ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 9 July 2020

HANG TUAH WUJUD

Hang Tuah bukan hanya legenda tetapi wujud nyata, malah pahlawan Melaka yang terkenal itu pernah bertemu Leonardo da Vinci, artis dan ahli sains terkenal Itali zaman itu. Laksamana Hang Tuah juga dilaporkan pernah menulis surat rasmi kepada Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15. Dua ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Rohaidah Kamaruddin dan Dr Hashim Musa mendedahkan maklumat terbaru dalam 'Wacana Manuskrip Melayu ― Hang Tuah: Daripada Mitos Kepada Fakta Sejarah' di sini beberapa hari lalu.
Harian Metro melaporkan catatan di dalam buku Notes of Leonardo da Vinci mengenai pertemuan antara da Vinci, pelukis potret tersohor Mona Lisa, dengan Hang Tuah antara 1503 hingga 1506. Dalam catatan itu, lapor akhbar itu lagi, da Vinci menulis “saya melukis kenderaan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka” dan perkataan selepas itu tidak jelas sama ada disebut laksamana atau Hang Tuah. Penemuan terbaru itu didedahkan Dr Rohaidah, pensyarah kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.
Manakala Dr Hashim pula dilaporkan berkata surat tulisan Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15 ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan. Profesor itu, yang bertugas di jabatan yang sama di UPM, berkata surat itu ditulis oleh Hang Tuah bagi pihak sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah. Menurut Utusan Malaysia, beliau mendapati surat pahlawan terbilang itu bertarikh 11 April 1480, melalui kajian yang telah dilakukannya bersama Dr Rohaidah di Ryukyu (kini dikenali sebagai Okinawa) baru-baru ini.
“Dokumen Rekidai Hoan itu dalam bahasa Cina yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Atushu Kobata dan Mitsugi Matsada diterbitkan pada 1969. “Ini bukti terbaharu dalam bentuk primer tentang kewujudan Hang Tuah,” harian itu memetik Dr Hashim berkata, Rabu lalu. Mengulas lanjut penemuan terbaru itu di Harian Metro hari ini, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) berkata kewujudan Hang Tuah selama ini bersandarkan beberapa nukilan tempatan seperti Hikayat Hang Tuah dan buku sejarah Sulalatus Salatin.
“Walaupun penemuan fakta terbaru itu belum dapat disahkan kerana penyelidik terbabit perlu bertemu pakar sejarah serta meneliti manuskrip lama di Sepanyol dan Portugal, sekurang-kurangnya kita ada penemuan terkini mengatakan Hang Tuah wujud, sekali gus menolak pandangan mereka yang mengatakan kisahnya mitos. “Memang kita tidak boleh nafikan ada ahli sejarah Malaysia yang berpandangan Hang Tuah hanya mitos, mungkin disebabkan terlalu banyak tokok tambah seperti mempunyai kesaktian dan hidup sehingga ke hari ini,” pengerusinya Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin dilaporkan berkata.
Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.al.jitrawiy
.

Copy and paste: 9 Julai 2020 / 17 Zulkaedah 1441H: 5.37 pm

1 comment:

  1. Saya mengharapkan ada penyelidikan mencari di mana wujudnya Karajan lama samada Bajung Atan Bajang yang dikatakan adalah usual Hang Tuah yang pada masa itu bernama Daeng Mempawah. Sila baca Sulalatus Salatin.

    ReplyDelete