ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 14 October 2020

SEKADAR RENUNGAN - KORANG TAU TAK?

 Sumber dari : FB GABUNGAN ANAK MELAYU ISLAM MALAYSIA

Korang tahu x?
Pemuda Al kahfi yang ada 7 org tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17

Korang tahu x?
Allah membolak balikan badan mereka untuk tidak berkulat, Allah hentikan segala macam bulu di tubuh mereka,Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Korang tahu x?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yg tulang pon dah hncur jadi debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jadi tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jadi keldai.

Korang tahu x?
Amalan yg dilakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.

Korang tahu x?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw di belah untuk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dengan air zam zam.

Korang tahu x?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Korang tahu x?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para2 nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Korang tahu x?
Selesai solat Rasulullah didatangi 2 bekas.
1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.

Korang tahu x?
Rasulullah saw dan jibril as menaiki langit yang padanya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu di jawab malaikat penjaga langit dan bertnya siapa engkau. Kemudian jibril menjawab aku jibril. Kemudian ditanya lagi siapa bersama engkau dan adakah dia telah diutuskan?
Jibril menjawab Dia Muhammad dan dia telah diutuskan (berlaku pada setiap pintu langit)

Korg tahu x?
Di langit pertama ada Nabi Adam as
Di langit kedua ada Nabi Isa as dan Nabi Yahya as
Di langit ketiga ada Nabi Yusuf as
Di langit keempat ada Nabi Idris as
Di langit kelima ada Nabi Harun as
Di langit keenam ada Nabi Musa as
Di langit ketujuh ada Nabi Ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Semua nabi mengucapkan salam
Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yang soleh
Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh

Korang tahu x?
Ketika Rasulullah saw smpai di lngit ke 7
Beliau mendapati lelaki yg mukanya sama seperti baginda sedang duduk bersandar manakala malaikat yang lain sedang sibuk bertawaf.

Rupa²nya amalan ibadah ni ketika hidup di alam dunia sahaja. Yg memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing2. Kemudian xde dah.

Korang tahu x?
Rasulullah pergi ke syurga dan dia dapati kebanyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Korang tahu x?
Rasulullah saw melihat kebanyakan penghuni neraka adalah dikalangan wanita.

Korang tahu x?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat.

Korang tahu x?
Swlepas semua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau untuk sekali lagi.
Surah an najm ayat 13.

Dan bila Rasulullah ingin mengambil perintah solat.
Berpisahlah dia dengan jibril. Jibril yang semulia mulia makhluk pon x dapat maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah keseorangan ketika itu.

Korang tau x?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw slepas peristiwa Isra' mikraj.
Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata² Rasulullah saw.

Korg tahu x?
Ayat pertama surat Nabi Sulaiman kepada Balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
Surah al-naml ayat 30.

Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korang akan rase kemanisan Basmallah tadi. Percayalah.

Korang xkan paham kemanisan gula itu sehingga korang amik gula itu letak dalam mulut. Memang manis.

Korang tahu x?
Mase nak pindahkan istana balqis, Ifrit boleh bawak istana tu sebelum nabi sulaiman bangun dari tmpt duduk
Surah al-naml ayat 39

Korang tahu x?
Mulianya manusia ni, ada yg boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn.

Korang tahu x?
Air dicicang x akan putus.
Ketika laut merah di belah oleh nabi musa
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Korang tahu x?
Abu Jahal adalah manusia yang mintak Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.

Makna kata ketika peristiwa itu ada musafir datang utk berjumpa abu jahal, konon mereka akan jadi saksi.
Esoknya bila mereka smpai mereka bercerita.
Situ yang dia herdik Rasulullah kononnya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat² jauh pon boleh.

Korqng tahu x?
Antara perkara yang paling mengembirakan Rasulullah saw ialah bila sesorang itu ingin memeluk islam.

Korang tahu x?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah.
Allah abadikan surah khas utk dia.
Surah al lahab..

Korang tahu x?
Surah al lahab tadi turun 6 bulan sebelum abu lahab mati.
Makna kata confirm masuk neraka.

Korang tahu x?
Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib.
walaupon xberiman dgn Rasulullah saw, dia tetap sokong dakwah Rasulullah saw.

Korang tahu x?
Abu Talib ni beriman dengan Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nak kata hidayah milik Allah.

Korang tahu x?
Abu Talib mati dalam tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Korang tau x antara nikmat² besar Allah bg?
Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga orang terakhir yang keluar dari neraka itu org islam yang dalam hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"

Korang tahu x bila korang islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan diiringi dengan solat serta beriman kepada rukun islam.

Dah tu bila last korang islam? Atau makna kata lain bila last korang solat? Solat ni Nabi amek tu atas dari langit ke 7.

Asalnya dari 50waktu smpai jadi 5waktu.
Mujur ada nabi Musa mintak Rasulullah saw naik balik mintak kurang. Naik mintak kurang. Naik mintak kurang.

Sampai Rasulullah saw malu tahu x!
"wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"

Korang tahu x islam?
Korang terutamanya aku, hari ini dapat islam secara 'percuma' sebab tu aku x reti hargai.
Amik remeh sebab bukan aku yang perjuangkan.
Kemanisan tu xde.

Harap² kita bukan islam hanya di kad pengenalan.

Korang tau x Mahdi?
Imam Mahdi atau nama sbenar beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik macam Rasulullah saw.

Korang tahu x imam mahdi ni?
Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam Mahdi sedang di lantik.
Pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Korag dan aku akan pergi x?

Jap Pikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah x abis bayar lg.
Sayang sangat ke kerja.. hari² fikir pasal perniagaan. Ni aku lah ni..
Iman kulit bawang..😔

Korang tahu x kenapa ramai mengaku imam Mahdi?
Dorang x mampu nk tiru Nabi Isa as sebab ketika nabi Isa turun,
Dia masih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.

Korang tahu x nabi isa?
Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa

Korang tahu x Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw.
Beruntung anak cucu korang dapat jumpe Nabi. SubahanaAllah!

Tapi! Sebelum turun the last man standing ni
dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 minggu
Hari ke empat macam biasa.

Apa pon korang jangan lupa solat! Sebab solat adalah satu2 nya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat x turun wahyu, Rasulullah pergi amik atas langit sana.

Ingat ye solat! Baru berkat.
Jangan smpai istidraj.
Senang tapi x berkat.

Sekadar renungan.

Korang tahu x LOVLIN?

Copy and paste: 14 Oktober 2020 / 26 Safar 1442H: 11.33 am

No comments:

Post a Comment