ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 November 2020

PERINGKAT-PERINGKAT HATI

MATA HATI YANG BUTA
Mata hati yang buta ialah ibarat mata yang buta. Sebarang objek tidak boleh dilihat. Orang yang buta mata hatinya tidak nampak lansung akan kebenaran. Apalagi kalau buta mata hati sejak kecil, hingga tidak pernah kenal kebenaran. Seperti orang yang buta sejak kecil dan tidak pernah melihat tali. Jika diberi tali disangkanya daun. Inilah hati orang yang tidak menerima akidah dan sistem hidup Islam. Disebabkan mata hatinya buta, apa sahaja yang dirasakannya tidak tepat. 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah telah menutup pintu hati dan pendengaran mereka."
(Surah Al-Baqarah : ayat 7)

Hati peringkat ini telah terkunci. Kebenaran yang asas-asas pun tidak ada atau tidak dapat diterimanya. 
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama sahaja untuk mereka, baik kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman. "
(Surah Al-Baqarah : ayat 6)

MATA HATI YANG KABUR
Pandangannya berbalam-balam atau samar-samar. Kadang-kadang nampak, kadang-kadang tidak. Inilah hati orang mukmin yang banyak melanggar larangan Allah. Mereka samar-samar dalam melihat kebenaran. Dalam mereka melihat salah, ada juga sedikit kebenarannya. Seperti orang yang memegang tali pinggang disangkanya tali belati. Namun ada juga betulnya kerana dia masih tahu itu adalah tali. 

MATA HATI YANG CERAH
Ini pandangan hati orang-orang soleh. 

MATA HATI CERAH YANG LUAR BIASA
Mata hati diperingkat ini umpama mata yang boleh melihat beribu batu tanpa menggunakan teleskop. Mungkin dalam sejuta hanya seorang yang Allah beri kelebihan luar biasa ini iaitu para Rasul, Nabi dan orang-orang yang dekat dengan Allah yang menerima ilmu wahyu dan ilham daripada-Nya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi waktu, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat menasihati supaya menjalanakan kesabaran. "
(Surah Al-Ashr: ayat 1-3)

Copy and paste:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
13/11/2020: 28 Rabiulawal 1442H: 10.28 pm


No comments:

Post a Comment