ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 3 June 2020

WHAT WILL I DO WITHOUT YOU

Kredit: Abdul Rahim Hilmi Zakariya  - FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Saya terbaca beberapa hantaran yang menyamakan hak istimewa Melayu dengan amalan perkauman di US yang menyaksikan seorang warga kulit hitam dibunuh polis kulit putih baru-baru ini
Saya asalnya kurang tertarik sehinggalah apabila nama Almarhum Tun Dr Ismail diheret sekali. Kononnya jika almarhum masih hidup, dia akan bersama dengan blok politik liberal hari ini yang memperjuangkan kesaksamaan kaum. Benarkah begitu?
Inilah kisah singkat Tun Dr Ismail (TDI)
TDI dianggap sebagai 'the third man' dalam politik Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Sesetengah memanggilnya sebagai "The Best PM we never have". Beliau juga adalah Duta Malaysia pertama ke Amerika dengan taraf Menteri.
Jadi jika ada yang nak pertikai lantikan TGHH sebagai Duta bertaraf menteri dengan alasan mengulangi perbuatan zaman kerajaan DSN, maka eloklah baca sejarah. Benda ini dah dibuat sejak merdeka.
Selain itu, Tun Dr Ismail juga menggalas tanggungjawab sebagai ketua delegasi Malaysia ke PBB. Beliau adalah orang pertama yang dibenarkan memasuki Dewan Perhimpunan Agung PBB dengan membawa senjata - keris.
Ya, keris adalah senjata pertama yang memasuki dewan utama diplomasi negara-negara di dunia.
Fast forward, beliau kemudiannya menyertai kabinet dan meletak jawatan beberapa tahun sebelum Tragedi 13 Mei.
Apabila peristiwa berdarah itu berlaku, maka Tunku telah memanggil semula TDI bagi menyelesaikan krisis berkenaan.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas (kemudiannya menjadi Exco kerajaan PAS Terengganu 1999-2004) bercerita bagaimana beliau dipanggil oleh Tun Razak ke kediaman Tunku bagi turut sama menyertai perbincangan dengan jemaah menteri.
Ketika itulah TDI memasuki rumah Tunku dan memberi amaran kepada semua yang ada supaya jangan menggantung perlembagaan selama-lamanya. Kata TDI, "Jika tidak, kalian semua akan menjadi seperti kudeta lain - mati ditembak seorang demi seorang" [1]
Disebabkan amaran itulah maka perbincangan bertukar kepada pengisytiharan darurat dan penubuhan MAGERAN dipercepatkan supaya parlimen dapat bersidang sesegera mungkin.
TDI kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAGERAN dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri. Disebabkan Tun Razak ini seorang yang mempunyai diplomasi tinggi, maka beliau berusaha untuk mengharmonikan semula UMNO dan memanggil watak muda ultra Melayu Tun Dr Mahathir bagi menyertai semula parti.
Langkah Tun Razak ini terhalang 2 kali. Tengku Razaleigh Hamzah bercerita bahawa TDI lah orang yang bertanggungjawab menghalang Tun Dr Mahathir daripada memasuki UMNO semula. TDI jugalah orang yang bertanggungjawab sehingga Dr Mahathir dipecat bagi kali pertama selepas Tragedi 13 Mei. [2]
Ia mungkin berlaku disebabkan oleh ideologi dan prinsip ketika itu. TDI adalah seorang yang sangat terbuka dan mempunyai reputasi baik di kalangan kaum bukan Melayu. Bukan Melayu kurang selesa dengan Tun Razak yang konservatif tetapi menganggap TDI sebagai pemimpin semua kaum.
Tetapi apa yang ramai kurang tahu adalah TDI merupakan antara tonggak utama kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bagi TDI, dasar afirmatif yang memihak bumiputera adalah sepertimana konsep 'handikap' dalam permainan golf (TDI adalah pemain golf tegar). Handikap hanya boleh 'dibuang' apabila pemain tersebut telah mencapai tahap tertentu dalam permainannya.
Apabila ditanya bila, maka TDI menjawab "Biarlah Melayu sendiri menentukan bila saatnya mereka bersedia". [3]
Dasar-dasar afirmatif bagi menyeimbangkan ekonomi setiap kaum sebenarnya hanya bermula selepas DEB. Ia tidak berlaku antara 1957-1970 yang menyebabkan ekuiti bumiputera hanyalah sekitar 2% pada penghujung pentadbiran Tunku Abdul Rahman.
TDI juga sangat anti kepada Pilihanraya Kerajaan Tempatan (PKT). Jika semua masih ingat, punca tumbangnya Pakatan Rakyat adalah apabila DAP mula berkeras bagi melaksanakan PKT di negeri mereka. Tindakan ini dibantah PAS kerana selain isu tersebut tiada dalam persetujuan bersama, ia juga akan menyebabkan monopoli satu kaum di kawasan bandar.
Punca PR jatuh bukan hudud. Hudud ni dah lama ada. Ia menjadi alasan sahaja supaya semua orang nampak DAP ni baik.
Alasan penolakan TGHH/PAS ketika itu sebenarnya sama sahaja dengan alasan Tun Dr Ismail. TDI lah orang yang bertanggungjawab sehingga pilihanraya kerajaan tempatan akhirnya dibatalkan pada tahun 1973 dan berkubur sehingga ke hari ini.
TDI dan Tun Razak mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Ada beberapa peristiwa yang menunjukkan 'bromance' antara kedua tokoh ini.
Pertama, TDI adalah salah seorang daripada dua individu yang mengetahui penyakit leukimia Tun Razak. Seorang lagi adalah doktor peribadinya, Dr McPherson. Tiada orang lain yang tahu termasuk isterinya Tun Rahah [4]
Kedua, Tun Razak acap kali terpaksa memanjangkan mesyuarat bagi memuaskan hati TDI. TDI adalah seorang yang sangat teliti dan Tun Razak tidak akan menghentikan mesyuarat sehingga beliau dan TDI mencapai kata sepakat [3]
TDI meninggal dunia secara mengejut pada 2 Ogos 1973 kerana sakit jantung. Ketika itu Tun Razak sedang berada di luar negara atas urusan kerja
Kabinet ketika itu bersetuju agar TDI dikebumikan di laman Masjid Negara. Tun Razak tidak bersetuju dan mahukan makam sahabatnya ini dibuat di dalam masjid. Oleh itu lantai masjid (batu marmar) terpaksa dipecahkan dan pengebumian terlewat beberapa jam [5]
Ketika itulah Tun Razak tiba dan merintih bertanya kepada mereka yang ada di sekelilingnya,
"What will I do now without Ismail?"...
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:
[1] The Reluctant Politician, Ooi Kee Beng, 2007, Kata Pengantar
[2] The Reluctant Politician, Ooi Kee Beng, 2007, ms 206
[5] Tun Abdul Razak: Potret Dalam Kenangan, ms 249
CNP from FB : 3 June 2020 / 11 Syawal 1441H : 11.16 am

No comments:

Post a Comment