ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 15 June 2020

4 KAEDAH KENAL PASTI 'PENYAKIT' HATI

Hati adah kerajaan manusia.  Itu yg sering diungkapkan para ilmuan SUFI mengenai peri petingnya menjaga hati memandangkan ia memberi kesan kepada keseluruhan tubuh badan.
Junjungan besar kita , Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yg bermaksud :  "Ketahuilah bahawa dalam jasad menusia ada segumpal daging , jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika ia rosak,  akan rosaklan jasad keseluruhannya .
Ketahuilah ,  segumpal daging yg dimaksudkan adalah hati."
( Riwayat Imam Al-Bukhari )
Menerusi ungkapan hadis itu ,  secara dasarnya dapat kita fahami bahawa perjalanan diri manusia bergantung kepada hatinya dan setiap daripada kita wajar melihat semula setiap perbuatan sepanjang berada di dunia ini.
Penyucian hati ini adalah suatu proses ke arah kebaikan selain menginsafi sebarang perbuatan buruk atau dosa seperti prasangka dengan manusia lain,  iri hati ,  takbur dalam ibadah dan bermacam lagi penyakit hati .
Kitab karangan HUJJATUL Islam ,  Imam Al-Ghazali iaitu IHYA' ULUMUDDIN menyatakan secara jelas mengenai empat kaedah mengenai pasti penyakit hati.
Empat kaedah berkenaan adalah daripada guru yg boleh  melihat kekurangan serta kelemahan jiwa seseorang ,  keduanya daripada sahabat yg tinggi akhlak.

Ketiganya adalah daripada kritikan musuh seseorang terhadap dirinya dan terakhir daripada pemerhatian kita dalam diri orang lain.
Hati yg dimaksudkan ini bukan hati zahir yg dapat dilihat mata kasar yg berada di dalam tubuh manusia bersebelahan jantung seseorang , terapi hati ini membawa maksud kepada kewujudan yg dapat dirasai perasaan dalaman kita seperti tenang , cemburu ,  resah , takut dan sebagainya.
Menerusi al-Quran dan sunnah Nabi SAW ,  Ilmuan Islam menggariskan kepada tiga jenis .
Pertama ,  hati yg bersih serta selamat iaitu 'QLBUN SALIM' yang mana ia adalah hati orang mukmin yg taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya dan sentiasa mencari keredaan Allah SWT tanpa mengira masa serta tempat.
Hati jenis ini diterangkan sebagai bersih sepenuhnya daripada kufur serta syirik dan segala jenis permasalahan hati dan ini matlamat setiap individu beragama Islam untuk memenuhi ruang hati yg bersih .
Memetik firman Allah SWT daripada Al-Quran bermaksud :  "Iaitu pada hari ( ketika ) harta dan anak-anak tidak berguna ,  Kecuali orang-orang yg menghadap Allah SWT dengan hati yg bersih ( Surah Al-Syu'ara' Juzuk 19 ,  ayat 88-89 ) .
Firman Allah SWT itu jelas menunjukkan bahawa hati yang bersih ,  hati yg mencapai QALBUN SALIM pastinya selamat di akherat kelak dan ia adalah matlamat setiap Muslim untuk mempunyai hati seumpama itu.


Kedua ,  hati yg sudah mati iaitu hati orang kafir dan munafik .  Hati ini tidak mengenal Allah SWT , tidak beriman kepada-Nya dan tidak menyembah-Nya .
Hati ini disifatkan yg paling keji di sisi Allah SWT sejajar dengan firman Allah SWT yg bermaksud :  "Sesungguhnya mahluk yg paling buruk pada pandangan Allah SWT ialah orang-orang kafir kerana mereka tidak beriman."
( Surah Al-Anfal Juzuk 9 , ayat 55 ).

Ketiganya adalah hati yg sakit iaitu hati orang beriman yg fasik.  Berdasarkan penerangan ulama menjelaskan hati ini bebas daripada kufur , tetapi masih terperangkap dengan penyakit hati atau masih tersisa sedikit penyakit hati seperti RIYA' , UJUB,  SUM'AH , cintakan dunia , sombong dan sebagainya .

Copy and paste : Whatsapp Group Geng Sungai Siput
15 June 2020 / 23 Syawal 1441H: 4.10 am

No comments:

Post a Comment