ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 13 March 2020

Hang Tuah : Catatan Vijayanagara

Oleh Srikandi

Dalam Baiduri Segala Permaisuri mukasurat 199 di bawah tajuk "Hang Tuah & ವಿಜಯನಗರ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ" ada menyebutkan tentang sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara, iaitu salah satu empayar terhebat dalam sejarah India di mana ia telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah drama sejarah! Drama sejarah ini bertajuk Bharat Ek Khoj yang dikeluarkan pada tahun 1988 oleh Doordarshan, sebuah badan penyiaran India. Ia ditulis, diarahkan dan diterbitkan oleh Shyam Benegal dengan sokongan pengarah fotografi V. K Murthy.
Ia mengandungi 53 episod yang merentasi sekitar 5000 tahun sejarah India dari sejarah awal hingga tahun kemerdekaannya dari era kolonial pada tahun 1947.
Apa yang menarik, drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India yang dikarang oleh Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India yang pertama.
Bertuahnya, kini kajian tentang Hang Tuah melawat Vijayanagara telah dimajukan lagi dengan terbitnya buku terbaru sambungan kepada buku Hang Tuah : Catatan Okinawa. Buku Hang Tuah : Catatan Vijayanagara ini adalah hasil kajian Dr. Rohaidah Kamaruddin, Prof. Emiritus Hashim Musa dan Shamshull Kamar Ahmad.
Sebagaimana buku yang lepas, para penyelidik ini telah membuat kerja-kerja lapangan, kajian manuskrip, artifak dan sebagainya termasuk pergi ke India (Vijayanagara, Hampi) sendiri untuk melengkapkan penyelidikan mereka.
Kajian Hang Tuah berdasarkan sumber-sumber sejarah di merata dunia ini amat menarik dan berani. Selama ini di kalangan kita banyak berimaginasi dan hanya bermain perkataan-perkataan sahaja tanpa bergerak keluar dari bilik berhawa dingin untuk meneliti rekod-rekod sejarah di merata dunia sebagai rujuksilang kepada apa yang dikisahkan tentang laksamana, negarawan dan komander tentera ini. Ada yang mengaku bermimpi bertemu Hang Tuah atau belajar sejarah dari mulut jin ifrit yang berlakon sebagai Hang Tuah dan ada juga yang melengkapkan pengajian sejarah dari para pahlawan kibod di fesbuk yang mereka sendiri pun tak pernah menjejakkan kaki ke Vijayanagara di India.
Sekarang kajian sudah ada dari mereka yang membuat kerja-kerja lapangan di India. Dari mereka yang berautoriti dan layak. Jika anda membaca kajian mereka, lepas ini anda mungkin akan terfikir bahawa tidak semestinya segala hikayat dan penulisan nenek moyang kita kena dihakimi berdasarkan skema historiografi moden.
Saya nak beritahu satu hakikat aneh - sebenarnya hanya kita di sini yang terlampau skema dan bernafsu labelkan penulisan sejarah tradisional sebagai 'dongeng', 'mitos' dan sebagainya padahal penyelidik Barat bebas menyelidik tanpa label-label ini. Malah mereka terbukti berjaya. Egyptologist tak akan wujud kalau tak berani mengkaji segala manuskrip seperti Egyptian Book of the Dead dan Troy tak akan dijumpai jika para ahli arkeologi Eropah cepat mendongeng lantas membakulsampahkan The Iliad hasilkarya Homer.
Malah penemuan industri perkilangan besi di Tapak Arkeologi Sungai Batu diperkuatkan lagi dengan rujuksilang catatan-catatan dari Timur Tengah dan India yang sudah tentulah bukan ditulis ikut skema jurnal moden tetapi hikayat, cerita-ceriti atau diari pengembara.
Di mana nak dapatkan buku ini?
Boleh berhubung terus dengan Penerbit UPM sendiri yakni UPM Press atau hubungi 03-89468851. Boleh juga ke https://www.facebook.com/penerbit.upm sebagai alternatif.
Selain itu buku ini juga sudah mula dijual oleh para pengedar yang lain seperti di Taman Pustaka.
Seperti yang ditulis oleh mendiang Dr. Liaw Yock Fang:

If we were to asses the Sejarah Melayu in terms of definition given by British historian, R. G. Collingwood, that history should be scientific, rational and self-relevatory, then the Sejarah Melayu is definetely is not an historical works. But how many historical works produced by the other nations of the world can fulfill this criteria? The answer is very few, if at all. Each nation has its own tradition of writing history (historiography).

~Srikandi
the history of thy beloved
Foto ihsan Dr. Rohaidah Kamaruddin
Copy and paste: 13 March 2020 / 18 Rejab 1441H : 8.03 am

No comments:

Post a Comment