ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 18 October 2020

IBRAH PERISTIWA - KUASA, PANGKAT DAN KEKAYAAN

Setiap manusia pasti mahukan kekayaan. Namun berapa ramai yan gmengambil kekayaan itu sebagai landasan untuk beribadat kepada Allah STW. Kebanyakannya hanyalah menikmati nikmat dunia dan terus melupakan Maha Pencipta. Acuan kejayaan yang dibentuk oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Abdul Rahman bin Auf adalah contoh terbaik supaya nikmat dunia itu selari dengan perhambaan kita kepada DIA. 

Ayuh kita semak satu persatu!!

ZUHUD

Walaupun kita mempunyai kuasa dan pangkat, namun kezuhudan perlu ada dalam diri. Kuasa yang diberi hanyalah sebagai amanah untuk kita laksana tugas dengan baik sebagaimana Abdul Rahman Auf yang dilantik sebagai jawatankuasa untuk memilih khalifah bagai menggantikan Rasulullah s.a.w. 

MENDERMA PADA JALAN ALLAH

Di dalam dunia ini semuanya hanyalah pinjaman , tiada yang menjadi hak milik kekal bagi manusia. Seharusnya sebagai hambaNya, kita seharusnya mengembalikan melalui istilah pendermaan di Jalan Allah. 

GIGIH BERUSAHA

Kata orang sekali kita jatuh, jangan sampai kita gagal bangkit semula. Atas sebab itu, setiap usaha yang dilakukan pasti ada cabaran yang mendatang. Persoalannya hanyalah kita sahaja yang menentukan sama ada untuk bangkit semula atau terus gagal. Oleh yang demikian kegigihan dalam berusaha masih diteruskan yang penting ianya mendapat redha Allah. 

BERNIAGA BARANGAN HALAL

9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Untung dan rugi adalah adat kebiasaan yang dialami usahawan. Oleh itu, sebagai peniaga kita perlu ada senarai semak untuk mendapat keberkatan dari perniagaan kita. Berniaga barangan halal adalah antara satu perkara yang perlu diutamakan. Halal bukan setakat barangan malah sistemnya juga perlu halal, timbangannya juga perlu halal. 

BERSYUKUR

Kekayaan yang diperolehi adalah daripada Allah. Sebagai manusia kita perlu lahirkan rasa syukur itu dengan sentiasa beribadat kepadaNya. Segala perintah dan larangan mesti dipatuhi sentiasa tidak kira dimana kita berada. Hal ini kerana nikmat kekayaan yang ada mungkin ditarik balik sebagai pengajaran agar kita sentiasa meletakkan Allah di tempat paling utama. 

Sumber: IMARAH DAKWAH: Jabatan Agama Islam Selangor - bilangan 4/2013

18 Oktober 2020 / 1 Rabiulawal 1442H : 12.26 pm

 




No comments:

Post a Comment