ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 30 September 2020

PENULISAN SEJARAH TANAH MELAYU DALAM BUKU TEKS SEJARAH SEKOLAH

 Kredit : Roujin d'Umi - FB Kingdom of Tanah Melayu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejujurnya saya merasa kecewa dan amat kesal dengan jawapan dari seorang "Cikgu Sejarah" yang respons-nya kepada post saya berkenaan buku teks sejarah berbunyi begini;

"Depa ingat yang tulis buku teks macam tulis buku novel ka?".

Kami tidak pernah anggap Sejarah ni sesuatu yang seperti novel. Kami tak pernah anggap sejarah sebagai sesuatu yang remeh, fantasi dan rekaan seperti buku novel. Sebab Kami anggap pentinglah, maka Kami sebagai anak bangsa Melayu mengambil berat dan prihatin terhadap sesuatu penyebaran "Sejarah yang Salah" kepada anak-anak bangsa kami.

Seolah-olah jawapan cikgu berkenaan untuk membenarkan dan meneruskan mengajar sesuatu buku yang penuh dengan kesalahan terutamanya berkaitan dengan sejarah bangsa Melayu sendiri.

Tidakkah kalian sebagai seorang cikgu yang mengajarkan dan memberitahukan sejarah bangsa sendiri kepada anak-anak bangsa merasa sekelumit perasaan kesal dengan mengajarkan kepada anak bangsa bahawa Pahlawan Tok Janggut dan Pahlawan Pahang itu adalah "PEMBERONTAK/PEMBELOT DAN PENGKHIANAT" sepertimana yang dicatitkan dalam buku teks ???

Berapa banyakkah sejarah kehebatan MELAYU yang ada dalam buku berkenaan ?

Berapa banyakkah sejarah menyatakan MELAYU menang peperangan ?

TIADA !!!

Ianya penuh dengan "Sejarah Acuan Penjajah", penuh dengan sejarah kematian orang Melayu yang kononnya memberontak, dan ianya penuh dengan kesalahan dan penipuan serta sejarah yang disorokkan.

Adakah kalian tidak merasa kesal memberitahu kepada anak bangsa sendiri bahwa Kesultanan Melaka kalah perang sebab mereka hanya berperang menggunakan tombak dan keris menentang Portugis yang lengkap bersenjata api ???

MALUNYA MELAYU !!!

MELAYU akan terus kekal dalam kepompong "INFERIORITY COMPLEX" yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan berterusan dengan "ACUAN PENJAJAHAN" oleh Fremasons, Illuminatis termasuk KOMUNIS (Atheist).

Mungkin juga kalian tidak pernah memikirkan kebenarannya dan hanya meneruskan dengan apa yang disajikan untuk diajarkan dan dibuat soalan untuk peperiksaan. Demi mendapat markah yang melepasi syarat lulus ataupun cemerlang untuk pelajar walaupun kalian tahu ianya sejarah yang salah.

Ya ! Mungkin kalian tidak ada kuasa untuk membetulkannya pada buku teks, tetapi sekurang-kurangnya usahalah memberitahu kepada anak-anak bangsa sejarah yang sebenarnya. Yang salah itu tetap salah, "Matlamat tidak menghalalkan Cara".

Dan mengenai jawapannya, dengan mengatakan Fakta Kesultanan Melaka ditubuhkan pada 1262 M hanya Hikayat ???

Keputusan memilih tarikh 1262 M sebagai penubuhan dan berdirinya Kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Melaka menerusi "Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)".

Keputusan tersebut dicapai pada "Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka" anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.

Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.

Datuk Muhammad Ali Rustam juga menegaskan, kajian yang dilakukan itu berdasarkan daripada sumber-sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

Antara tempat yang dilawati oleh penyelidik di wilayah Indonesia termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, wilayah Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta wilayah Sumatera Barat di Padang dan Batu Sangkar.

Jawatakuasa penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya itu terdiri dari : 

- Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, Naib Canselor KUIM;

- Dr. Zulkarnain Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Malaya;

- Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.


Manakala Penyelidik Bersama adalah: 

- Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Jabatan Sejarah Universiti Malaya;

- Prof. Dr. Nordin Husin, Pengerusi Program Sejarah, Politik dan Strategik;

- Prof. Dr. Noriah Mohamad, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

- Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail, Universiti Sains Malaysia; dan - Prof. Madya Ubaidilah Muhammed Jabatan Pengajian Tiong Hua, Universiti Malaya.


Sebab-sebab utama penetapan tahun 1262 M sebagai tahun muktamad Melaka diasaskan adalah bersandar kepada fakta-fakta berikut :

1] Tarikh asal 1400 dan 1278 yang dikemukakan itu tidak mempunyai sandaran fakta yang kukuh sebagai tahun sebenarnya penubuhan Kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan
sumber-sumber yang ada.

2] Seminar tersebut turut bersetuju berdasarkan tulisan Sejarah Melayu,Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu (ms 18; Stamford Raffles), Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada tahun 660 Hijrah bersamaan dengan 1262 Masihi.

3] Rumusan penyelidik telah menolak tahun 1400 dan 1278 sebagai tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka kerana kesepakatan Sarjana Barat (Portugis) bukan berdasarkan fakta sejarah.

4] Ini juga termasuk "Suma Orientalyang ditulis oleh "Tome Pires" pada tahun 1512-1515 yang hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah "dengar dan cakap", iaitu "Hearsay" semata-mata.
...

Cara pengiraannya adalah berdasarkan kajian terhadap tempoh Pemerintahan Sultan-Sultan Melaka yang dicatatkan di dalam naskhah Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu.

Hal tersebut adalah seperti berikut: 

1) Raja Seri Iskandar Syah (Parameswara) = 20 tahun pemerintahan;

2) Sultan Mahkota (Raja Kecil Besar) = 2 tahun pemerintahan;

3) Sultan Muhammad (Raja Tengah) = 57 tahun pemerintahan;

4) Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim) = 1.5 tahun pemerintahan;

5) Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) = 40 tahun pemerintahan;

6) Sultan Mansur Syah (Raja Abdul) = 73 tahun pemerintahan;

7) Sultan 'Alauddin Riayat Syah (Raja Raden) = 33 tahun pemerintahan;

8) Sultan Mahmud Syah (Raja Mamat) = 30 tahun pemerintahan.


Jumlah tempoh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ialah 256.5 Tahun Qamariah.

Jumlah 256.5 Tahun Qamariah ini apabila ditukarkan kepada Tahun Syamsiah menjadi 249 tahun Masihi.

"Oleh itu, 1511 Masihi (tarikh muktamad kejatuhan Melaka) ditolak dengan 249 Masihi menjadi 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah"

Saya MEMULIAKAN & MENGHORMATI semua para cikgu khususnya cikgu yang membina JATIDIRI kepada anak-anak bangsa Melayu. Apa yang saya kesali hanyalah cikgu yang bersikap lepas tangan asalkan muridnya lulus tanpa mendedahkan sejarah yang sebenarnya,

Malah mereka para cikgu membenarkan apa yang salah. Yang berfikiran "Betul Tak Betul Belakang Cerita" yang penting lulus peperiksaan.

Saranan saya setidaknya beritahulah yang sebenarnya. Sampai bila kita hendak biarkan anak-anak bangsa dan generasi kita kini serta hadapan berfikir bahwa Kota Melaka yang gemilang dulu dikalahkan oleh Penjajah dan terus kekal dalam kepompong "Inferiority Complex Melayu" oleh sebab tok nenek moyang kita hanya ada dan tahu guna Keris, Pedang dan Tombak sahaja.

Cubalah bermula sedikit, beritahu mereka bermulai hari ini, Pengasas Pulau Pinang bukan Francis Light tapi orang Melayu.

Dato Bahaman, Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau dan rakan-rakannya BUKAN PEMBERONTAK ataupun PENGKHIANAT, tetapi sebaliknya mereka adalah,

- PEJUANG AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR;
- Mereka PEJUANG KEMERDEKAAN;
- Mereka PEJUANG DEMI MENJAMIN KESELAMATAN DAN KEAMANAN KITA HARI INI ...

Salam hormat dan kasih sayang kepada semua cikgu sejarah. Kalian adalah insan yang mulia.

Maafkan saya jika saya ada menyinggung perasaan mana-mana cikgu sejarah.

Beritahukan kepada anak-anak bangsa kita, Tok Nenek Moyang kita adalah orang-orang yang HEBAT, BERTAMADDUN dan PAKAR pelbagai ilmu khususnya ilmu Pelayaran, Perkapalan, Perubatan dan sebagainya.

Wabillahi billahi,
Wassalaamu 'alaikum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NOTA :

Anak-anak Bangsa Melayu kita kini belajar dan masih belajar "SEJARAH ACUAN PENJAJAHAN" Portuguese, Belanda, British, Freemasons, Illuminati dan terkini cuba diubah pula lagi oleh "Dong Zhong" dan "Parti Komunis Malaya" dengan sokongan padu D4P dll parti etnik yang BIADAB.

Supaya Bangsa Melayu kekal dalam kepompong "Inferiority Complex Melayu"

ALLAHU AKBAR !!!


Copy and paste: 30 September 2020 / 12 Safar 1442H : 8.05 am

No comments:

Post a Comment