ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 22 March 2020

Isra’ Mikraj, Manusia Mulia Kerana Menjadi Hamba

Taujihat Rohi para aktivis dakwah:


Tafsir ayat: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malama dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra’: 1].

Maha Suci Allah adalah sebuah kalimat tauhid. Allah Maha Suci dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya. Suci dari meninggalkan hamba yang dikasihi-Nya berada dalam kesedihan dan bersendirian ketika ditinggal oleh orang-orang yang dicintai dan menjalankan dakwahnya. Suci dari tidak berupaya mengadakan kejadian luar biasa, yang orang-orang berakalpun tidak boleh menerimanya. Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlangsung semalaman (pada sebahagian, bukan sepanjang malam) adalah salah satu hal yang luar biasa ini. Luar biasa, sehingga kita pun perlu mengucapkan subhanallah seperti ayat di atas sehingga terlalu hairan dengan keluarbiasaannya dan melupakan kekuasaan Allah swt.

Mengalami peristiwa ini adalah sebuah kemuliaan yang besar. Dan kemuliaan hanya diberikan kepada orang yang mulia. Beliaulah Rasulullah saw. Oleh kerana itu, waktu yang paling mulia bagi Rasulullah saw. adalah ketika sedang menjalani Isra’ dan Mikraj. Bukan ketika beliau berhijrah ke Madinah, atau waktu beliau menakluki kota Mekah. Kerana saat Isra’ dan Mikraj sebenarnya Allah swt. berfirman kepada beliau tanpa perantaraan Malaikat Jibril ra. Namun yang membuat kita tertanya-tanya, kenapa ketika berada dalam kondisi yang paling mulia ini, beliau disebut dengan hamba-Nya? Seperti  tertulis nyata dalam ayat di atas. Kenapa beliau tidak disebut dengan Rasul-Nya, Nabi-Nya, Kekasih-Nya, atau Muhammad sahaja?

Kesimpulan para ulama, ayat ini menunjukkan bahawa kondisi paling mulia yang dicapai manusia adalah ketika dia boleh merealisasikan dirinya sebagai hamba Allah swt. Saat itulah Allah swt. ridha kepadanya. Lalu bagaimana seseorang boleh menjadi hamba Allah swt. yang sebenarnya? Menjadi hamba Allah swt. adalah meyakini bahawa Allah swt. adalah Penciptanya yang berkuasa atas segala sesuatu, sedangkan dia adalah hambaNya yang lemah, tiada daya dan upaya, menerima segala keputusan Allah swt. dengan penuh kerelaan.

Ketika memperjalankan hamba-Nya dengan peristiwa Isra’, Allah swt. membuka kesempatan yang sama kepada seluruh manusia untuk boleh mencapai drajat kemuliaan. Kerana seluruh manusia sama-sama boleh menjadi hamba Allah swt. Berbeza seandainya yang diperjalankan adalah seorang nabi, tidak semua orang boleh menjadi nabi; atau seorang kaya, tidak semua orang boleh menjadi orang kaya; atau ulama, tidak semua orang boleh menjadi ulama; atau keturunan nabi, tidak semua orang lahir sebagai keturunan nabi.

Demikianlah ciri ciri Islam, yang tidak menjadikan kemuliaan monopoli bagi golongan tertentu.  Tidak ada alasan bagi seseorang untuk membanggakan nasabnya, kerana Allah swt. tidak menilainya berdasar nasab. Tidak ada alasan bagi seseorang untuk membanggakan ilmu dan hartanya, kerana ilmu dan harta adalah tanggung jawab yang harus ditunaikan. Hendaknya bersyukur ketika semua itu membuatnya menjadi hamba Allah swt. yang sebenarnya. 
Marilah kita berzikir sebanyak banyaknya dengan, Tasbih(subahanAllah),Tahmid(walhamdulillAh),Tahlil(walailahaillallahwallahuakbar) dan Istghifar kerana kita menjadi HambaNya dan mohon dilepaskan dari kemurkaanNya dengan ujian wabak ini. Amin

Copy and paste: Whatsapp Group Skot 139/80 Lumut
22 March 2020 / 27 Rejab 1441H : 

No comments:

Post a Comment