ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 6 September 2020

Dato Perdana Menteri (Syburi) Kedah -1870 -1898

Kredit : Archivis Trangkanu

Deskripsi :
Dato Wan Mohd Saman Wan Ismail (1830 – 1898) merupakan Perdana Menteri Kesultanan Kedah dari tahun 1870 sehingga 1898. Beliau sempat bertugas dengan 3 orang Sultan Kedah:
1.Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah - 1854 - 1879
2.Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II - 1879- 1881
3.Sultan Abdul Hamid Halim Shah – 21 Jan 1882 – 13 Mei 1943

Wan Mohd Saman Wan Ismail di lahirkan pada tahun 1830 di Alor Janggus dan meninggal dunia pada 14 Disember 1898 serta dikebumikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar Kedah.
Nama Wan Mohd Saman amat sinonim dengan peninggalan Terusan Wan Mohd Saman yang menghubungkan bandar Alor Setar ke kaki Gunung Jerai dengan jarak sepanjang 22 batu pada tahun 1885. Pembinaan terusan ini amat penting sebagai sistem pengairan utama yang menjadi nadi kepada Kesultanan Kedah negeri Jelapang Padi.
Sektor pertanian melalui penanaman padi secara besar-besaran menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi Kesultanan Kedah dengan pembinaan terusan ini. Amat bertepatan Wan Mat Saman di kenali sebagai Bapa Pembangunan Kesultanan Kedah Moden pada kurun ke -19.
Salah satu foto portrait separuh badan RaRe Wan Mohd Saman Wan Ismail berjaya di temui ketika kunjungan (Kajian Lapangan – Ogos 2018) di Arkib Negara Thailand (ANT) yang rakamkan oleh Studio Robert Lenz & Co Singapore (Corner Stamford Road & Hill Street) pada 4 April 1897.
Kini selepas 2 tahun amat jelas boleh di lihat peningkatan kualiti dan kondisi foto hasil dari tindakan ANT menjalankan kerja-kerja baikpulih serta pemuliharaan samada foto ataupun negatif asal dalam bentuk digital sebelum di cetak kembali.
“Postur beliau memang tegap dan dilihat sebagai kuat dan bertenaga; sebagaimana gambaran dari kebanyakan lukisan dan studio dari orang-orang yang status tinggi dari zaman Victoria & Eropah.
Ianya memang tatacara dari segi nasihat perubatan dari zaman itu sebagai seseorang yang teratur dalam hidup dan berada dalam keadaan fizikal yang terbaik. Ianya juga memberi implikasi sebagai orang yang mempunyai etika dan ciri-ciri yang beradab.
Jiak keadaan bongkok, kepala ke bawah, tangan kebawah dsb. akan memberi pandangan (atau persepsi) sebagai lemah, tidak sihat dan juga secara langsung perwatakan yang lemah juga. Ini amat dikenal pasti pada kebanyakan gambar orang yang status rendah, ataupun gambaran orang yang bukan kaum yang sama. Ianya berkecuali apabila diberi perhatian kepada gambar dari orang berstatus tinggi dalam kerajaan.

Dari segi bahan gambar, ianya seperti kertas cetakan bromide ataupun albumin. Kesan tompok hitam dari cecair perak (dari negatif) mempunyai kandungan iodide yang belum habis larut dan kandungan alkohol berlebihan.”
- Ulasan Tuan K Azril Ismail
Penemuan ini sebagai bukti yang amat jelas, masih banyak lagi foto-foto dari Kesultanan Melayu di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan serta di jaga dengan baik oleh pihak Arkib Negara Siam (Thailand) dari keseluruhan koleksi yang hampir 33 ribu keping foto.
Di harap pada masa akan datang ada lagi para Pengkaji Bebas (Independent Researcher), Ahli Akademik, Peminat Sejarah, Waris Keturunan ataupun institusi yang berkaitan dapat meneruskan aktiviti ini dengan sokongan kuat dari pihak Istana Kesultanan Melayu (Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu).
Ini kerana semua institusi ilmu,pendidikan, kebudayaan, warisan dan sejarah seperti Perpustakaan, Arkib, Muzium dan Galeri berada di bawah naungan dan payung Raja-Raja Thailand secara langsung.
Posting ini merupakan kemaskini dan penambahan informasi serta maklumat baru mana merupakan kesinambungan kepada posting asal pada 1 September 2018,

Rujukan :
1.ANM - Arkib Negara Malaysia.
2.ANT - Arkib Negara Siam Thailand.
3.Memori Kedah – Laman Sesawang Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Copy and paste: 6 September 2020 / 18 Muharram 1442H: 2.31 pm

No comments:

Post a Comment