ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 2 March 2020

Fakta tentang Empayar Melaka

Kredit Amiruddin Spelony
FB Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan
1. Pada 1483,Melaka pernah kalahkan 90,000 askar Dai-Viet yang lengkap senjata api di Lanxang (Laos) sehingga menyebabkan 30,000 askar Dai-Viet dibawah pimpinan Maharaja Len Thanh-Tong mati. Kempennya mengerahkan sebanyak 1 juta tentera untuk mara ke arah timur Annam,menuju ke arah Sipsongpanna dengan tujuan menjarah Lanna dan Chiang Mai.
2.Tanah Jajahan empayar Melaka meliputi dari Songkhla (Singgora) sampai ke Jambi di Indonesia malah ke Kepulauan Riau-Lingga dan Natuna.
3.Senjata api dipakai Melaka adalah Istinggar (Musket),Tomok (Bombard),Lela (Meriam),Rentaka (Swivel),Terakol (Pistol) dan Cetbang (Muzzle Loader). Dalam Commentories Abuerqueque dan catatan Godinho de Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Souza dalam E.koek, Portuguese History of Malacca, dijumpai 9,000 senjata api di Kota Melaka dan dipercayai kilang pembuatan senjata api Melaka di Sungai Tembeling,Pahang.
4.Hubungan Melaka-Ryukyu (Jepun) dibuktikan dalam “Rekidal Hoan” semasa Ryukyu diperintah oleh Raja Sho Toku. Pada 2003,sebuah artifak keris dijumpai yang mempunyai sembilan lok di Kuil Enkakoji yang berhampiran dengan istana Shurijo.
5.Kisah Hang Tuah berlayar ke Bijaya Negaram (Vijayanagara) atau Benua Keling di Hampi,India untuk tujuan diplomasi kerajaan. Raja Benua Keling itu kagum dengan Hang Tuah menjinakkan kuda liar Tezi dan kalahkan panglima terhebatnya.
6.Kisah Hang Tuah (Raja Duts) berlayar ke Rom,Itali (Benua Rom) bersama 12 orang kaya Melaka dengan Kapal Mendam Berahi untuk membeli 800 bedil sambil menghadap Raja Rom (Raja Ferdinand I).
7. Buku “Notes of Leonardo da Vinci” mengenai pertemuan antara pelukis potret Mona Lisa, Leonardo da Vinci dengan Hang Tuah. “saya melukis kenderaan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka..”
8 .Catatan Tom Pires yang sangat penting iaitu “Whoever Lord the Malacca,Has his hand on the throat of Venice” dalam buku “Suma Oriental”. Membuktikan perdagangan Melaka sangat kaya malah sampai wujud “Selat Melaka” sehingga sekarang.
9.Simon Elegant dalam Far Eastern Economic Review , 10 Jun 1999 telah menegaskan tentang kota Melaka.
"lima kurun dahulu,melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan singapura moden kini yang menjadikannya satu daripada pelabuhan yang tersibuk di dunia.di situ terdapat orang-orang gujerat,tamil,bengali daripada india berniaga dengan melayu.cina dan arab secara harmonis,bandaraya dengan 100 000 penghuni,84 bahasa dituturkan di pasar..”
10.Rahsia harta Pulau Nangka bernilai RM1 Trillion dan Harta Kapal Flor De La Mar bernilai RM12 billion..
Copy and paste: 2 Mac 2020 / 7 Rejab 1441H : 7.11 pm

No comments:

Post a Comment