ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 30 September 2020

PASTIKAN TELUR ITU DICUCI

 Kredit Ustazah Nurain Muhammad

Masuk pasar malam ada hati nak beli murtabak. Masuk kedai india muslim teringin nak order roti telur. Masuk Secret Resipi teringin nak makan kek (salah satu bahan buat kek ialah telur). Bersarapan di hotel nak order omelette. Menghadiri jemputan makan malam di rumah jiran sebelah ternampak telur dadar atas meja teringin nak ambik. Maklumlah penggemar telur...

Sekarang menjadi masalah!!

Apa-apa saja MENU berasaskan TELUR kena fikir 2, 3 kali sebelum beli dan makan.

Kenapa...?

Sebab kita kena faham konsep halal. Apa saja makanan hendaklah periksa kebersihannya. Pastikan telur itu DICUCI BERSIH. Telur yang tak dicuci masih ada kotoran najis atau bulu-bulu ayam yang halus yang melekat di kulit telur.

Kita kena prihatin. Islam mengajar kita tentang kebersihan dalam segala aspek. Nampak hal ni remeh tetapi ia sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Jika darah daging kita dari sumber yang bernajis haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal tak dengar kata, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang tidak elok.

الطهور شطر الإيمان

Kebersihan sebahagian daripada keimanan. [Riwayat Muslim]

Ustazah ambil contoh sama-sama kita bayangkan...

Order roti telur kat kedai. Bayangkan, kita berdiri menunggu dan melihat sendiri roti telur yang dikatakan paling sedap di area tu, lalu mamak mengibarkan doh tepung kemudian ambil telur dari bekas telur. Ada tahi ayam yang kering terpalit di kulit telur (mamak buat-buat tak tahu). Tangan yang memegang telur dah terkena najis telur lalu dengan gaya hebatnya 'mencanai dan melenyek' roti telur tersebut. Adakah kita masih nak beli dan makan?

Cuba kita lihat kepada penjual burger, adakah mereka membasuh telur sebelum nak masak burger special? Bayangkan beli Char Kuey Teow kat pasar malam dengan gaya hebat memecahkan telur lalu masuk ke dalam kuali.

Bayangkan kedai roti dan kek yang membuat beraneka macam roti dan kek yang menggunakan telur. Susah nak pastikan sama ada ke semua telur dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam mesin, betul tak?

Itulah pentingnya BACA DOA BISMILLAH sebelum makan, sebab kita tak tahu apa yang terkandung dalam makanan. Kita harapkan doa kepada Allah SWT agar kita terpelihara.

DINASIHATKAN...
Kepada ibu bapa, adik, kakak, abang, penjual makanan dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Pastikan telur ayam yang digunakan sama ada di kedai, warung, restoran, mahupun dirumah dibasuh dengan sempurna dan niat segala-galanya nak keredhaan Allah. Baru ada keberkatan. Kita dan sekeluarga sihat. Penjual makanan pun rezekinya mudah dan berkat.

Ingat sampai bila-bila. Selepas membeli telur cucilah 2 hingga 3 kali basuh kemudian keringkan dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Kita menjaga kesihatan bermula dari apa yang kita ambil dan makan. Apa jua makanan yang masih kotor atau bernajis sangat memudharatkan pada kesihatan dan merosakkan amal ibadah kita yang lain.

Wallahu a'lam.

Copy and paste from FB Post

30 September 2020 /12 Safar 1442H : 7.40 am

No comments:

Post a Comment