ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 27 June 2020

Sejarah Nokia sangat unik.


Apa kaitan dengan umat Islam.
Mari hayati tajuk ini

TRANSKRIPSI VIDEO
PENGAJARAN TERHADAP UMAT ISLAM DISEBALIK KEJATUHAN NOKIA.
▪️Dua sebab utama kegagalan Nokia, yang boleh menjadi pengajaran kepada kita sebagai umat Islam.
▪️Nokia telah pun wujud sejak tahun 1865 dan pernah menjadi gergasi dalam industri telefon bimbit suatu masa dulu.
▪️Namun kini Nokia telah hilang entah kemana. Nokia pernah menguasai 25 peratus pasaran telefon bimbit dunia dan 70 peratus pasaran Asia.
▪️Namun kini, Nokia sudah tidak lagi memiliki penguasaan tersebut. Ada dua faktor yang menggagalkan Nokia.
▪️Faktor pertama. Nokia gagal untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.Mereka gagal membaca perubahan yang sedang berlaku di dalam pasaran. Bahkan mereka enggan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan.
▪️Pada akhir tahun 2010 berlaku kemunculan IOS dan Android. Kebanyakkan syarikat telefon bimbit yang muncul ketika itu mereka memakai Android sebagai sistem operasi mereka. Tetapi Nokia masih berdegil untuk kekal dengan Symbian.
▪️Nokia masih sibuk memfokuskan usaha mereka kepada pengeluaran hardware. Sedangkan dunia ketika itu lebih berfokuskan kepada software. Kemunculan IOS menyebabkan Nokia makin ketinggalan ke belakang. Itulah kesilapan pertama mereka. Gagal menyesuaikan diri dengan dengan permintaan dan perubahan semasa.
▪️Faktor kedua kegagalan Nokia adalah memilih perisian yang salah untuk menggantikan symbian. Setelah Stephen Elop menjadi CEO Nokia, beliau cuba memperbaiki kesilapan yang sudah terjadi. Mereka menggantikan symbian dengan Windows sebagai perisian terbaru mereka. Walaupun pada asalnya mereka bersetuju untuk mengambil Android.
▪️Inilah kesilapan kedua yang membunuh terus kebangkitan Nokia. Niat mereka memakai Windows untuk menjadi lebih unik dari android dan IOS.
▪️Tetapi Malangnya Windows masih belum mampu menjadi perisian yang terbaik untuk telefon bimbit.
▪️Ketika banyak aplikasi yang boleh diisi di Android dan juga IOS, tetapi Nokia terperangkap dengan Windows yang belum memiliki ekosistem aplikasi yang baik.
▪️Inilah Mengapa Nokia yang suatu masa dulu merupakan Gergasi pengeluar telefon bimbit berpengaruh, hilang daripada dunia.
▪️Dua perkara kegagalan ini, apabila dibuat oleh umat Islam pasti akan terjadi seumpama Nokia.
▪️Pertama bila umat Islam enggan berubah bersesuaian dengan kontak semasa. Menjadi pengisi kepada dunia hari ini. Pasti umat Islam tidak lagi dipandang sebagai umat terbaik.
▪️Kedua jika umat Islam mahu berubah tetapi perubahan itu tidak signifikan dengan keadaan dan realiti, yang jauh daripada keperluan semasa Umat.
▪️Pasti Islam juga tidak akan berjaya menjadi pengaruh kepada dunia. Jangan biarkan Islam dan umat Islam menjadi seumpama Nokia kerana enggan berubah dan salah membuat perubahan.
▪️Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
▪️Terima kasih kerana anda Share. Saya menghargai anda.
Copy and paste : 27 June 2020 / 5 Zulkaedah 1441H : 11.01 am

No comments:

Post a Comment