ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 9 April 2020

HIMPUNAN HADITH DAN KISAH PALSU YANG TERLALU DHAIF TETAPI MASIH POPULAR BERLEGAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Oleh : Hamzani Bin Ismail

#Hadith-1 "Malaikat Maut ziarah manusia 70 kali sehari"

✓Ibnu Iraq al-Kinani : Palsu (Tanzih al-Syariah al-Marfu'ah al-Akhbar al-Syani'ah al-Maudhu'ah, 2/375)

Rujukan : Irsyad al-Hadith siri ke-40(PMWP)

#Hadith-2 "Bercakap hal keduniaan di dalam masjid membatalkan amalan 40 tahun"

✓Al-Saghani : Palsu (al-Maudhu'at al-Saghani, No.39)
✓Al-Qari : Bathil (al-Kasyf al-Khafa', 2/240)

Rujukan : 
- Irsyad al-Hadith siri ke-65
- al-Kafi #1072
- Hadith palsu dan dhaif popular dalam masyarakat Melayu (Dr.Rozaimi Ramle)

#Hadith-3 "Pertengahan Ramadhan akan berlaku bencana"

✓Al-Uqailiy : Bukan dalam kalangan perawi yg Thiqah(terpercaya). Abdul Wahid bin Sulaim, perawi yang majhul(tidak dikenali) (al-Dhu'afa' al-Kabir, 208/5)
✓Al-Hakim : Hadith ini ganjil pada matannya. Maslamah perawi yang tidak boleh dijadikan hujah. (Al-Mustadrak, 563/4)
✓Ibnu Jauzi : Palsu (al-Maudhu'at, 190/3)
✓Ibnu Qayyim Al-Jauzi : Dalam hadith-hadith masa depan yang tidak sahih (al-Manar al-Munif, No.91)

Rujukan :
-Irsyad al-Hadith siri ke-274
-الموسوعة الحديثية

#Hadith-4 "Wudhu' dapat mencegah wabak"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : 'Tidak jumpa hadith tersebut, yang seakan-akan sama atau menepati hadith itu tidak ada'. Telah disemak di dalam kitab muktabar Imam at-Thabarani seperti Mu'jam al-Kabir, Mu'jam al-Saghir & Mu'jam al-Awsath.
✓Dr.Rozaime Ramle : Saya tidak menjumpai hadith tersebut. Jika terjumpa lafaz Arabnya, kongsikan, saya mahu menilai sanadnya.

Rujukan :
-Irsyad al-Hadith siri ke-269
-Facebook Page Official : Dr.Ustaz Rozaimi Ramle.

#Hadith-5 "Penghafal al-Quran mampu memberi manfaat kepada 10 orang ahli keluarganya"

✓Imam at-Tirmidzi : Hadith ini gharib. Tidak diketahui jalurnya melainkan yang ini. Hafs bin Sulaiman didhaifkan dalam meriwayatkan hadith (Sunan at-Tirmidzi)
✓Imam al-Baihaqi : Hafs bin Sulaiman bersendiri (tafarrud) dalam meriwayatkan hadith ini. Dia juga didhaifkan dalam meriwayatkan hadith.(Syu'ab al-Iman, 2/804)
✓Al-Mubarakfuri : Hafs bin Sulaiman seorang perawi yang matrik (ditinggalkan) dalam meriwayatkan hadith.(Tuhfah al-Awzi, 7/323)
✓Syeikh al-Albani : Terlalu Dhaif (Dhaif at-Tirmidzi, No.2905)

#Hadith-6 "Sebarkan kedatangan awal bulan Islam" (Setiap bulan Islam)

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Hadith palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar.

Rujukan : Irsyad al-Hadith siri ke-350

#Hadith-7 "Ucapan terakhir Rasulullah SAW adalah Ummati?"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : 'Tidak benar sama sekali. Kami tidak menemui sumbernya yang asli'

Nota : Perkataan terakhir Rasulullah SAW adalah 'اللهم الرفيق الأعلى' (Ya Allah, kekasih yang tertinggi). 
[HR Bukhari,No.4463,No.6348,No.6509 & Muslim, No.2444]

Rujukan : Irsyad al-Hadith siri ke-311

#Hadith-8 "Kisah Ukasyah ingin memukul Rasulullah SAW"

✓Ibn Jauzi : Hadith Palsu.(al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 310/1)
✓Ibn Hajar Al-Haitami : Abdul Mun'Im bin Idris adalah pemalsu hadith (Majma' al-Zawa'id, 31/9)
✓As-Suyuthi : Hadith & kisah palsu (al-La'aali al-Masnu'ah, 257/1)
✓Ibn Iraq al-Kinani : Abdul Mun'im adalah seorang pendusta(Tanzih al-Syariah, 331/1)
✓Imam Syaukani : Hadith ini dirosakkan oleh Abdul Mun'im bin Idris (al-Fawa'id al-Majmu'ah, No.324)

Rujukan : 
Irsyad al-Hadith siri ke-295
Hadith palsu dan dhaif popular dalam kalangan masyarakat Melayu
مداد المشرف والمؤسس : يعد بن ريد آل محمد

#Hadith-9 "Hadith campur makanan laut dan darat"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Tidak terdapat ayat Al-Quran atau hadith yang melarang mencampurkan makanan laut dan darat ketiak makan.

Nota : Jika ada larangan dari sudut sains, mungkin diterima. Namun, mengatakannya hadith adalah pendustaan yang amat jahat.

Rujukan : Irsyad al-Hadith siri ke-247

#Hadith-10 "Malaikat maut minta izin cabut nyawa Rasulullah SAW"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Tidak diketahui asal usulnya di dalam kitab-kitab yang muktabar walaupun dinukilkan di dalam kitab-kitab yang muktabar selepasnya.
✓Ibn Jauzi : Palsu (al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 2/30)
✓Al-Haithami : Palsu, di dalam sanadya terdapat Abdul Mun'im bin Idris, dia pendusta(Majmu' al-Zawa'id, 9/29)

Rujukan : 
Irsyad al-Hadith siri ke-441
الموسوعة الحديثية

#Hadith 11 "Solat Dhuha dapat pahala 70 orang para Nabi"

✓Ibnu Qayyim al-Jauzi : Hadith Palsu. 'Pendusta yang keji ini tidak tahu bahawa selain nabi sekalipun bersolat selama umur nabi Nuh AS, ia tidak akan diberikan pahala setanding seorang Nabi pun'(al-Manar al-Munif)

Rujukan : 
*40 hadith palsu dan lemah popular (A.Razak A.Muthalib)
*KARUT!

#Hadith 12 "Perselisihan Umatku, suatu Rahmat"

✓Mulla Ali Al-Qari : Tiada asal(al-Asrar al-Marfu'ah, 108)
✓Al-Albani : 
• Tiada sanadnya (Bidayatul al-Sul, 19)
• Tidak sahih (Islah al-Masajid, 14)
• Bathil (Sifat as-Solah, 58) & (Silsilah ad-Dhaifah)
✓Ibn Uthaimin : 
• Tidak sahih (Syarah al-Bukhari li'ibnu Uthaimin, 8/256)
• Tidak sihat padanya(cacat) (Tafsir al-Fatihah wa al-Baqarah, 2/272)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-252
• KARUT!
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 13 "Jihad terbesar, Jihad melawan Hawa Nafsu?"

✓al-Baihaqi : Sanadnya dhaif (al-Zuhd al-Kabir, 1/165)
✓al-Iraqi : Dhaif (Takhrij al-Ihya', 2/6)
✓Ibn Rejab : Sanadnya dhaif (Jami' al-Ulum wa al-Hikam, 1/489)
✓al-Zaila'iy : Terlalu gharib (Takhrij al-Kasyaf, 2/396)
✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Bukan Hadith berdasarkan pendapat Ibnu Hajar. Al-'Ajlouniy nukil pendapat Ibnu Hajar bahawa hadith ini masyhur pada lidah manusia, ia perkataan Ibrahim bin Abi 'Ublah bukan Nabi SAW' 
(Kasyaf al-Khafa', 1/425)
✓Mulla Ali al-Qari : Tiada asal (Al-Asrar al-Marfu'ah, 211)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-20
• BinBaz.org.sa/Fatwa (Majmu'al-Fatawa Ibn Baz)
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 14 "Siapa yang mengenali dirinya, maka dia mengenali Tuhannya"

✓al-Saghani : Bukan daripada Rasulullah (al-Maudhu'at al-Saghani, 35)
✓al-Suyuthi : Bathil & Tidak Sahih (Tadrib al-Rawi, 2/167)
✓al-Zurqani : Bukan Hadith (Mukhtasar al-Maqasid, 1052)
✓Mulla Ali al-Qari : Tiada asal baginya (al-Asrar al-Marfu'ah, 337)
✓Ibnu Taimiyah : Bukan kalam Nabi SAW (Majmu' al-Fatawa, 16/349)

Rujukan : 
• Irsyad al-Hadith siri ke-102
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 15 : "Yasin hati Al-Quran"

✓Al-Albani : Palsu (Silsilah ad-Dhaifah, 169)
✓Ibn Baz : Tiada asal baginya (Majmu' al-Fatawa)
✓An-Nasa'ie : Muqatil bin Sulaiman sering berdusta (Mizanul 'Itidal, 4/173)
✓ Abu Hatim Al-Razi : Muqatil yang dimaksudkan ialah Muqatil bin Sulaiman. Aku melihat hadith ini di awal kitab dan disusun oleh Muqatil bin Sulaiman. Maka hadith ini Bathil & tiada asalnya (al-'Ilal, 4/578)

Rujukan :
• Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM)
• الموسوعة الحديثية
• الإسلا سؤال وجواب

#Hadith 16 "Berfikir satu saat lebih baik daripada beribadah 60 tahun/70 tahun"

✓Ibnu Jauzi : Tidak sahih, pada sanadnya terdapat Ishaq bin Najih, dia seorang pendusta (al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 3/386)
✓Al-Syaukani : Pada sanadnya terdapat pendusta (Fawaid al-Majmu', 242)

Rujukan :
• Konsultasi Syariah.com
• الموسوعة الحديثية
• الإسلا سؤال وجواب

#Hadith 17 "Sekiranya bukan kerana Muhammad, Aku tidak ciptakan Adam"

✓Al-Albani : Tiada asal (Silsilah ad-Dhaifah, 280)
✓Ibn Baz : Palsu (Majmu'al-Fatawa Ibn Baz, 26/327)
✓Ibn Taimiyah : 
• Tidak sahih (Majmu' al-Fatawa, 96-110/86)
• Padanya terdapat Abdul Rahman bin Aslam, seorang yang dhaif dengan persetujuan mereka (ulama hadith), kesilapan yang banyak. (tawasul, 166(ص))
✓Al-Baihaqi : Abdul Rahman bin Ziyad bin Aslam, dia dhaif (Dilal an-Nubuwah, 5/489)

Rujukan :
• الموسوعة الحديثية
• الإسلا سؤال وجواب

#Hadith 18 "Tidur selepas subuh, menghalang rezeki"

✓Al-Albani : 
• Dhaif (Dhaif Al-Jami', 1484)
• Dhaif Jiddan (Silsilah ad-Dhaifah, 3019)
✓Ibn 'Adiy : Lelaki ini (Ibn Abi Farwah) bercampur dengan bapanya (Abi Farwah) dalam Sanad ini, dna hadith ini tidak diketahui melainkan ini (al-Kamil, 1/327)
✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Tidak ada Nas yang jelas melarang tidur selepas subuh.
Nota : "Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah - Matruk (Yang ditinggalkan dalam meriwayatkan hadith)
• Ali al-Madini : Munkarul Hadith
• Abu Hatim Al-Razi & An-Nasaie : Matruk

Rujukan : 
• Irsyad al-Hadith siri ke-149
• ملتق أهل الحديث

#Hadith 19 "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"

✓Ibnu Jauzi : Palsu (al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 124/2)
✓Ibn Hajar Al-Asqalani : Bathil (Tabyin al-'Ajab, 14)
✓Ibn Iraq al-Kinani : Palsu (Tanzih al-Syariah, 90/2)
✓Al-Syaukani : Palsu (Al-Fawaid al-Majmu'ah, 47)
✓Mulla Ali al-Qari : Palsu (al-Asrar al-Marfu'ah, 460)
✓Az-Dzahabi : Palsu (Tarikh al-Islami, 28/351)
✓Ibn Qayyim al-Jauzi : Palsu (Al-Manar al-Munif, 76)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-207
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 20 "Hadith kelebihan solat sunat Terawih setiap malam"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Palsu atas nama Nabi SAW & Sahabat Nabi SAW iaitu Ali bin Abu Talib.

Nota :
• Ibn Qayyim al-Jauzi : 'Antara ciri hadith palsu terdapat, unsur :
(i) Berlebihan dalam menetapkan pahala & dosa.
(ii) Perkara kecil, letak hukuman @ ganjaran yang besar dan tidak munasabah (al-Manar al-Munif, 51)

Rujukan : 
• Irsyad al-Hadith siri ke-86
• Hadith-hadith palsu dan dhaif popular dalam masyarakat Melayu

#Hadith 21 "Mayat menjadi berat jika baring ketika azan"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Tiada hadith yang mengatakan sedemikian. Adapun hadith yang mengatakan mesti bangun apabila mendengar azan, ianya dihukum palsu kerana terdapat perawi yang bernama 'Al-Walid bin Salamah'. Dia seorang pendusta seperti yang dihukum oleh kebanyakan Ulama' al-Jarh wa al-Ta'dil & Ilal Hadith.

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-398

#Hadith 22 "Turunnya rahmat kerana orang Soleh"

✓Al-Iraqi : Tiada asal. Ia adalah ucapan Sufyan bin Uyainah. Ibnu Jauzi mengucapkannya di dalam Muqaddimah Safwah al-Safwah (al-Mughni 'An Hamil al-Asrar, 193/1)
✓Al-Fatani : Tiada asal (Tazkirah al-Maudhu'at, 193/1)
✓Mulla Ali al-Qari : Ibn Hajar kata hadith ini tiada asal (al-Asrar al-Marfu'ah, 153)
✓Al-Syaukani : Setuju dengan al-Iraqi & Ibnu Hajar Al-Asqalani bahawa hadith ini tiada asal (Al-Fawaid al-Majmu'ah, 254)
✓Al-Qawqaji : Tiada asal yang marfu' (Al-Lu'lu al-Marshu, 124/1)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-332
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 23 " Ramadhan awal rahmat, pertengahan pengampunan dan akhirnya perlepasan dari neraka"

✓Ibn 'Adiy : Pada sanadnya terdapat Maslamah bin al-Salt, dia tidak dikenali (Kamil ad-Dhuafa', 4/325)
✓Al-Uqailiy : Tiada asal (al-Dhu'afa' al-Kabir, 2/162)
✓ Ibn Hajar Al-Asqalani : Pada sanadnya terdapat Maslamah bin al-Salt. (Mizan al-'Itidal, 8/59)
✓Al-Albani : Terlalu Dhaif (Silsilah ad-Dhaifah, 2/263)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-82
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 24 "Doa awal & akhir tahun berasal daripada Nabi SAW?"

Nota : Tiada hadith berkenaan dengan doa ini. Merujuk kepada sejarah Islam, tahun Hijrah itu sendiri diperkenalkan oleh Umar al-Khattab pada era pemerintahan nya, pada zaman Rasulullah SAW tidak ditetukan bulan yang mana awal, pertengahan dan akhir sehingga menjadi tahun yang lengkap. Namun tidak menjadi masalah untuk berdoa, kerana bab doa kita diberi keluasan. Nabi SAW bersabda : Jika kamu ingin meminta, mintalah kepada Allah (HR Tizmidzi). Namun, menyandarkan nya daripada Nabi SAW, merupakan PERBUATAN YANG AMAT JAHAT.

#Hadith 25 "Kelebihan memotong kuku pada hari-hari tertentu"

✓ Ibnu Jauzi : Palsu (al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 3/53)
✓ Al-Syaukani : Palsu (al-Fawaid al-Majmu'ah, 197)
✓Al-Albani : Palsu (Silsilah ad-Dhaifah, No.1816)

Nota : 
• Al-Sakhawi : Hadith memotong kuku tidak Thabit (sahih) pada kaifiat (cara) & juga tidak ada pada menentukan hari-hari yang tertentu untuk melakukannya (memotong kuku) daripada Nabi SAW. (al-Maqasid al-Hasanah, 489)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-51
• الموسوعة الحديثية
• الاسلام ويب

#Hadith 26 "Cara-cara memotong kuku mengikut sunnah Nabi SAW?"

✓Al-Sakhawi : Hadith memotong kuku tidak Thabit(sahih) pada kaifiat nya(caranya). (al-Maqasid al-Hasanah, 489)
✓Ibn Hajar Al-Asqalani :
• Tidak Thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku suatu hadith pun (Fathul Bari, 10/345)
• Ibn Daqiq mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali & orang yang melakukannya. Katanya, 'semua itu tidak ada asalnya & mengatakan ia digalakkan, tidak terdapat dalilnya. (Fathul Bari, 10345)
Nota : 
• Sekiranya kita baru tahu, tidak menjadi masalah jika masih mengamalkan nya selagi mana kita tidak menyandarkan nya kepada Nabi SAW.

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-51
• Majlis Ulama' ISMA
• الاسلام ويب

#Hadith 27 "Tuntut lah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

✓Abdul Fattah Abu Ghuddah : Bukan hadith Rasulullah SAW. (Qimah al-Zaman, 30)
✓Ibn Baz : Dhaif, sebahagian Ulama' menyatakannya palsu. (Al-Fawaid al-'Alamiyyah Min Al-Durus al-Baziah, 6/113)
✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Bukan Hadith Nabi SAW.
✓الموسوعة الحديثية : لا أصل له

Rujukan : 
• Irsyad al-Hadith siri ke-23
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 28 "Kisah Umar al-Khattab membunuh anak perempuan nya"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Kisah ini palsu.

Nota : 
• Orang awam tersalah faham akan hadith sahih di dalam Musnad al-Bazzar & Majma' al-Zawa'id tentang kisah Umar al-Khattab. Umar al-Khattab menceritakan kisah 'Qais bin 'Ashim' yang berjumpa dengan Rasulullah SAW, lalu menyatakan dia pernah menanam anak perempuan nya hidup-hidup sewaktu jahiliyyah dahulu. Maka, yang membunuh anak perempuan itu sebenarnya Qais bin 'Ashim bukan Umar al-Khattab. Umar al-Khattab hanya menceritakan hadith tersebut sahaja. 

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-13
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 29 "Mengagungkan maulid, mendapat syafaat Rasulullah SAW?"

✓ Syed Alwi bin al-Hadad : 'Hadith-hadith yang tuan (Mustafti) sebutkan di atas adalah PALSU, Tidak Benar & Tidak Ada Asalnya (Fatwa Mufti Kerajaan Johor, m/s 342)
✓ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Hadith ini palsu dan tidak Thabit daripada Nabi SAW.
✓Ibn Jebreen : Hadith ini tidak sahih, tidak diriwayatkan di dalam mana-mana kitab hadith sahih dan Sunan, ia adalah satu penipuan. (Abdullah bin Abdul Rahman al-Jabirin (Ibn-Jebreen.com), 6019)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-3
• Fatwa Mufti Kerajaan Johor
• فتاوى ابن جبرين

#Hadith 30 "Kisah Bilal bermimpi berjumpa Rasulullah"

✓Ibn Abdul Hadi : Riwayat ini tidak sahih. Kisah ini gharib lagi mungkar. Padanya terdapat perawi yang majhul dana sanadnya terputus (al-Surim al-Munki, 237)
✓Az-Dzahabi : Riwayat yang mungkar (Siyar 'Alam an-Nubala', 1/358)
✓ Ibn Hajar Al-Asqalani : Jelas kepalsuan nya (Lisan al-Mizan, 1/108)
✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Kami cenderung mengatakan kisah ini tidak sahih, walaupun sebahagian Ulama' seperti al-Syaukani di dalam Nail Al-Awthar mengatakan ia Sahih.

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-447
• الموسوعة الحديثية
• مداد المشرف والمؤسس سعد زيد آي محمد

#Hadith 31 - "Kisah Rasulullah SAW & Pengemis Buta Yahudi"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : 'Kami tidak menjumpai asal atau sumber kisah ini'.

Nota : Ustazah Elyana, Pensyarah lulusan Al-Quran & As-Sunnah, USIM berkata : Kisah ini nampak sangat kepalsuannya. Di dalam kisah ini jelas Abu Bakar RA berdusta, sedangkan Abu Bakar RA itu 'As-Siddiq(Yang berkata benar)'. Saya bersetuju dengan Ustazah Elyana.

Rujukan : 
• Irsyad al-Hadith siri ke-173

#Hadith 32 - "Hadith ancaman meninggalkan Solat 5 waktu"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : 'Riwayat ini tidak diketahui asalnya & ia adalah palsu'

Nota :
• Kata Ibn Qayyim Al-Jauzi : 'Antara ciri hadith palsu, padanya terdapat unsur :
(i) Berlebihan dalam menentukan pahala dan dosa.
(ii) Perkara kecil, letak hukuman @ ganjaran yang besar & tidak munasabah (al-Manar al-Munif, 51)

Rujukan : 
• Irsyad al-Hadith siri ke-359

#Hadith 33 - "Barangsiapa yang menziarahi maqamku setelah aku wafat, seolah-olah dia menziarahi ku sewaktu hayatku"

✓Az-Dzahabi : Kebanyakan Ulama' menghukum hadith ini Bathil & Tidak Sahih daripada Nabi SAW.(Lisan al-Mizan, 4/285)
✓Al-Baihaqi : Hafs bersendirian meriwayatkan hadith ini. Dia dhaif. (Sunan al-Kubra lil al-Baihaqi, 5/246)
✓Ibn Al-Qaysrani : Hafs bin Abi Daud seorang yang matruk(ditinggalkan) hadithnya. (Dzakhratul Hifaz, 4/2260)
✓Al-Albani : 
• Terlalu mungkar (Difa' 'an Hadith, 107)
• Palsu (Silsilah ad-Dhaifah, 47)

Rujukan : 
• الموسوعة الحديثية
• حديث : تحقق من صحة الحديث بسهولة
• الاسلام سؤال وجواب

#Hadith 34 - "Telinga berdengung tanda Nabi SAW rindu kepadanya"

✓Ibn Jauzi : Palsu (al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 3/76)
✓Al-Sakhawi : Sanadnya dhaif. Bahkan,al-Uqailiy menilai hadith ini tidak ada asal baginya (al-Maqasid al-Hasanah, 89)
✓Al-Fattani : Palsu (Tazkirah al-Maudhu'at, 167)
✓Mir'i bin Yusuf al-Maqdisi : Palsu (al-Fawa'id al-Maudhu'at, 133)

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-459
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 35 - "Nabi Yusuf AS berkahwin dengan Zulaikha?"

✓ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : 'Kisah perkahwinannya (Zulaikha) dengan Nabi Yusuf AS tidak terdapat di dalam Al-Quran mahupun hadith Nabi SAW'

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-315

#Hadith 36 - "Kisah Al Qamah Si Anak Derhaka"

✓Abdullah bin Ahmad bin Hanbal : 'Ayahku telah mengeluarkan kisah ini daripada kitabnya, kerana beliau tidak redha dengan hadith Fa'id bin Abdul Rahman, dia matruk (ditinggalkan) hadithnya. (Musnad Ahmad, 4/382)
✓Ibn Jauzi : Kisah ini tidak sahih, pada jalur Fa'id. (al-Maudhu'at Ibnu Jauzi, 31/89)
✓Al-Uqailiy : Fa'id Abu Warqa' bersendirian dalam meriwayatkannya. (Syu'ab al-Iman, 6/2683)
✓Al-Bukhari : Munkarul hadith (Tahzib al-Tahzib, 8/256)
✓Hasan Salman : Kisah yang tidak Thabit (Sahih). (Al-Kisah al-Hadiyah Wa al-'Isyrun, 39-3/19)

Rujukan :
• الموسوعة الحديثية
• المكتبة الشاملة الحديثة 
• ملتقى أهل الحديث
• عيد الفوائد
• فالصو
• Dr. Ustaz Rozaimi Ramle (Facebook Page Official)

#Hadith 37 - "Iblis berasal daripada Malaikat?"

✓Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri : 'Saya lebih cenderung kepada pendapat bahawa ia daripada kalangan Jin & bukan dalam kalangan Malaikat'

Nota : Jelas di dalam Al-Quran, Allah berfirman : " 'Sujudlah kamu kepada Adam!', lalu mereka sujud kecuali Iblis, dia dari golongan Jin.." (Surah al-Kahfi, 50). Fakta yang tidak dapat diubah :
(i) Malaikat dijadikan dari Nur (Cahaya)
(ii) Iblis atau Jin dijadikan dari Nar (Api)

Rujukan :
• Irsyad al-Fatwa ke-75

#Hadith 38 - "Perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal?"

✓Al-Albani : Terlalu Dhaif (Silsilah ad-Dhaifah, No.6668)
✓Al-Haithami : Padanya (Sanad) terdapat 'Al-Mughirah bin Qais', dia dhaif. (Majma' al-Zawa'id, 4/296)
✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Terlalu Dhaif, kerana terdapat perawi yang bernama 'Suwaid Ibn Abd al-Aziz' yang berstatus seorang yang matruk (ditinggalkan) hadithnya & bukan tergolong dalam kalangan mereka yang Thiqah (terpercaya). (Al-Irsyad al-Sari Di Takhrij Ahadith Fath Bari, 1/665)

Rujukan :
• Irsyad al-Fatwa siri ke-293
• الموسوعة الحديثية

#Hadith 39 - "Barangsiapa yang mengucapkan 'لا اله الا الله محمد رسول الله' , maka dia seorang pendakwah"

✓Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : 'Kami tidak menjumpai hadith seperti berikut. Untuk itu, hukum atau status hadith tersebut tidak ada asal'

Rujukan :
• Irsyad al-Hadith siri ke-28

#Hadith 40 - "Dialog Iblis dengan Rasulullah SAW"

✓Para Ulama' al-Najah : Tidak ada asal,  di dalam Fatawa al-Lajnah al-Da'imah. (al-Majmu'ah ath-Thaniah, 3/252)

Rujukan :
• الاسلام سؤال وجواب

Pesanan Ikhlas :
Semoga selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan hadith atau kisah yang kita tidak pasti akan kesahihannya. Nabi SAW bersabda : 

من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار
Maksudnya : Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka persiapkan lah dirinya untuk ditempatkan di dalam Neraka.

[HR Bukhari & Muslim]

Sumber rujukan lain:


Copy and paste : Whatsapp Group Haji 2/2017
9/4/2020 @ 15 Syaaban 1441H : 10 .08 am

3 comments:

  1. Terima kasih sebarkan, saya penulisnya.. kamu dapat dari mana ya tulisan ini?

    ReplyDelete
  2. Nama saya Hamzani Bin Ismail. Ini hasil kajian hadith saya, pada asalnya ini kajian tentang 'Hadis, Kisah palsu dan terlalu dhaif yang popular di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)'.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...terima kasih... Saya dapat ini dari Group Whatsapps Haji 2/2017...
    Saya dah edit dan letak nama saudara di atas artikel.. sebab sebelum ini tak tahu siapa penulis...
    Saya suka mengumpul artikel artikel agama yang bermanfaat dari Whatsapp Group dan c&p ke dalam blog.. kalau ada nama penulisnya saya akan sertakan....
    Bukan apa... daripada artikel itu nanti hilang begitu sahaja...saya cnp untuk rujukan saya dan juga orang lain di masa hadapan...
    Saya juga ada buku 40 Hadis Palsu dan Lemah oleh Abdul Razak Muthalib....
    Bila tengok dalam whatsapp group ada artikel ini saya cnp supaya ianya tidak hilang begitu sahaja....

    ReplyDelete