ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 18 November 2020

Kitab Sunan ad - Darimi


SUMBER : JAKIM

Pengenalan

Sunan al-Darimi (سن الدارمي‎) atau Musnad al-Darimi oleh Abdullah ibn Abdul Rahman al-Darimi (181H–255H) ialah himpunan hadith yang penting, bersama-sama Muwatta Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad.

Walaupun dipanggil kadang kala dipanggil Musnad ia tidak diatur mengikut nama perawi seperti 'Musnad' yang lain, misalnya Musnad Imam Ahmad, akan tetapi lebih dalam benuk Sunan di mana kandungan diatur mengikut tajuk seperti Sunan Ibnu Majah.

Susunan Kitab

Sunan Ad-Darimi adalah sebuah kitab klasik yang merupakan kitab induk. Kitab ini juga dikenal dengan kitab Musnad Ad Darimi. Sebenarnya penyebutan dengan nama Musnad Ad Darimi kurang tepat. Sebab, kitab musnad adalah kitab hadith yang disusun sesuai urutan nama sahabat. Sedangkan kitab sunan adalah kitab yang disusun sesuai dengan urutan bab-bab fikh, mulai daripada bab iman, bersuci, solat, zakat dan seterusnya. Padahal, kitab Ad Darimi disusun berdasarkan urutan bab-bab fikh. Sehingga, kitab Ad-Darimi ini lebih tepat diberi nama Sunan Ad-Darimi.

Al Imam As Suyuthi rahimahullah mengatakan, “Musnad Ad Darimi bukanlah musnad dan kitab ini tersusun berurutan mengikut kesesuaian dengan bab-babnya.” Sebahagian orang ada yang menyebutkan bahawa kitab Sunan Ad Darimi adalah kitab sahih. Pernyataan ini tidaklah benar. Di dalam kitab ini yang ternyata ada hadith yang terputus sanadnya, dan hadith daif. Bahkan Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahawa pada kitab sunan Ad Darimi ada hadith yang palsu, walaupun majoritinya hadith sahih. Sehingga tidaklah tepat kalau kitab ini disebut dengan kitab sahih.

Kedudukan Kitab

Perlu kita ketahui, para ulama menyatakan bahawa kitab induk hadith yang tertinggi ada enam. Mereka menyebutnya dengan Kutubus Sittah, kitab induk yang enam. Kitab tersebut adalah:

  • Sahih Al-Bukhari
  • Sahih Muslim

Sebahagian ulama mengatakan, “Sepantasnya Sunan Ad Darimi menjadi kitab yang keenam mengantikan kedudukan kitab Sunan Ibnu Majah.” Mereka beralasan bahawa kitab Sunan Ad Daripadami para perawi yang lemah lebih sedikit daripada pada perawi lemah yang ada pada kitab Sunan Ibnu Majah. Juga sangat jarang didapati di dalam Sunan Ad Darimi hadith munkar (hadith seorang yang lemah menyelisihi orang yang kuat hafalannya) dan hadith syaz (hadith daripada seorang perawi yang kuat hafalannya, namun menyelisihi seorang yang lebih kuat hafalannya). Walaupun di dalam Sunan Ad Darimi didapati hadith mauquf dan mursal, akan tetapi Sunan Ad Darimi tetap lebih utama. Fadhl bin Thahir rahimahullah merupakan yang pertama kali meletakkan Sunan Ad Darimi pada posisi keenam. Kemudian pernyataan beliau ini diikuti banyak orang. Al Hafiz Ibnu Hajar juga menyatakan bahawa tidak hanya satu orang yang menjadikan Muwatta’ karya Imam Malik atau Sunan Ad Darimi pada posisi keenam. Dan Al ‘Ala-i mengatakan tentang kedudukan Sunan Ad Darimi, “Sebahagian ulama mengatakan kitab Ad Darimi lebih tepat dan lebih pantas untuk dijadikan kitab yang keenam untuk kitab-kitab (induk) kerana para perawinya lebih sedikit yang lemah. Keberadaan hadith-hadith syaz dan munkar jarang padanya, sanad-sanadnya tinggi dan thulathiyat-nya (rantai periwayatan dengan jumlah perawi tiga orang sampai kepada Nabi SAW) lebih banyak daripada pada thulathiyat-nya Al Bukhari.”

Kandungan Kitab

Adapun kandungan kitab Sunan Ad Darimi, seperti kitab-kitab sunan yang lain, terdiri daripada beberapa kitab dan pada setiap kitab ada beberapa bab. Kitab yang dimaksud di sini adalah kumpulan bab-bab dalam satu pembahasan. Sunan Ad-Darimi terbahagi menjadi 23 kitab. Seperti pula pada kitab-kitab lainnya, kitab ini didahului dengan mukadimah daripada pengarang. Jilid pertama kitab ini berisi mukadimah penulis dan kitab bersuci dengan bab-babnya yang banyak. Kemudian pada jilid yang kedua, berisi dengan 9 kitab yaitu kitab as solat, kitab az zakat, kitab as-siyam (puasa), kitabul manasik (haji), kitabul adhahiah (sembelihan), kitabus shaid (buruan), kitabul atd’imah (makanan), kitabul asyribah (minuman), kitab ar ru’ya (mimpi).

Pada jilid yang ketiga merangkumi 10 kitab iaitu kitab an nikah, kitab at talaq, kitab al hudud, kitab annuzur wal aiman (nazar dan sumpah), kitab ad diyat (diyat pembunuhan), kitab al jihad, kitab as siyar (sirah Nabi SAW ), kitab albuyu’ (jual beli), kitab al isti’zan (izin), kitab ar riqaq (budak merdeka). Adapun jilid keempat terdiri daripada 3 kitab, kitabul faraidh (warisan), kitab alwasoya (wasiat), dan ditutup dengan kitab al-Qur’an.

 Copy and paste: 18/11/2020 : 2 Rabiulakhir 1442H : 2.30 pm

No comments:

Post a Comment