ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 8 December 2020

2 HAL YANG MEMBAHAGIAKAN

Dua hal yang tidak akan kekal pada diri seseorang adalah masa muda dan kekuatannya
Dua hal yang tidak akan berubah pada diri seseorang adalah tabiat dan bentuk tubuhnya
Dua hal yang tidak akan besar bersamanya adalah akal dan amalnya
Dan manusia tidak akan malu terhadap dua hal yaitu mengisi perutnya dan keperluannya
Manusia itu selalu malu pada dua hal iaitu mencuri dan berkhianat
Adapun dua hal yang bermanfaat bagi setiap manusia adalah akhlak yang baik dan jiwa yang bertimbang rasa
Dua hal yang membahayakan bagi setiap manusia adalah menghasat orang yang memperoleh nikmat dan dengki terhadap orang yang berwibawa
Dua hal yang apabila bertambah atau berkurang akan berakibat buruk pada seseorang iaitu makanan atau minuman
Dua hal yang apabila bertambah tidak berbahaya tetapi apabila keduanya berkurang akan membawa kepada kesan yang lebih baik iaitu kebiasaan dan sikap ikut-ikutan
Dua hal yang apabila berkurang akan berbahaya jika bertambah akan memberikan kesan yang lebih baik iaitu ibadah dan ihsan (berbuat baik).
Dua hal yang membahayakan manusia secara materi tetapi memberi manfaat untuk orang banyak yaitu membelanjakan harta untuk kemuliaan dan mengorbankan jiwa ke jalan Allah.
Dua hal yang mendatangkan manfaat bagi manusia secara lahiraiah akan tetapi menimbulkan bahaya untuk kebanyakan orang iaitu melindungi rahsia suatu tugas dan menyimpan atas keberhasilan suatu penelitian
Dua hal yang di sukai manusia yaitu harta dan keindahan
Dua hal yang tidak di sukai manusia yaitu kesewenang-wenangan dan kerusakan
Dua hal yang menyilaukan atau melalaikan semua manusia iaitu hawa nafsu dan anak-anak.
Dua hal dimana manusia semua khawatir terhadapanya iaitu kemiskinan dan kematian
Dua hal yang selalu di perlukan oleh semua manusia iaitu halusinasi dan hayalan
Dua hal yang selalu di hindari oleh semua manusia iaitu penyakit dan kelaparan
Dua hal dimana manusia sangat suka melihatnya iaitu pahlawan dan para pelawak.
Dua hal yang selalu di harapkan manusia agar senantiasa ada dalam dirinya iaitu kesihatan dan kesenangan.
Dua hal yang suka di dengarkan manusia iaitu suara yang merdu dan berita yang mengembirakan.
Dua hal yang di mana semua manusia ingin mendapatkannya iaitu ketenangan dan pujian dari orang lain.
Dan yang terakhir......
Dua hal yang kelak manusia akan di tempatkan di akhir kehidupannya iaitu SYURGA atau NERAKA.
Semoga bermanfaat catatan ini memberi manfaat kepada kalian semua.
(Di petik daripada tulisan Ustaz Anwar Anshory Mahdum - Catatan Islami)
Copy and paste:
8/12/2020 : 22 Rabiulakhir 1442H: 7.32 am

No comments:

Post a Comment