuman sebelum berlalu, katanya. Lebih kurang 1 jam kemudian, pada lebih kurang 1700pm, sebuah kapal dagang MV Thunderhead yang berada tidak jauh tiba untuk mengambil kesemua yang terselamat.
Beliau berkata ada antara anak kapal yang terpaksa dipapah naik keatas kapal kerana lemah dan kejang dikaki. Kesemua mereka kemudiannya diberi layanan dan makan minum diatas kapal itu sebelum mereka diambil pula oleh kapal KD Mahawangsa untuk diberikan bantuan sewajarnya. Keesokan harinya, 12 jan dua buah helikopter Nuri TUDM membawa mereka ke kuching sebelum menaiki pesawat Hercules C130 TUDM yang terbang ke ipoh. Mereka disambut oleh panglima tentera laut ketika itu Laksamana Madya Datuk Mohd Zain Mohd Salleh dan pegawai-pegawai kanan lain. Usaha mencari dan menyelamat 3 orang yang lemas dilautan terus dijalankan namun mereka gagal ditemui sehingga kini....
Demi sebuah kedaulatan negara ini kami rela berkorban demi mu Malaysia.

Kredit Sadoon Lawang & (Osmund Becay) Sejahtera Malaysiaku Satu Masa Dahulu.

Copy and paste: 23/12/2020 : 8 Jamadilawal 1442H: 8.42 am 


No comments:

Post a Comment