ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 17 June 2020

KENALI TOKOH-TOKOH TAFSIR AL QURAN YANG TERULUNG

Tokoh-tokoh pentafsir Al-Quran dalam kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w :
  1. Abu Bakar as-Siddiq r.a.
  2. Umar al-Khattab r.a.
  3. Uthman bin Affan r.a.
  4. Ali bin Abi Talib r.a.
  5. Abdullah bin Mas'ud r.a.
  6. Abdullah bin Abbas r.a.
  7. Ubai bin Ka'ab r.a.
  8. Zaid bin Thabit r.a.
  9. Abu Musa al-Asy'ari r.a.
  10. Abdullah bin Zubair r.a.
Dikalangan ulama-ulama Tabiin:
  1. Abdullah bin Abbas di Makkah
  2. Imam Sa'id bin Jubair
  3. Mujahid
  4. Ikrimah
  5. Thawus bin kaisan al-Yamani
  6. 'Atha bin Abu Rabah
Dikalangan anak -anak murid Ubai bin Ka'ab:
  1. Imam Zaid bin Aslam
  2. Abu al-'Aliyah
  3. Muhammad bin Ka'ab al-Qurazi
Dikalangan anak-anak murid Abdullah bin Mas'ud:
  1. Imam 'Alqamah bin Qais
  2. Masruq
  3. Al-Aswad bin Yazid
  4. Amir as-Sya'bi
  5. al-Hasan al-Basri
  6. Qatadah
Pada abad kedua Hijrah, usaha ke arah pembukuan Al-Quran bermula. Sebahagian ulama mula membukukan tafsir Al-Quran yang direkodkan daripada Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para tabiin. 
Antara ulama-ulama yang terkenal ketika itu ialah:
  1. Harun as-Sulami 
  2. Syu'bah bin al-Hajjaj
  3. Waqi bin al-Jarrah
  4. Sufyan bin 'Uyainah
  5. Abdul Razak bin Hammam
Ulama terkemudian yang telah menulis dan menyusun Ilmu Tafsir Al-Quran dengan lebih sempurna dan lengkap adalah :

1. Imam Muhammad bin Jarir at-Tabari
  • meninggal dunia pada 310 H
  • Tafsir beliau yang bertajuk Jamik Al-Bayan fi Tasir Al-Quran juga dikenali sebagai Tafsir At-Tabari.
2. Imam Abu-Laith as-Samarqandi
  • meninggal dunia pada tahun 373H
  • Tafsir beliau bertajuk Bahr Al-Ulum juga dikenali sebagai Tafsir As-Samarqandi.
3. Imam Ahmad bin Ibrahim At-Tha'labi
  • meninggal dunia pada tahun 383H
  • Tafsir karangan beliau bertajuk Al-Kasyfu wa Al-Bayan 'an-Tafsir Al-Quran juga dikenali sebagai Tafsir At-Tha'labi.
4. Imam Hassan bin Mas'ud al-Baghawi
  • meninggal dunia pada tahun 510 H.
  • mengarang kitab Ma'alim At-Tanzil dikenali juga sebagai Tafsir Al-Baghawi.
5. Imam Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi
  • meninggal dunia pada tahun 671 H
  • Ulama bumi Andalusia (Sepanyol) terkenal dengan kitab tafsirnya Al-Jamik li ahkam Al-Quran juga dikenali sebagai Tafsir Al-Qurtubi
6. Imam Ismail bin Omar Ibn Kathir
  • meninggal dunia pada tahun 774 H
  • Kitab Tafsir beliau bertajuk Tafsir Al-Quran Al-Azim, antara kitab Tafsir Al-Quran yang terunggul dalam dunia Islam. Kitab ini juga dikenali sebagai Tafsir Ibn Kathir.
7. Imam Jalaluddin as-Sayuti
  • meninggal dunia pada tahun 911 H
  • Kitab tafsir beliau bertajuk Ad-Durr Al-Manthur fi At-Tafsir bil Ma'thur dikenali juga sebagai Tafsir As-Sayuti. 

17/6/2020 : 25 Syawal 1441H : 3.22 pm

No comments:

Post a Comment