ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 26 September 2020

KEMANISAN DALAM BERIBADAH

Hidup di dunia kini penuh cabaran, ujian, mehnah dan tribulasi yang harus kita pikul dalam mencari keredhaan Allah SWT. 

Apa yang kita cari ialah ketenangan dan kemanisan dalam beribadah kepada Allah SWT. 

Rasulullah SAW dalam hadis baginda menyatakan tentang 3  perkara yang menyelamatkan, 3 perkara yang membawa kecelakaan, 3 perkara yang membawa darjah di hari akhirat dan 3 perkara yang mendapat keampunan.

3 Perkara yang menyelamatkan :

  1. Takutkan Allah ketika berseorangan dan ketika ramai
  2. Sederhana pada kefakiran dan kekayaan
  3. Adil ketika redha dan marah
3 Perkara yang membawa kecelakaan:
  1. Tersangat bakhil
  2. Mengikut hawa nafsu
  3. Ujub (kagum pada diri sendiri)
3 Perkara yang mendapat darjah di akhirat:
  1. Menyebarkan salam
  2. Memberi Sedekah (makanan)
  3. Solat malam ketika manusia lain sedang tidor. 
3 Perkara yang mendapat keampunan:
  1. Menyempurnakan wuduk di waktu malam yang terlampau sejuk.
  2. Berjalan untuk solat Berjemaah
  3. Menunggu-nunggu waktu solat
Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita akan membersihkan hati kita daripada sifat angkuh dan sombong. 

Berkata Arif Billah Ibrahim Khawwas:
Sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan 5 perkara:
  1. Membaca Al Quran dengan dihayati maknanya.
  2. Sedikit Makan
  3. Merintih dihadapan Allah waktu akhir malam
  4. Qiyamulail
  5. Bergaul dengan orang soleh
Dikatakan pula 7 perkara yang memberi cahaya kepada hati:
  1. Ikhlas dalam beribadah
  2. Berbuat baik terhadap ibu bapa
  3. Menjalinkan silatulrahim
  4. Tidak menghabiskan umurnya untuk maksiat
  5. Tidak menurut hawa nafsu
  6. Bersungguh-sungguh dalam berbuat taat.
  7. Memperbanyakkan zikrullah
Jagalah solat dan perkara-perkara yang dikira nilai di sisi Allah SWT sebagai ibadah.

Berkata ibnu Abbas:
  1. Tiada kebaikan pada solat yang tidak khusyuk
  2. Tiada kebaikan pada puasa yang tidak dapat mencegah daripada melakukan perkara sia-sia.
  3. Tiada kebaikan pada pembacaan Al Quran yang tidak dihayati ayatnya. 
  4. Tiada kebaikan pada ilmu yang tidak ada warak padanya. 
  5. Tiada kebaikan pada harta yang tidak didermakan pada orang lain. 
  6. Tiada kebaikan pada persaudaraan yang tidak kekal. 
  7. Tiada kebaikan pada nikmat yang tidak kekal
  8. Tiada Kebaikan pada doa yang tidak ikhlas. 
Jadilah kita seperti Nabi Adam a.s kerana bahagia Nabi Adam ada 5 iaitu :
  1. Sentiasa berasa berdosa
  2. Menyesal atas dosa
  3. Sentiasa berasa diri hina
  4. Segera bertaubat
  5. Tidak putus asa terhadap rahmat Allah SWT. 
Jauhkan diri kita dari sifat angkuh dan sombong seperti iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah SWT.

Sumber Rujukan : Majalah I
26 September 2020 / 8 Safar 1442H : 7.21 pm



No comments:

Post a Comment