ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 8 November 2020

FAKTA PENTING TENTANG BANGSA MELAYU YANG TELAH DILUPAKAN.


Kemaskini:
Terjumpa lagi tulisan tentang usaha awal menyatupadukan Dunia Melayu:
Kutipan:
"However, not all Austronesians accepted colonial rule--in fact most did not. Revolts against the Dutch, the Spanish, the Americans, and Portuguese were frequent and intellectual movements dedicated themselves to the single task of rebuilding nationhood by reasserting the culture and the past of the Austronesian forbearers. In the 1860s, King Kalākaua of Hawai'i--an independent kingdom at that time-- founded one of the earliest nationalist newspapers in the Pacific. Ka Hōkū o Ka Pakīkīpa (The Star of the Pacific), which as the name suggest was nationalistic, progressive and Pan-Pacific. In 1879, he authored a bill in the Hawaiian parliament--the first democratically elected national parliament in Austronesia--to formally declare Hawai'i as an Asiatic Malay state and went around the world in 1881 making visits to Japan, China, Malaysia, Singapore, Thailand, and India. King Kalākaua through discussions with Maharajah Sultan Abubakar bin Tuan Ibrahim of Johor, Malaysia, began to formulate the idea of "Pan-Malay Unity" and discussed the idea of a federation to combat colonialism. The Maharaja was already well known among the Hawaiian royals for gifts such as tiger claw necklaces (which can be seen in official portraits of Queen Emma and Princess Pauahi) and would later give King Kalākaua a copy of the Malay translation of the Quran. 


Assalamualaikum sdr/i dan Selamat Berhari Minggu (atau, bagi mereka yang giat menjalin siratulrahim, selamat berkejar dari satu majlis 'rumah terbuka' kepada yang lain). Kebetulan pagi ini, selepas beriadah di taman awam,saya terpanggil untuk membeli akhbar Mingguan Malaysia dan New Sunday Times daripada penjual di luar pagar taman. Alhamdulillah, terdapat rencana oleh bekas Ketua Pengarang MM, TS Mazlan Nordin, yang memberi pencerahan tentang usul pertama untuk membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia dikemukakan oleh Parlimen Hawaii di Honolulu pada 1879, iaitu 9 tahun sebelum Apolinario Mabini mencadangkan gagasan "Federation of Malaya" di Manila pada 1898 (sila rujuk rencana di bawah dengan hujah-hujah penting ditanda merah). 

Sejarah kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu”

Oleh Mazlan Nordin

KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” yang harus diperteguhkan.
Demikian disuarakan oleh Profesor Ismail Hussein dalam syarahan perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada suatu masa lampau ketika menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan UKM pada bulan Mei 1970.
Selanjutnya dihuraikan: Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera.

Semenanjung Melayu ditakdirkan terletak antara benua dan kepulauan, ia seolah-olah dikepung oleh Dunia Melayu yang cukup berbeza sejarahnya, yang satu telah mengalami kekalahan, yang lain sedang menuju kemenangan. Sempadan Dunia Melayu yang di benua, iaitu di antara dahulunya merangkumi selatan Vietnam dan Kemboja dan juga seluruh wilayah segenting kara hinggalah ke daerah Selatan Burma.
Dunia Melayu yang di selatan berkembang, gagah sebagai negara-negara kebangsaan yang baru, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Bangsa Melayu di Malaysia yang terkepung di tengah dua dunia itu, hidup terumbang-ambing antara kekalahan dan kemenangan dan memberikannya dinamik yang luar biasa.

Dicatatkan oleh Ismail Hussein selanjutnya ialah beberapa peristiwa berkaitan dengan dunia Melayu:

  • Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.
  • Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.
  • Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.
  • Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.
Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat.
Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”.

Keagamaan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.
Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara.

Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,
Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,
Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,
Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.


Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).
Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.



Copy and paste: 8/11/2020 / 22 Rabiulawal 1442H: 9.25 am

No comments:

Post a Comment