ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 4 December 2020

BELAJAR TENANG SETELAH DISAKITI

"Subhanallah,walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

๐Ÿ‚
☘
Kadang kadang dalam perjalanan tarbiah kita ini tidak lain tidak bukan kita perlu hadapi dan hadam pelbagai ragam dan kerenah manusia yakni karenah dalam ahli keluarga, sanak saudara bahkan karenah dalam diri kita sendiri kita sendiri tidak dapat nak ketahui.
๐Ÿ˜Š
๐Ÿ–‹
Apabila pertemuan kita disebut tentang manusia dengan manusia maka banyak salah dari kebaikkannya sebab itu namanya manusia bukan pertemuan antara malaikat dan malaikat.
๐Ÿ˜”
Kita difitnah! Kita dimaki, kita ditipu, kita dilukai, kita disakiti, kita dikecewakan, kita dihentam! Hak kita dipertikaikan dan dimalukan satu demi satu perkara keburukkan kesedihan kita hadapi malah kita jatuh tersungkur hingga tak mampu berdiri.
๐Ÿฅ€
Apa kita buat??
๐Ÿคจ
Ada yang kembali memaki! Kita kembali menghentam! Kita cuba pertahankan hak hak kita yang cuba dipertikaikan (walau memang kita disebelah pihak yang betul) kita terus marah dan marah dan memperjelaskan sampai semua pihak sedar yang apa yang diperkatakan itu betul dan tepat.
Dan kita rasa apa???? Semua dah cakap! Dah lepas. Kita rasa puas
๐Ÿ˜Š
Puas hati yang teramat tambah tambah bila dapat menghentam golongan yang mulut yang suka bawak aib orang merata
๐Ÿ˜Š
kasi pengajaran.
Kita puas hati!! Tapi pernah tak kita rasa kepuasan itu waktu yang sekejap sahaja dan kita akan memikirkan apa yang kita kata dan makian kita kadang kedengaran dihalwa telinga
✍๐Ÿฟ
akhirnya kita menjadi tidak tenang!!!
(muhasabah diri saya jugak)
๐Ÿ’
Allah berfirman dalam al-Quran:
”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
(al-Ahzaab: 41-42)
Ingat tausiyah kalam seorang ulama:
Apabila orang berbuat buruk/menfitnah dan berbuat kejahatan denganmu maka biarkanlah dia. Doakan dia kembali kerana dia jugak sedang buat pahalamu kian bertambah.
(DIDIKKAN SABAR)
๐Ÿ’
Apabila kunci ketenangan itu kita sabar dan redha atas apa yang orang lain buat kejahatan kepada kita.
๐ŸŒธ
Berlapang dadalah dengan apa mereka lakukan anggaplah mereka ada masalah masalah dan melepaskan kepada kita, utk kita dengar dan biarkan sahaja mereka.
๐ŸŒธ
Berdoalah kunci utama mudahan Allah SWT gantikan kesabaran kita menerima makian dan akhlak buruk seseorang dgn gantian pahala dan mereka (kita) peroleh hidayah.
❤️
Belajar untuk sentiasa memaafkan mereka. Doakan kebaikkan mereka .
(walau susah dan perit kita akan tenang) boleh cuba
๐ŸŒธ
Apabila kita tahu mereka golongan yang akhlaknya tidak baik atau apabila kita rapat dgn mereka, akan ada masalah lebih besar maka jauhkan diri dari mereka tetapi jangan sampai tidak bertegur sapa.
๐Ÿ’
Menerima keburukan orang lain dengan ingati kita juga manusia yang selalu buat kesalahan yang sama anggap sahaja Allah hantar mereka untuk kita atau kita untuk mereka untuk saling memberi manfaat.
๐Ÿ”–
Kadang teguran datang dari kalangan manusia manusia yang baik/buruk akhlaknya.
๐Ÿ–‹
Maka makian dan akhlak yang buruk, gantikanlah dengan doa dan kemaafan diri buat kita lebih rasa ketenangan yang dizinkan Allah.
๐ŸŒบ

๐ŸŒธ
Moga saya juga mampu bersama kalian yang sifat sabar yang tinggi apabila dilemparkan duri akan dibalas dengan sebuah senyuman dan bunga seperti mana akhlak yang terhebat akhlak baginda Nabi Muhammad SAW.

Copy and paste: 4/12/2020 @ 18 Rabiulakhir 1442H: 7.45 am

No comments:

Post a Comment