ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 13 April 2020

UNTUK MEREKA YANG SUKA MENGKAJI SEJARAH

Oleh TokCu - Cari Gold Forum


Mengkaji sejarah Melayu adalah sesuatu yang rumit kerana perjalanan urutan peristiwanya terputus-putus. Kemudian terdapat pula banyak mitos-mitos tertentu yang sukar untuk diterima oleh akal. Sejarah Melayu pula banyak bergantung kepada sumber luar negara khususnya Barat.
Keadaan yang demikian menyebabkan generasi sekarang malas untuk mengambil tahu tentang sejarah asal orang Melayu. Sebagai alternative, mereka lebih gemar mengambil tahu percaturan politik yang kadang kala menghiburkan. Tanpa sedar bahawa berpolitik tanpa mengenal sejarah bansa adalah sesuatu yang sangat bahaya.
Terdapat juga golongan yang dahagakan sejarah, tetapi berasa hampa kerana pihak berwajib tidak mengambil berat untuk mengkaji secara mendalam keseluruhan sejarah bengsa Melayu. Kerajaan pula hanya memilih subjek-subjek atau artifak tertentu sahaja untuk dijadikan kajian.
Kajian universiti pula hanya untuk dijadikan pelengkap tesis semata-mata tanpa dibuka kepada masyarakat umum hasil kajian mereka. Inilah yang menyebabkan terdapat kumpulan atau individu tertentu yang mengambil inisiatif sendiri untuk membuat kajian. Sesetengahnya pula telah membuka laman blog sendiri untuk mengemukakan hasil kajian atau pengalaman mereka menjejaki sejarah silam.
Berikut ialah pendapat peribadi penulis setelah membaca blog sejarah tertentu:


Penulis blog ini adalah seorang individu yang misteri. Mungkin terdapat lebih dari seorang yang menggerak kajian terhadap bangsa Melayu ini.
Didapati bahawa blog ini telah mengkaji peranan Yahudi dalam melemahkan bangsa-bangsa lain di dunia. Di samping itu penulis blog berkenaan telah cuba mengaitkan agenda-agenda tertentu dengan apa yang telah berlaku terhadap bangsa Melayu berdasarkan sejarah sehinggalah ke saat sekarang.
Blog mistisfiles blogspot cuba mengajak bangsa Melayu berfikir dari luar kotak dan dalam masa yang sama cuba menanam semangat jatidiri terhadap orang Melayu.


Blog riwatmelayu blogspot dan halamansrikandi blogspot adalah ditulis oleh orang yang sama. Cara penulisannya adalah santai seperti membaca sebuah novel. Mungkin kerana pemiliknya adalah seorang wanita yang menyebabkan menulisan menarik untuk dihayati.
Aliran pemikiran serta kesedaran terhadap bangsa adalah sama seperti penulis mistisfiles blogspot. Terdapat sebahagian tulisannya telah disiarkan ke dalam blog mistisfiles. Bagaimana pun kajian penulis ini banyak berdasarkan manuskrip lama serta prsasti-prasasti kerajaan Melayu purba ribuan tahun dahulu. Inilah kelebihan yang ada pada penulis blog ini. Sumber tersebut itulah yang dikatakan bukti sejarah, yang selama ini jarang ditonjolkan ke dalam masyarakat, atau pun bukti sejarah yang terpendam.

Penulis yang menggelarkan dirinya Srikandi itu telah mengajak bangsa Melayu berfikir serta sedar bahawa banyak sejarah telah digelapkan atau cuba dilupuskan oleh pihak-pihak tertentu. Beliau cuba mengingatkan bangsa Melayu supaya tidak mudah ditipu dan terus ditipu untuk menidakkan keupayaan bangsa asal yang meneroka Nusantara ini.


Blogger merahsilu ini adalah seorang penulis buku berunsur sejarah yang juga seorang professional bukan dalam bidang sejarah serta berkelulusan dari university luar negara. Beliau bersama keluarga telah mengabdikan diri terhadap sejarah, merantau bersama-sama ke seluruh pelusuk tanah air termasuk Indonesia. Disamping itu juga beliau adalah ahli persatuan sejarah, yang mana semua catatannya mempunyai rujukan sahih.
Walaupun catatan blog beliau menceritakan hampir keseluruhan sejarah tanahair, beliau lebih condong dalam mengkaji sejarah Acheh serta kaitannya dengan Kesultanan Perak lama. Mungkin juga beliau berdarah Acheh yang mendorongnya mengkaji sejarah yang dipandang sepi oleh sesetengah pihak.
Membaca blog merahsilu tidaklah membosankan kerana penceritaan adalah santai kerana diselitkan kisah pengalaman pengembaraan beliau sekeluarga. Penyampaian serta maksudnya pula mudah dihayati.


Penulis blog ini menggelarkan dirinya Syeikh Kerutuk. Latar belakangnyaadalah tidak jelas.
Catatan blog tabutjawi banyak menceritakan keturunan keluarga pendakwah Arab yang datang ke Tanah Melayu serta misi dakwah keluarga mereka ke seluruh Nusantara. Penulisnya suka menerangkan perjalanan sejarah di samping salasilah keturunan keluarga pendakwah Arab tersebut. Setakat penulisan ini, penulis blog tabutjawi itu tidak menonjolkan diri sebagai pewaris atau keturunan walaupun penulisannya begitu memuliakan keturunan Sayyid Hussein Jamadil Kubra. Itulah sedikit perbezaan penulisannya berbanding blog lain yang suka menonjol diri dengan berbagai dakwaan.
Penyampaian tabutjawi adalah sederhana, boleh dikatakan terdapat keseimbangan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu serta memupuk semangat cintakan agama Islam dalam bernegara.


Penulis blog ini banyak menceritakan sejarah lama tetapi bercampur aduk dengan pemahaman politik. Bagaimana pun banyak perkara yang boleh dijadikan kajian untuk kesedaran bahawa sejarah telah banyak perubahan kepada tamadun dan kehidupan manusia.

Banyak lagi blog sejarah seperti http://ibnurusydi.blogspot.com dan sebagainya yang menjadi bacaan penulis. Penyampaian sejarah mereka adalah seiring antara satu sama lain serta tidak bertentangan dengan pembacaan penulis dari sumber ilmiah yang lain. Sekurang-kurangnya dengan membaca blog mereka minda kita akan terbuka daripada dikunci pengetahuan sejarah banagsa sendiri oleh pihak lain.



Copy and paste: 13/4/2020@  20 Syaaban 1441H : 10.15 pm

No comments:

Post a Comment