ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 7 March 2020

ISLAM DI HONG KONG



Sejarah Islam di Hong Kong bermula sejak zaman Kerajaan British menguasai Hong Kong. Penghijrahan Muslim pertama berlaku apabila tentera Tentera British dari Briged India mula bertapak di Hong Kong. Kebanyakan mereka yang beragama Islam terus menetap di Hong Kong.

Pada pertengahan kurun ke 19, lebih ramai orang Islam terdiri dari anggota tentera dan Ahli Perniagaan mula datang ke Hong Kong. Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, Kerajaan British di Hong Kong telah memperuntukan sebidang tanah untuk mereka untuk mereka membina komuniti, masjid dan perkuburan. Kerajaan British di Hong Kong amat menghormati hak-hak mereka sebagai sebagai orang Islam.
Orang China Muslim pula mula berhijrah ke Hong Kong pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Kebanyakan mereka telah menubuhkan komuniti di daerah Wan Chai.

Hong Kong sebelum diserahkan kepada Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997 adalah merupakan bekas tanah Jajahan British.Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon dan New Territories. Diantara 236 pulau yang terdapat di Hong Kong, Pulau Lantau adalah yang terbesar sedangkan Pulau Hong Kong adalah yang kedua terbesar.Sebahagian besar penduduk Hong Kong beragama Buddha.
#HONGKONG
#KDLEKIR



Sekarang ini terdapat 6 Masjid di Hong Kong. Masjid yang tertua di Hong Kong adalah Masjid Jamia yang dibina pada tahun 1840.



Copy and paste from FB : 7 March 2020 / 12 Rejab 1441H : 1.55 pm

No comments:

Post a Comment